KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah Yeo Bee Yin terhadap Datuk Seri Jamal Md Yunos berhubung dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) selesai selepas Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu memohon maaf kepada bekas Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim berkenaan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Jamal, 50, yang membacakan kenyataan maaf itu di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur berkata beliau memohon maaf kerana memfitnah Yeo sebelum ini.
"Saya sekarang mengakui bahawa YB Yeo Bee Yin seorang yang jujur dan telus dalam pengurusan wang Skim Mesra Usia Emas.
"Saya ingin memohon maaf kepada YB Yeo Bee Yin atas kesilapan saya ini. Saya minta maaf, YB Yeo Bee Yin," katanya.
Hari ini dan Khamis sepatutnya prosiding perbicaraan kes saman itu di hadapan Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff, namun kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikannya melalui penghakiman persetujuan.
Terdahulu, Hakim Rozana merekodkan penghakiman persetujuan kes itu dan mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak terlibat kerana bersetuju untuk menyelesaikan tuntutan saman tersebut di luar mahkamah.
"Hari ini kita dah capai penyelesaian, jadi mahkamah telah rekodkan persetujuan. Mahkamah juga berterima kasih kepada pihak-pihak kerana kes ini agak lama memandangkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan ketika ini, mahkamah perlu dahulukan kes-kes lama," katanya.
Berdasarkan deraf penghakiman persetujuan, Jamal selaku defendan yang diwakili peguam Mohammed Nasser Yusof, perlu memohon maaf kepada Yeo sebagai plaintif di hadapan semua wartawan dan jurugambar di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.
Defendan dihalang sama ada menerusi dirinya sendiri, ejen atau pekerjanya daripada selanjutnya mengucapkan, menulis, menerbit atau menyebar ucapan yang dikatakan memfitnah.
Jamal juga dihalang mengucapkan, menulis, menerbit atau menyebar perkataan-perkataan yang dikatakan memfitnah seperti dalam penyataan tuntutan terpinda pada 16 Jun 2017 atau kata-kata yang mempunyai kesan sama berkenaan plaintif atau penyataan yang boleh dikira sebagai memfitnah.
Penghakiman persetujuan itu tidak boleh mengikat dan diguna pakai ke atas defendan oleh mana-mana pihak lain yang mempunyai tindakan saman serupa terhadap Jamal. Penghakiman persetujuan itu juga tanpa perintah mengenai kos.
Yeo memfailkan saman itu, pada 14 Jun 2017 menuntut ganti rugi sebanyak RM5 juta daripada Jamal atas kenyataannya yang didakwa berbaur fitnah berhubung isu penyelewengan dana Yawas.
Penyataan tuntutan Yeo, yang juga Ahli Parlimen Bakri, mendakwa Jamal telah mengeluarkan kenyataan itu pada 21 Mac 2017 dan diterbitkan oleh beberapa akhbar, portal berita serta akaun Facebook defendan.
Yeo mendakwa kenyataan itu, antara lain memberi tanggapan bahawa beliau telah menyalahgunakan dana awam serta menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak beretika serta tidak boleh dipercayai.
Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, peguam Datuk Sankara N. Nair yang mewakili Yeo berkata ada pernyataan umum dalam undang-undang bahawa semua orang mempunyai reputasi yang baik sehingga terbukti sebaliknya dan reputasi adalah komoditi berharga untuk semua.
“Dengan prosiding hari ini dan permohonan maaf secara terbuka oleh Datuk Seri Jamal kepada klien saya berhubung episod serius ini yang telah mencemarkan reputasi klien saya, kini ia telah dihapuskan secara kekal,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 02 2021

Jamal (kanan) memohon maaf kepada Yeo (kiri) atas kesilapannya.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

KJ jumpa Veveonah, mohon maaf bagi pihak kerajaan, tawar kerjasama inovasi
Khairy turut mengambil kesempatan itu untuk menawarkan supaya Veveonah bekerjasama dengan agensi di bawah kementeriannya, Yayasan Inovasi Malaysia (YIM).

20 kenderaan rosak selepas isi minyak di Petronas Solaris
Petronas Dagangan Berhad memohon maaf atas perkara itu dan telah menghubungi semua pemilik kenderaan yang terjejas.