KUALA LUMPUR: Polis menafikan kesesakan jalan raya di Plaza Tol Jalan Duta pada 31 Mei lalu, berpunca daripada orang ramai yang dalam perjalanan pulang ke kampung seperti tular di media sosial, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya berkata, semakan kandungan video berkenaan mendapati, kesesakan sepanjang tiga kilometer sebelum plaza tol itu berlaku antara 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang, pada tarikh berkenaan.
"Punca utama kesesakan adalah kerana pemeriksaan rapi oleh pihak polis, bagi memastikan orang awam mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan, dan hasil pemeriksaan secara menyeluruh mendapati kenderaan-kenderaan itu mempunyai surat kebenaran merentas negeri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zulkefly berkata, kesesakan itu juga disebabkan orang ramai keluar membuat pelbagai urusan penting, sebelum bermulanya sekatan pergerakan penuh.
Beliau berkata pada tarikh dan masa berkenaan, pihaknya telah memeriksa kira-kira 4,536 kenderaan yang melalui plaza tol itu.
"JSPT KL akan terus membuat pemeriksaan secara terperinci, bagi memastikan tiada pelanggaran SOP Perintah Kawalan Pergerakan 3.0, dilakukan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Jun 02 2021

Punca utama kesesakan di Plaza Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 31 Mei lalu adalah kerana pemeriksaan rapi oleh pihak polis, bagi memastikan orang awam mengikuti SOP yang telah ditetapkan. - Gambar BERNAMA
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa

Johor mahu bina sistem Aliran Transit Automasi bertingkat atasi kesesakan
Kerajaan Johor berhasrat untuk membangunkan sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat di Johor Bahru bagi mengatasi kesesakan di bandar raya itu.

Aidilfitri: Hampir 1 juta kenderaan perantau masuk ke Kelantan
Hampir sejuta kenderaan anak-anak perantau masuk ke Kelantan menerusi tiga pintu masuk utama sejak Jumaat lalu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Kesesakan jalan, hasil padi serta kenaikan elaun TVET tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Nik Muhammad Zawawi minta menteri nyatakan strategi dan tindakan kerajaan bagi mengatasi masalah ketidakcekapan sistem jalan raya.

London bandar paling sesak di dunia, Kuala Lumpur pun masuk senarai
Mengikut data yang mengumpul kesesakan terburuk dunia daripada 387 bandar di 55 negara sepanjang tahun lalu, London di tangga pertama.

Deepavali: Aliran trafik tinggi di beberapa lebuh raya utama
Aliran trafik tinggi dilaporkan di beberapa lebuh raya utama hari ini berikutan pertambahan jumlah kenderaan.

PDRM tubuh Team Black Mamba atasi kesesakan jalan raya
Aset melibatkan motosikal berkuasa tinggi antara yang digunakan pasukan ini dalam menjalankan tanggungjawab diberi.

Tiga laluan kontra atasi kesesakan di ibu negara
Tiga laluan kontra akan dibuka bermula 3 Julai ini sebagai langkah segera mengatasi masalah kesesakan jalan raya di ibu negara, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Penyelesaian segera, menyeluruh atasi masalah kesesakan jalan raya sebelum 2030 - Ahmad Zahid
Jawatankuasa kabinet yang bermesyuarat untuk kali pertama hari ini memutuskan beberapa penyelesaian segera dan menyeluruh.

Jutaan 'pemudik' kembali ke ibu kota
Jutaan pemudik di Indonesia pulang ke kota dari kampung halaman masing-masing selepas cuti perayaan selama seminggu sempena Aidilfitri berakhir pada Selasa.

Aidilfitri: Aliran trafik tinggi, perlahan di lebuh raya utama petang ini
Aliran trafik dilaporkan tinggi dan perlahan di lebuh raya utama setakat 5 petang ini berikutan pertambahan kenderaan pada hari ketiga Aidilfitri.