Kementerian Pendidikan akan mengadakan pertemuan dengan keluarga seorang murid berusia 11 tahun yang ditampar oleh guru Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, dekat sini pada April lalu.
Timbalan Menterinya Datuk Chong Sin Woon berkata, pertemuan itu bagi mencari jalan penyelesaian ke atas perselisihan faham di antara keluarga pelajar dan guru tersebut.
"Kita perlu mencari satu cara pendamaian untuk menyelesaikan isu ini.
"Mengheret (kes) ke mahkamah hanya akan memberi kesan kepada profesion perguruan," katanya kepada media selepas Program Penyerahan Peralatan Sekolah daripada sekumpulan usahawan muda kepada murid-murid yang miskin, di sini pada Khamis.
Chong berharap kedua-dua pihak dapat bermuafakat bagi memastikan sekolah menjadi tempat yang aman untuk proses pembelajaran.
BACA: Cikgu Azizan ikut arahan JPN jika perlu pindah sekolah
Mengakui tindakan guru tersebut yang menampar murid adalah tidak mengikut pekeliling yang dikeluarkan kementerian, Chong berkata ia bukanlah dengan niat untuk mencederakan murid tersebut.
Beliau turut mengingatkan para guru untuk mematuhi pekeliling ketika mengenakan tindakan disiplin terhadap pelajar.
"Merotan adalah tindakan paling keras yang boleh diambil oleh guru ketika menghukum pelajar lelaki manakala pelajar perempuan pula hanya diberi teguran.
"Selain itu, tindakan lain seperti kelas tahanan, larangan menjalani aktiviti digemari pelajar terlibat seperti bersukan, boleh dilaksanakan," katanya.
BACA: Bapa murid kes Cikgu Azizan tidak muncul
BACA: 'Serik dan terkesan' - Cikgu Azizan Manap
Chong berkata beliau sempat bertemu Cikgu Azizan Manap semalam dan memberikan sokongan moral terhadapnya.
"Saya akan berusaha untuk membantu mencari penyelesaian dan pendamaian yang terbaik bersama pihak yang terlibat," katanya.
Kelmarin, Mahkamah Majistret Seremban melepaskan tanpa membebaskan Azizan, 44, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah berkenaan bersabit pertuduhan mencederakan muridnya pada April lalu.
Keputusan itu dibuat selepas Timbalan Pendakwa Raya Hazeelia Muhammad memberitahu pihaknya menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk menarik semula pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu.
Sementara itu, pada majlis tersebut seramai 41 murid daripada keluarga kurang berkemampuan di sekitar Nilai, menerima bantuan peralatan sekolah sumbangan daripada sekumpulan usahawan muda dari bandar ini. -- Bernama
Bernama
Thu Dec 21 2017

Chong berharap kedua-dua pihak dapat bermuafakat bagi memastikan sekolah menjadi tempat yang aman untuk proses pembelajaran. - BERNAMA/Fail

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Kes ditampar cikgu: Timbalan Menteri Pendidikan mahu bertemu keluarga murid
Kementerian Pendidikan akan mengadakan pertemuan dengan keluarga seorang murid berusia 11 tahun yang ditampar oleh Cikgu Azizan April lalu.

Cikgu Azizan ikut arahan JPN jika perlu pindah sekolah
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SK Taman Semarak, Azizan Manap memaklumkan bahawa dia menyerahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk membuat keputusan, sama ada akan kekal atau sebaliknya.

Bapa murid kes Cikgu Azizan tidak muncul
Seramai 21 wartawan, jurugambar dan jurukamera menunggu bapa kepada murid yang terlibat dalam kes Cikgu Azizan selama lima jam seawal jam 8.30 pagi, sebelum beredar

Kes tampar murid: 'Tindakan Cikgu Azizan untuk membentuk anak bangsa cemerlang' - Netizen
Selepas dilepaskan tanpa dibebaskan, tindakan Cikgu Azizan terus mendapat sokongan dari netizen.

Kes tampar murid: Cikgu Azizan dilepaskan oleh mahkamah
Guru disiplin SK Taman Semarak, Nilai, Azizan Manap, telah dilepaskan oleh Mahkamah Majistret Seremban pagi tadi.

Kes tampar pelajar: Solidariti menerusi hashtag #PrayForCikguAzizan
Netizen mezahirkan solidariti dan sokongan kepada cikgu Azizan yang dilapor menampar seorang pelajar kerana masalah disiplin.