SHAH ALAM: Polis menafikan dakwaan seorang lelaki yang beliau dipukul dan dikasari semasa hadir ke ibu pejabat Polis Daerah Serdang untuk rakaman percakapan bersabit satu laporan yang dibuat isterinya berkaitan keganasan rumah tangga, minggu lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata pada hari kejadian lelaki berkenaan yang terserempak dengan isterinya semasa berada di balai telah bertindak agresif dan mengugut akan membunuh isterinya itu.
Beliau berkata polis telah menasihatkan lelaki itu agar jangan membuat bising di kawasan balai polis, namun dia tidak mengendahkan nasihat yang diberikan dan telah mengeluarkan kata-kata kesat kepada polis iaitu "Polis bodoh".
"Semasa proses tangkapan terhadap suspek, telah berlaku pergelutan dan pihak polis terpaksa menggunakan kekerasan paling minimum," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam sebuah portal berita melaporkan seorang bekas pengurus bengkel Joseph Prakash Sukumaran mendakwa dia dipukul dan dikasari semasa berada di ibu pejabat polis berkenaan.
Arjunaidi berkata suspek didapati mempunyai lapan rekod jenayah lampau meliputi pelbagai kesalahan jenayah termasuk kekerasan serta narkotik, dan ujian saringan awal polis mendapati suspek positif dadah jenis Methapethamine.
Beliau berkata suspek didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 11 Jun lepas mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967, di samping menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Menurutnya suspek tidak mengaku salah dan dibebaskan dengan jamin mahkamah.
"Sejurus dibebaskan, pada hari yang sama lelaki itu telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Bandar Kinrara mengatakan telah dipukul dan dikasari oleh pihak polis semasa hadir memberi keterangan bersabit kes keganasan rumah tangga," katanya.
Arjunaidi berkata satu Kertas Siasatan Enkuiri Polis (KEP) telah dibuka bagi menjalankan siasatan terhadap laporan yang dibuat dan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor telah mengambil alih siasatan KEP ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 16 2021

Arjunaidi berkata pada hari kejadian lelaki berkenaan yang terserempak dengan isterinya semasa berada di balai telah bertindak agresif dan mengugut akan membunuh isterinya itu. - Gambar fail

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

Polis rakam percakapan lelaki dipukul selepas terbabit kemalangan tujuh kenderaan
Lelaki yang dipukul oleh sekumpulan individu selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan tujuh buah kenderaan telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

Lelaki dipukul semasa menonton perlawanan bola antara JDT dan KL City
Mangsa yang berusia 30 tahun itu mengesyaki dirinya dipukul oleh anggota pasukan keselamatan.

Ketua Polis Selangor nafi dakwaan lelaki dipukul, dikasari semasa di balai
Polis menafikan dakwaan seorang lelaki yang beliau dipukul dan dikasari semasa hadir ke ibu pejabat Polis Daerah Serdang untuk rakaman percakapan.