Kerajaan akan berusaha sedaya-upaya membawa pulang rakyat Malaysia yang masih terkandas di luar negara, kata Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Katanya, walaupun ramai yang telah berjaya dibawa pulang, masih ada rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara susulan pendirian kerajaan berkenaan dalam kes COVID-19.
“Biarpun saya tahu, ada segelintir yang tidak setuju untuk bawa mereka pulang kerana bimbang meningkatkan risiko COVID-19.
“Namun saya tetap ingin menegaskan saya tidak akan pernah berhenti berusaha untuk bawa rakyat Malaysia pulang. Negara ini milik mereka juga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: Jaga diri, kekal tenang, duduk di rumah - Hishammuddin
BACA: Pesawat khas bawa pulang rakyat Malaysia dari Tehran tiba di KLIA
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, adalah hak rakyat Malaysia untuk pulang ke tanah air pada bila-bila masa.
“Saya juga mahu mengingatkan mereka yang dibawa pulang ini, apabila tiba di Malaysia, patuhilah Perintah Kawalan Pergerakan. Pastikan juga diri dikuarantin selama 14 hari.
“Biarpun agak membebankan, namun langkah ini penting untuk menghentikan penularan Covid-19.
“Kerajaan dan Wisma Putra telah membantu saudara saudari untuk pulang. Jadi saya harap, saudara saudari juga boleh menjadi rakyat yang bertanggungjawab,” jelasnya.
Afiezy Azaman
Sun Mar 22 2020

HISHAMMUDDIN: Saya tidak akan pernah berhenti berusaha untuk bawa rakyat Malaysia pulang. - Gambar fail
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Pemilihan UMNO: 'Saya tetap bersama membantu parti' - Hishammuddin
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata beliau berpegang teguh bahawa perkara yang penting adalah parti.

Penggantungan keahlian UMNO: Saya tak tergamak nak buat rayuan - Hishammuddin
Dalam satu rakaman video, Bendahari Barisan Nasional (BN) itu berkata beliau tidak perlu berbuat demikian kerana sehingga hari ini punca penggantungannya tidak diketahui.

PRN Johor: Berpolitik jangan sampai tanam kebencian - Hishammuddin
Soal kestabilan dan perancangan masa depan merupakan perkara utama yang ditekankan oleh BN.

Surat lucut keahlian Hishammuddin palsu dan berniat jahat - Setiausaha Kerja UMNO
UMNO menafikan surat berhubung pelucutan keahlian Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang tular di media sosial pada Jumaat.

Ahli UMNO diminta berhenti lagakan pemimpin parti - Hishammuddin
Ahli UMNO diminta untuk berhenti dari melaga-lagakan pemimpin termasuk cubaan untuk mewujudkan kem-kem tertentu.

Parti baharu Tun M: Hanya keruhkan keadaan - Hishammuddin
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan mereka yang ghairah mewujudkan parti politik baharu untuk memikirkan masa depan negara.

Kerajaan tetap berusaha bawa pulang rakyat Malaysia terkandas di luar negara - Hishammuddin
Masih ada rakyat kita yang terkandas di luar negara susulan pendirian Kerajaan di sana berkait COVID-19

Malaysia terima banyak bantuan negara lain - Hishammuddin
Pengiktirafan dan penghormatan mereka di luar terhadap Malaysia dan menganggap Malaysia sebagai rakan akrab dalam komuniti antarabangsa

Ketepi perbezaan, hapus kebencian, isytihar perang terhadap COVID-19 - Hishammuddin
Waktu ini adalah masa untuk bersatu, mengutamakan kesihatan diri serta kepentingan negara.

Roboh papan tanda Selamat Tahun Baharu kesan tekanan politik PH - Hishammuddin
Tindakan MPK merobohkan papan tanda (billboard) ucapan Selamat Tahun Baharu 2020 di kawasan DUN Paloh adalah kesan daripada politik tekanan Kerajaan PH.