Kerajaan negeri Terengganu akan mengambil tindakan terhadap pemilik tanah perindustrian di kawasan perindustrian Teluk Kalong, Kemaman yang tidak mengusahakan tanah tersebut.
Antara tindakan yang bakal dikenakan termasuk merampas kembali tanah tersebut untuk diberikan kepada pengusaha industri yang benar-benar layak .
Demikian ditegaskan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar pada satu majlis di sini malam tadi.
Menurutnya, sehingga kini pihaknya telah mengenal pasti hampir 45 peratus pemilik tanah yang tidak melakukan sebarang aktiviti perindustrian di tanah milik mereka.
“Melalui Kanun Tanah Negara, kerajaan berhak mengambil balik, atau merampas (tanah), kalau tidak diusahakan dalam tempoh yang telah diberikan.
“Jadi, sekarang kita sedang meneliti untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang gagal untuk mematuhi syarat ini, supaya boleh diberi peluang kepada orang lain,” katanya.
Tengku Hassan berkata, tindakan penguatkuasaan tersebut akan dilaksanakan pada awal tahun hadapan.
Pihaknya juga mengalu-alukan pengusaha di negeri ini untuk mengisi kekosongan tanah perindustrian bagi tujuan industri dengan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan Pejabat Daerah dan Tanah.
Justeru, beliau mengingatkan kepada pemilik tanah agar mengusahakan industri di tanah milik mereka atau berdepan tindakan dilucutkan hak terhadap pemilikan tanah.
Kawasan Perindustrian Teluk Kalong telah diwujudkan bagi menyokong industri petroleum yang terdapat di Terenganu.
Kebanyakan industri yang didirikan di kawasan tersebut adalah berkaitan minyak dan gas.
Astro Awani
Sun Dec 01 2019

Tengku Hassan berkata, pihaknya mengalu-alukan pengusaha di Terengganu untuk mengisi kekosongan tanah perindustrian bagi tujuan industri mengikut syarat-syarat ditetapkan Pejabat Daerah dan Tanah. - Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Ahli ekonomi yakin pertumbuhan KDNK sekitar 5.8 peratus pada suku kedua 2024
Kalangan ahli ekonomi yakin KDNK Malaysia bagi suku kedua 2024 akan berkembang pada 5.8 peratus berbanding 4.2 peratus pada suku pertama tahun ini.

Kerajaan negeri ambil tindakan pemilik tanah perindustrian tidak usahakan tanah
Antara tindakan yang bakal dikenakan termasuk merampas kembali tanah tersebut untuk diberikan kepada pengusaha industri yang benar-benar layak .