Skip to main content

Malaysia

Kecurian kabel ganggu Laluan Putrajaya, kerja baik pulih giat dijalankan

Rapid KL memakumkan sebanyak lapan bas dikerahkan sebagai sokongan tambahan bagi melancarkan pergerakan penumpang yang terjejas susulan kes kecurian kabel berhampiran Stesen MRT Taman Equine.
Rapid KL memakumkan sebanyak lapan bas dikerahkan sebagai sokongan tambahan bagi melancarkan pergerakan penumpang yang terjejas susulan kes kecurian kabel berhampiran Stesen MRT Taman Equine.

Advertisement

Ringkasan AI

  • Kerja baik pulih bekalan kuasa Laluan MRT Putrajaya sedang dijalankan susulan kejadian kecurian kabel berhampiran Stesen MRT Taman Equine.
  • Perkhidmatan tren alternatif dan bas perantara percuma, termasuk lapan bas tambahan, disediakan bagi membantu penumpang yang terjejas.
  • Penumpang dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal dan maklumat terkini akan disalurkan melalui saluran media sosial rasmi Rapid KL.

KUALA LUMPUR: Kerja baik pulih bekalan kuasa Laluan MRT Putrajaya sedang giat dijalankan susulan kejadian kecurian kabel berhampiran Stesen MRT Taman Equine.

Rapid KL memaklumkan usaha itu dilaksanakan bagi memulihkan sepenuhnya bekalan kuasa dan operasi perkhidmatan laluan berkenaan.

Sementara kerja pembaikan diteruskan, perkhidmatan tren alternatif dan bas perantara percuma masih disediakan bagi membantu penumpang meneruskan perjalanan.

Sebanyak lapan bas turut dikerahkan sebagai sokongan tambahan bagi melancarkan pergerakan penumpang yang terjejas.

“Penumpang dinasihatkan untuk menjangkakan masa menunggu dan perjalanan yang lebih panjang serta merancang perjalanan lebih awal,” menurut Rapid KL dalam kenyataan hari ini.

Bagi penumpang yang mahu ke Sepang menggunakan perkhidmatan ERL dari Putrajaya Sentral, mereka dinasihatkan menggunakan laluan alternatif.

Penumpang boleh menggunakan perkhidmatan ERL dari KL Sentral atau Stesen ERL Bandar Tasik Selatan bagi meneruskan perjalanan ke Sepang.

Pada masa sama, petugas stesen dan Polis Bantuan ditempatkan di stesen serta hentian bas bagi membantu menguruskan pergerakan penumpang.

Rapid KL berkata maklumat mengenai perkembangan dan status terkini perkhidmatan akan disalurkan dari semasa ke semasa menerusi saluran media sosial rasminya.

“Kami akan terus menyalurkan maklumat terkini mengenai status perkhidmatan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah punca gangguan bekalan kuasa di Laluan MRT Putrajaya? 
    A: Gangguan bekalan kuasa berlaku akibat kejadian kecurian kabel berhampiran Stesen MRT Taman Equine.
  • Q: Apakah langkah yang diambil Rapid KL untuk membantu penumpang yang terjejas? 
    A: Rapid KL menyediakan perkhidmatan tren alternatif dan bas perantara percuma, serta mengerahkan lapan bas tambahan untuk melancarkan pergerakan penumpang.
  • Q: Apakah nasihat Rapid KL kepada penumpang semasa kerja pembaikan dijalankan? 
    A: Penumpang dinasihatkan menjangkakan masa menunggu dan perjalanan yang lebih panjang serta merancang perjalanan lebih awal.
  • Q: Apakah laluan alternatif yang disarankan untuk penumpang ke Sepang menggunakan ERL? 
    A: Penumpang disarankan menggunakan perkhidmatan ERL dari KL Sentral atau Stesen ERL Bandar Tasik Selatan untuk ke Sepang.
  • Q: Bagaimana Rapid KL menyalurkan maklumat terkini mengenai status perkhidmatan? 
    A: Rapid KL akan menyalurkan maklumat terkini mengenai status perkhidmatan melalui saluran media sosial rasminya dari semasa ke semasa.

Product Recommendation Section Title

Men's Bag RDN MJP 069 Distro Raindoz Bandung Backpack Cool Men's Backpack Sek BRAN NB-Tp BJ

Men's Bag RDN MJP 069 Distro Raindoz Bandung Backpack Cool Men's Backpack Sek BRAN NB-Tp BJ

adidas Bunga Unisex Adicolor Backpack Bag (IJ0761) Sport Planet 22-20

adidas Bunga Unisex Adicolor Backpack Bag (IJ0761) Sport Planet 22-20

HER Half Moon 3L Bag in Lux Army by PUMA, One Size

HER Half Moon 3L Bag in Lux Army by PUMA, One Size

HER Small 13L Backpack in Lux Army by PUMA, One Size

HER Small 13L Backpack in Lux Army by PUMA, One Size

Must Watch Video

Advertisement