Skip to main content

Malaysia

Kementerian Komunikasi sedia kerjasama terbit siri mini Global Sumud Flotilla

Menurut Fahmi, penerbitan siri mini itu merupakan inisiatif positif dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai perjuangan Global Sumud Flotilla. - Gambar Bernama
Menurut Fahmi, penerbitan siri mini itu merupakan inisiatif positif dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai perjuangan Global Sumud Flotilla. - Gambar Bernama

Advertisement

BANGI: Kementerian Komunikasi sedia bekerjasama dalam merealisasikan penerbitan siri mini televisyen berkaitan Global Sumud Flotila bagi memperluas mesej kemanusiaan dan solidariti terhadap rakyat Palestin.

Menterinya, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, usaha yang digerakkan Datuk Seri Sani Arabi Abdul Alim bersama pasukan Sumud Nusantara itu merupakan inisiatif positif dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai perjuangan berkenaan.

Menurutnya, kementerian akan memberikan sokongan bagi memastikan naskhah berkenaan dapat diadaptasi ke dalam bentuk siri mini televisyen untuk tayangan selepas proses penerbitan selesai.

“Saya amat menyokong usaha Datuk Sani dan pasukan yang akan menerbitkan satu program, satu siri TV yang diberi nama Sumud Protokol.

“Kita akan bekerjasama untuk memastikan naskhah ini dapat diterjemahkan menjadi sebuah siri mini dan akan ditayangkan, insya-Allah, setelah ia siap dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam Sumud Nusantara sempena Global Sumud Congress 2026, di sini, pada Selasa.

Fahmi berkata, kementerian turut bersedia membantu mempromosikan penerbitan itu serta memperluas perbincangan mengenainya menerusi platform media sosial.

"Pendekatan berkenaan penting bagi memastikan mesej kemanusiaan dan solidariti terhadap Palestin dapat disampaikan kepada khalayak yang lebih luas," ujarnya.

Must Watch Video

Advertisement