Seorang wanita yang mendakwa sebagai isteri bekas Presiden MIC Tun S. Samy Vellu memohon untuk menjadi pihak dalam kes saman Datuk Seri S. Vell Paari supaya keadaan mental Samy Vellu ditentukan oleh mahkamah.
Ketika ditemui pemberita, peguam R.S.N. Rayer yang mewakili Meeriam Rosaline Edward Paul, 59, berkata permohonan untuk menjadi pencelah itu difailkan pada Jumaat lepas dan salinan dokumen yang dimeterai telah diserahkan masing-masing kepada peguam Vell Paari serta Samy Vellu semalam.
"Prosiding inkuiri yang dimulakan oleh Vell Paari untuk menentukan kesihatan mental bapanya telah ditangguhkan. Ini berikutan permohonan oleh anak guam saya untuk dimasukkan sebagai pihak dalam saman itu," katanya.
Rayer berkata Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Bache membenarkan penangguhan sementara menunggu permohonan anak guamnya untuk menjadi pencelah dalam saman berkenaan.
"Kami mengatakan bahawa beliau mempunyai hak untuk mencelah kerana beliau menerima kesan daripada prosiding itu, sebab itulah beliau perlu mencelah. Pendirian kami adalah keadaan mental Tun (Samy Vellu) adalah baik dan sihat," katanya ketika ditemui pemberita selepas bertemu hakim di dalam kamar semasa pengurusan kes hari ini.
Beliau berkata mahkamah menetapkan 7 Jan tahun depan bagi pengurusan kes.
Meeriam Rosaline, yang hadir di mahkamah hari ini memberitahu pemberita, beliau datang untuk mendapatkan keadilan.
Pada 2 Dis, Vell Paari memfailkan saman itu, memohon perintah mahkamah supaya siasatan dilakukan bagi menentukan tahap kesihatan mental bapanya, dan sama ada bekas presiden MIC dan Menteri Kerja Raya itu berupaya untuk menguruskan diri serta hal ehwalnya.
Dalam saman itu, Vell Paari memohon perintah bahawa suatu tarikh, masa dan tempat ditetapkan untuk siasatan diadakan mengikut Seksyen 52 Akta Kesihatan Mental 2001 ke atas bapanya, bagi mengetahui jangka masa bapanya mengalami kecelaruan mental.
Beliau juga memohon perintah mahkamah untuk mengetahui sama ada bapanya berupaya memberi arahan kepada peguam supaya bertindak bagi pihaknya (Samy Vellu) selain untuk menentukan jenis harta yang dimiliki oleh bapanya.
Bekas Setiausaha Agung MIC itu turut memohon supaya Consultant Neuropsychiatrist dan Ketua Neurobehavioral Medicine Services dari Penang Adventist Hospital, Dr Prem Kumar Chandrasekaran, 52, atau pakar kesihatan mental lain diberikan akses untuk memeriksa bapanya secara peribadi dan menyediakan laporan tentang keupayaan mental defendan.
Katanya, jika defendan didapati mengalami kecelaruan mental dan tidak berupaya menguruskan dirinya serta hal ehwalnya akibat masalah itu, beliau memohon supaya beberapa individu termasuk dirinya (plaintif) dan peguam Datuk C. Vijaya Kumar dilantik oleh mahkamah sebagai ahli jawatankuasa untuk menjaga dan menguruskan hal ehwal estet defendan.
Sekiranya mahkamah membenarkan kesemua individu itu dilantik sebagai ahli jawatankuasa, plaintif turut memohon supaya mahkamah menentukan kuasa ahli jawatankuasa tersebut, membuat peruntukan bagi kos dan perbelanjaan jawatankuasa serta membuat peruntukan bagi saraan jawatankuasa tersebut.
Vell Paari juga memohon perintah supaya beliau dilantik sebagai wakil litigasi defendan dalam mana-mana prosiding undang-undang membabitkan bapanya, harta atau kepentingannya.
Sementara itu, Vell Paari menerusi afidavit sokongannya berkata ibunya, Toh Puan R. Indrani, 79, dan adik perempuannya, S. Mangayerkarasi, 56, akan memberi sokongan terhadap saman itu dan akan mengesahkan perkara tersebut dalam afidavit sokongan mereka.
Plaintif berkata konsultan psikiatri dari Victoria, Australia, Prof David Ames telah mengenal pasti bapanya mengalami demensia pada 2017 dan telah diberikan ubat untuk merawat kesihatannya.
Katanya konsultan psikiatri dari Pantai Hospital, Dr Bharathi Vengadasalam turut menyediakan laporan bahawa Samy Vellu mengalami Major Neurocognitive Disorder dan tidak berupaya menguruskan kewangan dan estet, menguruskan ubat serta membuat keputusan.
Beliau berkata hasil penemuan kedua-dua konsultan itu mendapati bapanya mengalami kecelaruan mental dan tidak memiliki keupayaan fizikal dan mental menguruskan dirinya dan hal ehwalnya.
Vell Paari berkata sejak 2017 beliau telah membantu bapanya untuk menguruskan hal ehwal dan estetnya dan telah menggunakan dananya sendiri bagi tujuan itu berikutan bapanya tidak dapat mengakses dana dalam akaun perbankan atas faktor kesihatan.
Pada 12 Dis, Mahkamah Tinggi Ipoh menetapkan 17 Jan tahun depan untuk mendengar permohonan interim daripada Meeriam Rosaline, bagi mendapatkan akses tanpa syarat ke atas Samy Vellu selain memohon mahkamah mengeluarkan perintah bayaran nafkah RM25,000 kepadanya setiap bulan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 17 2019
Meeriam Rosaline (tengah) memberitahu media, beliau datang untuk mendapatkan keadilan.
Remaja lelaki 17 tahun maut dalam kemalangan di Jempol
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di kilometer 8 jalan Bahau-Kemayan, Jempol, awal pagi ahad.
Ketua polis daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook dalam kenyataan berkata kejadian pada 2.30 pagi itu membabitkan motosikal jenis Honda dinaiki mangsa dengan kereta jenis Perdana V6 dipandu seorang lelaki 30 tahun.
Ketua polis daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook dalam kenyataan berkata kejadian pada 2.30 pagi itu membabitkan motosikal jenis Honda dinaiki mangsa dengan kereta jenis Perdana V6 dipandu seorang lelaki 30 tahun.
[TERKINI] Kes pukul OKU: Lima individu telah ditahan, polis lengkapkan siasatan
Lima individu telah ditahan berhubung kejadian pukul seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental di pasar tani Padang Astaka, Chukai, Kemaman.
Pukul OKU: Lima suspek ditahan, beberapa individu dikesan bantu siasatan - Polis
Kesemua suspek yang berusia di antara 18 dan 60-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman.
Diskaun 10-30 peratus servis kereta di PETRONAS AutoExpert - Armizan
"Pengguna-pengguna boleh mendapat diskaun 10-30 peratus untuk menservis kereta dalam tempoh yang akan diumumkan bagi minyak pelincir, mineral dan semi sentetik," kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali.
Pogram ini akan dimulakan pada 24-28 Januari bersempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Pogram ini akan dimulakan pada 24-28 Januari bersempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Henti spekulasi, jangan beri tekanan, biar siasatan selesai - Armizan
“Saya belum terima keputusan siasatan, tiada keperluan pun untuk beri keputusan kepada saya. Saya rasa biarkan kes ini ikut aturan undang-undang, beri ruang kepada siasatan.
“Siasatan bukan hanya kepada Jabatan Kimia itu sahaja tetapi melalui pelbagai proses secara menyeluruh, komitmen kerajaan adalah biar ia dibuat secara telus, segera dan tunggu keadilan berjalan dengan sebaiknya,” katanya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali.
“Siasatan bukan hanya kepada Jabatan Kimia itu sahaja tetapi melalui pelbagai proses secara menyeluruh, komitmen kerajaan adalah biar ia dibuat secara telus, segera dan tunggu keadilan berjalan dengan sebaiknya,” katanya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali.
AWANI Ringkas: PM hadiri WEF 2025 di Davos
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Trak bantuan pertama WFP masuk Gaza
Trak bantuan pertama dari program makanan sedunia (WFP) memasuki Gaza melalui lintasan Kerem Shalom
Gencatan senjata: Lebih 550 trak bantuan masuk Gaza hari pertama
Lebih 550 trak bantuan kemanusiaan memasuki Semenanjung Gaza melalui lintasan Rafah pada Ahad, hari pertama pelaksanaan perjanjian gencatan senjata.
Trump, Biden minum pagi di White House sebelum majlis angkat sumpah
Majlis angkat sumpah akan dipindahkan ke dalam bangunan Capitol disebabkan cuaca sejuk.
Dari neraka kini di 'syurga' - Banduan palestin
Pertunjukan bunga api diadakan sebagai simbolik sambutan ketika bas yang membawa tahanan Palestin tiba di Ramallah, Tebing Barat, di mana ribuan orang menunggu untuk menyambut mereka.
Salah seorang banduan, Abdelaziz Atawneh mengibaratkan pembebasannya seperti meninggalkan neraka, dan kini berada syurga.
Salah seorang banduan, Abdelaziz Atawneh mengibaratkan pembebasannya seperti meninggalkan neraka, dan kini berada syurga.
Kes kesihatan mental: Wanita dakwa isteri Samy Vellu jadi pencelah
Seorang wanita yang mendakwa sebagai isteri bekas Presiden MIC Tun S. Samy Vellu memohon untuk menjadi pihak dalam kes saman Datuk Seri S. Vell Paari supaya keadaan mental Samy Vellu ditentukan oleh m