KUCHING: Kebenaran bagi kedai buku dan alat tulis untuk beroperasi merupakan antara penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan di Sarawak susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan hari ini berkata tempoh operasi kedai berkenaan adalah mengikut syarat yang ditetapkan untuk sektor perkhidmatan, ekonomi, industri dan aktiviti-aktiviti lain yang dibenarkan semasa PKP.
Selain itu, waktu operasi premis yang menjual makanan adalah antara 6.00 pagi dan 10 malam manakala individu atau kumpulan individu tidak dibenarkan berada di kawasan awam antara pukul 12.01 pagi dan 5.00 pagi tanpa alasan yang munasabah.
BACA: Operasi premis makanan di Sarawak kini dilanjutkan ke 10 malam
Sarawak mencatatkan 409 kes baharu COVID-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 64,233, dengan dua kematian baharu direkodkan, menjadikan angka kematian bertambah kepada 406 orang.
Dalam kenyataan sama, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengisytiharkan lima kluster baharu membabitkan kluster komuniti dan tempat kerja, menjadikan jumlah kluster yang masih aktif di negeri ini berjumlah 97 kluster.
Kluster Luteng di daerah Telang Usan dikesan di sebuah kampung di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Long Luteng melibatkan 44 kes positif COVID-19.
Kluster Po Ai (Sri Aman) pula membabitkan empat rumah panjang yang turut berada di bawah PKPD dengan sejumlah 103 kes dikesan positif, manakala Kluster Blimbing (Bau) melibatkan 22 kes positif di Kampung Blimbing.
Di daerah Sarikei, 59 kes positif melibatkan empat buah rumah panjang menyebabkan Kluster Simpang Koko diisytiharkan manakala Kluster Jalan Semariang di Kuching membabitkan 36 kes positif di sebuah pasar raya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 28 2021

Kebenaran bagi kedai buku dan alat tulis untuk beroperasi merupakan antara penambahbaikan SOP yang dilaksanakan di Sarawak susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - Gambar hiasan/BERNAMA

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Pelancaran buku 'What's in a Name' - Nukilan Nazir Razak
Saya berbesar hati yang cetakan pertama buku ini telah pun dibaca dan mendapat sokongan daripada rakyat Malaysia.

Kedai buku, alat tulis, telekomunikasi dibenar beroperasi bermula esok
Kerajaan bersetuju membenarkan operasi kedai komputer, telekomunikasi, kedai buku dan alat tulis sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 16 Julai 2021.

Kedai buku, alat tulis dibenar beroperasi semasa PKP di Sarawak
Kebenaran bagi kedai buku dan alat tulis untuk beroperasi merupakan antara penambahbaikan SOP yang dilaksanakan di Sarawak susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kedai buku, car boot sale boleh beroperasi - Ismail Sabri
Dua bentuk perniagaan itu boleh dibuka di negeri yang menguatkuasakan PKP, PKPB dan PKPP.

Kes tampar pelanggan, MPH gantung khidmat pengawal keselamatan
Kejadian dilaporkan berlaku di MPH Nu Sentral, di mana remaja itu dikatakan telah ditampar sebanyak dua kali oleh pengawal keselamatan.

Pekerja kedai buku rugi RM50,000 akibat Macau Scam di Bintulu
Mangsa seorang lelaki yang berusia 34 tahun serta bekerja di sebuah kedai buku di sini pada mulanya dihubungi 'Cindy Wong' yang mendakwa dari Jabatan Kastam Pulau Pinang.

BookXcess lancar kedai buku 24 jam pertama di Malaysia
Penganjur pesta buku Big Bad Wolf itu mencipta sejarah apabila melancarkan kedai buku pertama yang beroperasi 24 jam di Cyberjaya.

Kedai FIXI sedia menyambut kelompok pembaca
Kedai buku FIXI yang pertama menemui para peminat karya penulis tempatan di pusat beli belah Jaya, Petaling Jaya.

Hanya 2 kedai buku di Gua Musang
Kekurangan kedai buku di Gua Musang dikatakan berpanjangan sejak sekian lama dan menjadi masalah penduduk mendapatkan bahan bacaan.