Skip to main content

Malaysia

Kebakaran hutan Bukit Gua Tedung merebak

71552054076_kebakaran.jpg
71552054076_kebakaran.jpg

Advertisement

Kebakaran hutan di Bukit Gua Tedung berhampiran Kampung Air Ganda yang mula dikesan Khamis pagi telah  merebak kira-kira 120 hektar pada Jumaat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, operasi pemadaman di atas bukit berketinggian 314 meter itu diteruskan menggunakan jalan darat.

โ€œDengan kekuatan 61 orang, pasukan pemadam membuat โ€˜fire breakโ€™ dan memadam tunggul kayu yang terbakar,โ€ katanya di sini.

Operasi pemadaman ditangguhkan jam 6 petang dan akan disambung pada Sabtu untuk memadamkan kesan kebakaran yang masih tertinggal.

Pihak JBPM Perak menerima panggilan mengenai kebakaran di atas bukit itu kira-kira jam 8.34 pagi Khamis dengan kawasan terlibat hanya kira-kira 16 hektar.

Must Watch Video

Advertisement