KUALA LUMPUR: Ahli keluarga pekerja yang terlibat dalam sektor kritikal atau bergiat aktif dalam industri ekonomi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 wajar dipertimbangkan untuk diberikan suntikan vaksin COVID-19 segera.
Pakar Kesihatan Awam, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman berpandangan, ia termasuk pekerja yang tinggal bersama warga emas dan golongan rentan.
Jelas beliau, langkah tersebut secara tidak langsung dapat mengelakkan penularan jangkitan dari tempat kerja kepada ahli keluarga.
"Dalam mana kita nak merancakkan pemberian vaksin, ia boleh ditambah baik dengan penglibatan... di mana pada pendapat saya, kalau kita dapat vaksinasi mengikut keluarga ia lebih cepat.
"Tetapi kalau dalam kumpulan warga emas itu ada mereka yang bekerja dalam industri, ia disekalikan (vaksinasi). Maksudnya lebih cepat lagi kita melindungi mereka yang berada di lapangan yang mungkin berpotensi menyebarkan jangkitan kepada warga emas dan kita dapat mengelakkan juga kemungkinan ada komplikasi-komplikasi kepada mereka yang berisiko," katanya kepada Astro AWANI, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Dr Malina berkata perkara itu boleh dilaksanakan dengan komitmen semua pihak bagi membolehkan mereka yang berisiko dapat divaksinasi secepat mungkin.
Selain itu, beliau berkata Malaysia mempunyai kapasiti untuk mengutamakan vaksinasi kepada pekerja dalam industri memandangkan bekalan vaksin dijangka bertambah.
Jelas beliau lagi, ia sekali gus dapat mengelakkan peningkatan kluster tempat kerja.
Ketika ini, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) fasa kedua.
"Kalau dari segi awal dulu, kita tengok bahawa keutamaan memang kepada kumpulan warga emas, berpenyakit kronik dan OKU, tetapi waktu itu kita tidak ada kes yang banyak seperti hari ini.
"Dalam konteks itu pada pandangan saya, kita bukan sahaja nak melindungi mereka yang rentan daripada mendapat komplikasi yang serius akibat jangkitan, tetapi juga untuk mencegah penularan yang lebih tinggi.
"Saya dapati mereka di tempat kerja ini berperanan dalam menyebabkan perebakan secara sporadik dalam komuniti," ujarnya.
Setakat semalam, 20 kluster direkodkan daripada keseluruhan 25 kluster yang dikenal pasti Kementerian Kesihatan Malaysia.
Hasimi Muhamad
Fri Jun 18 2021
![Kluster tempat kerja: Ahli keluarga pekerja industri wajar dipertimbangkan vaksinasi Kluster tempat kerja: Ahli keluarga pekerja industri wajar dipertimbangkan vaksinasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61615024260_vaksinasisarawak.jpg)
Malaysia mempunyai kapasiti untuk mengutamakan vaksinasi kepada pekerja dalam industri memandangkan bekalan vaksin dijangka bertambah - Gambar fail/BERNAMA
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.
![Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739943892_TBACLE.jpg)
Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
![Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739942446_TBAfdlinShauki.jpg)
Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.
![SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739946749_SaifuddinNasution.jpg)
SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews
![Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739942321_tbPopeFrancis.jpg)
Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
![Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739940968_TBFahmi.jpg)
Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.
![Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739945582_jururawatmaut.jpg)
Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.
![Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739943723_tbAmirudinShari.jpg)
Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.
![Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739940327_TBKillerWhales.jpg)
Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.
![99.71 peratus kes positif di Sarawak daripada kategori 1 dan 2 99.71 peratus kes positif di Sarawak daripada kategori 1 dan 2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/41589181661_DUNSarawak.jpg)
99.71 peratus kes positif di Sarawak daripada kategori 1 dan 2
Sejumlah 82.61 peratus bersamaan 1,159 daripada 1,403 kes positif COVID-19 di Sarawak hari ini adalah tergolong dalam kategori 1 dan 2.
![COVID-19: Sembilan kluster baharu direkodkan, tiga kluster disahkan tamat COVID-19: Sembilan kluster baharu direkodkan, tiga kluster disahkan tamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51614510307_klustersala.jpg)
COVID-19: Sembilan kluster baharu direkodkan, tiga kluster disahkan tamat
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak sembilan kluster baharu direkodkan pada 28 Februari 2021 menjadikan sebanyak 491 kluster aktif setakat ini.
![Penempatan pekerja: Bincang dengan majikan, pemaju - Lee Lam Thye Penempatan pekerja: Bincang dengan majikan, pemaju - Lee Lam Thye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/41590911188_LeeLamThye.jpg)
Penempatan pekerja: Bincang dengan majikan, pemaju - Lee Lam Thye
Cadangan menempatkan pekerja di hotel adalah tidak sesuai memandangkan kos yang terlalu tinggi.
![Badan khas yang lebih ketat perlu ditubuhkan kawal aktiviti selepas PKP Badan khas yang lebih ketat perlu ditubuhkan kawal aktiviti selepas PKP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71606772005_950x600.jpg)
Badan khas yang lebih ketat perlu ditubuhkan kawal aktiviti selepas PKP
Dr Malina bersetuju jika beberapa sektor ekonomi diberikan tumpuan khusus bagi membolehkan penguatkuasaan yang sistematik ke atas industri berkenaan.
![COVID-19: Kurang disiplin kendiri, kesedaran punca peningkatan kluster tempat kerja - MTUC COVID-19: Kurang disiplin kendiri, kesedaran punca peningkatan kluster tempat kerja - MTUC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81602695041_TBSopCovid.jpg)
COVID-19: Kurang disiplin kendiri, kesedaran punca peningkatan kluster tempat kerja - MTUC
Kurang kesedaran mengenai dengan prosedur operasi standard (SOP) di tempat kerja antara punca jangkitan kes COVID-19 di tempat kerja meningkat.
![Kluster Tempat Kerja: Polis PJ mula tinjauan di pejabat-pejabat Kluster Tempat Kerja: Polis PJ mula tinjauan di pejabat-pejabat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81603698613_NikEzanee.jpg)
Kluster Tempat Kerja: Polis PJ mula tinjauan di pejabat-pejabat
Nik Ezanee berkata, pihaknya menyasarkan mengunjungi sekurang-kurang 100 pejabat pada minggu ini.