Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menziarahi makam anakandanya, Almarhum Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim sempena dua tahun kemangkatan baginda di Makam Diraja Mahmoodiah, di sini, hari ini.
Turut berangkat sama adalah Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim serta suami, Dennis Muhammad Abdullah.
Foto-foto di makam Almahrum dikongsi pejabat media dan komunikasi rasmi keluarga Diraja Johor, Royal Press Office (RPO).
Pada masa sama, ternyata masih ramai yang merindui putera kesayangan rakyat Johor. Ini dapat dilihat selepas status Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dimuat naik di laman media sosial, Facebook.
Anakanda keempat Sultan Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim yang sinonim dengan gelaran mesra rakyat cukup dikenali dengan sifat peramahnya dan membuatkan sesiapa sahaja senang mendampinginya.
Hari ini, genap dua tahun kemangkatan baginda akibat kanser hati tahap empat pada 5 Disember 2015 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.
Almarhum disemadikan di sebelah kanan makam nendanya Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail yang mangkat pada 22 Jan 2010, atas permintaan Tunku Abdul Jalil sebelum ini.
Almarhum Tunku Abdul Jalil diputerakan pada 5 Julai 1990 dan merupakan Tunku Laksamana Johor.
BACA: Rakyat, pemimpin kongsi kesedihan atas kemangkatan Tunku Jalil
Nursyazwani Saiful Sham
Tue Dec 05 2017
Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bersama Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan menziarahi makam anakanda, Almarhum Tunku Abdul Jalil hari ini. -Facebook.com / officialsultanibrahim
10 Berita Pilihan - (3 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah umum pengebumian Hassan Nasrallah pada 23 Februari
Pengebumian rasmi pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah yang gugur syahid dalam serangan udara Israel di pinggir selatan ibu kota Beirut pada September lalu akan diadakan pada 23 Februari ini.
Tumpuan Selasa – 4 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Keperluan kemanusiaan di Gaza amat besar -WFP
Program Makanan Sedunia (WFP) menegaskan bahawa keperluan kemanusiaan di Semenanjung Gaza amat besar, di tengah-tengah kepulangan rakyat Palestin yang dipindahkan ke kawasan utara selepas kira-kira 15 bulan perang Israel, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
WHO kurangkan bajet AS$400 juta selepas Amerika tarik diri
Negara-negara anggota yang menyertai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan bertemu bagi mengadakan perbincangan yang memberi tumpuan terhadap pemotongan bajet sebanyak 400 juta dolar. Ia selepas keputusan Amerika Syarikat selaku penyumbang dana terbesarnya menarik diri dari menyertai pertubuhan itu, atas arahan Presiden Donald Trump.
Netanyahu dapat 'lampu hijau' ke fasa dua genjatan senjata
Ketua Pembangkang Israel, Yair Lapid menegaskan bahawa tiada sebab yang menyekat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk meneruskan rundingan genjatan senjata fasa dua di Gaza. Ujarnya, Netanyahu mempunyai setiap jaringan sokongan dari parti politik di Israel untuk bergerak ke arah fasa dua genjatan senjata Gaza kini.
18 wanita maut dalam insiden letupan kereta di Manbij
Kejadian letupan sebuah kereta di utara Syria mengorbankan sekurang-kurangnya 19 mangsa setakat ini, yang mana kebanyakkannya adalah wanita. Menurut laporan Associated Press (AP), 18 mangsa adalah wanita, manakala seorang lagi mangsa lelaki.
Harimau sasar beruang sebagai makanan
Kajian hidupan liar terbaharu yang dijalankan di sebuah taman negara di China mendedahkan situasi yang unik dan jarang berlaku dalam ekosistem rimba. Harimau cuba menjadikan beruang sebagai 'menu' makanan mereka. Ini dapatan terbaharu yang dikongsikan menerusi kajian yang diselia oleh Universiti Beijing Normal di Northeast China Tiger and Leopard National Park (NCTLNP).
ISDG: Mampu capai matlamat kesejahteraan sejagat digariskan PBB
Penganjuran Konvensyen 'Islamic Sustainable Development Goals' (ISDG) buat julung kalinya bukan sahaja dilihat sebagai ruang untuk mengetengahkan suara-suara ilmuan dari pelbagai negara mengenai peranan islam dalam mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).
Malah ianya juga dilihat sebagai platform yang sesuai dan relevan bagi menerapkan nilai-nilai yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam pelbagai sektor.
Malah ianya juga dilihat sebagai platform yang sesuai dan relevan bagi menerapkan nilai-nilai yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam pelbagai sektor.
Ahli Parlimen diseru junjung titah Agong
Kelab Penyokong Kerajaan MADANI menyeru seluruh Ahli Parlimen untuk menjunjung titah Yang Di-Pertua Agong, Sultan Ibrahim untuk mengelak dari mempolitikkan setiap isu demi kepentingan parti.
Ketiadaan Almarhum Tunku Jalil dirindui
Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menziarahi makam anakanda, Almarhum Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim sempena dua tahun kemangkatan baginda di Makam DiRaja Mahmoodiah.