IDEA menjelmakan semula watak Abdul Fakar si petualang dalam novel Salina karya Sasterawan Negara A Samad Said (Pak Samad) satu imaginasi kreatif yang sangat menarik.
Apa lagi novel yang dianggap antara yang terbaik dalam kesusasteraan Malaysia, kini memasuki usia enam dekad berada di khalayak pembaca.
Novel sulung karya Pak Samad diterbitkan pada 1959 dengan atmosfera Tanah Melayu yang baru merdeka.
Salina dengan latar Kampung Kambing di Singapura - meninggalkan impak yang besar kepada pembaca.
Terutama hitamnya watak Abdul Fakar; playboy atau lelaki psiko yang obses pada kekerasan dan penderaan gender.
Pada sisi lain, Abdul Fakar - watak kelasi yang gagal serta jahat ini - terlihat kekal relevan sepanjang zaman sebagai "raut gelap" dunia lelaki yang selalu dicurigai.
Pada tiap zaman dan dekad - lelaki petualang seperti Abdul Fakar sentiasa wujud.
Cuma, dalam dunia novel, rakaman watak lelaki jahat sepanjang zaman ini, paling berjaya dipaparkan Pak Samad melalui Salina.
Justeru, idea membawa Abdul Fakar sebagai watak solo ke pentas terasa sangat unik dan relevan.
Apa lagi, Adlin punya idea berkonsepkan monomania - di mana watak novel dihidupkan semula secara "one man show" di pentas.
Bukan setakat watak Abdul Fakar akan diheret keluar dari dunia "Salina" dan dijelmakan ke pentas kontemporari, tetapi lelaki "binatang jalang" ini akan digugah semahu-mahunya untuk melihat realiti dirinya dalam dunia 2020.
Apakah Abdul Fakar masih seorang sadisme seksual dalam tafsiran watak hitam putih gaya lama; satu konsep totok dalam justifikasi karektor manusia (Melayu) secara historis?
Atau, selepas 60 tahun - Abdul Fakar akan dilihat sebagai lelaki psiko yang mengalami "gangguan tingkah laku" (Obsesive Compulsive Disorder) dalam obsesi mindanya?
Ini idea monomania Adlin.
"Aku impikan watak-watak besar dalam novel Melayu dijelmakan di pentas dan diberikan 'nafas' baru," kata Adlin.
Senario ini satu cabaran besar terutama menangani persepsi origaniliti teks dan falsafah penulisnya.
"Kita berpaksi pada katalis teks asal," kata Adlin.
Anehnya - mengapa memilih Abdul Fakar?
Mengapa tidak memilih Salina?
Bukankah Salina yang patut muncul di pentas monomania dan memanifestasikan semula dirinya dalam nuansa abad ke 21?
Seharusnya Salina yang muncul kerana dunia pemangsaan terhadap wanita selepas enam dekad, kini sudah terbela undang-undang.
Atau - monomania Salina akan terus dengan watak menyerahnya tanpa protes?
Salina - si kupu-kupu malam - akan kekal sebagai intrig yang sinonim dengan pemangsaan sepanjang zaman?
Atau, muncul Salina dalam monomania ala Adlin dengan nuansa yang setara dengan watak dalam filem rebel feminisme Thelma And Louise (1991) lakonan Susan Sarandon dan Geena Davis?
Barangkali wajar, Salina diberi hak untuk melihat alaf 21 yang sarat dijenuhi gerakan emansipasi wanita dan rebelious feminisme.
(Ini Adlin kena jawab. Tetapi isu asal mengenai idea ini bukan mengenai watak. Idea utama ialah menperkenalkan monomania. Kerja pentas yang menyeret watak-watak besar novel Melayu untuk berinteraksi secara solo dan berdepan realiti baru perubahan zaman).
Pak Samad berusia 24 tahun ketika menghasilkan karya hebat ini. Salina ialah tanda aras yang gagal disaingi mana-mana penulis sehingga kini.
Salina ialah tanda niaga Pak Samad dengan keupayaan genius estetik pada ketika usia 20-an.
Selama enam dekad selepas lahirnya Salina, bagi penulis muda Malaysia - usia 20-an hanya katalis usia untuk mula menulis. Bukan usia melahirkan karya hebat sedahsyat Salina.
Pak Samad - budak muda asal Kampung Belimbing Dalam di Melaka - merantau pada usia remaja dan melihat betapa rakusnya Singapura pada dekad sebelum dan selepas merdeka.
Sebagai wartawan dan sasterawan - Salina terhasil oleh ketajaman minda dan trauma psikologi Pak Samad yang turut melalui era getir pendudukan Jepun ketika Perang Dunia Kedua.
Apakah Pak Samad bersetuju melihat Abdul Fakar ditarik keluar dari dunia Salina dan dibiarkan berpetualang di pentas monomania dengan persekitaran 2020?
Adlin akan berdepan dengan usaha untuk meyakinkan Pak Samad. Bahawa, monomania ialah genre baharu yang kondusif dan progresif.
Malah, persembahan teater 10 ke 15 minit ini satu usaha mempromosi buku di platform persembahan fizikal dengan garapan seni yang lebih obsesif.
Mempromosi watak novel secara "one man show" akan meningkatkan rasa sensasi penonton untuk bertukar menjadi pembaca novel.
Monomania dan KLWBC 2020
KLWBC 2020 akan dijenuhi dengan lebih 300 acara anjuran pelbagai pihak. Agenda utama semua acara tetap mempromosi budaya membaca dan meningkatkan minat terhadap buku.
Cuma, idea Adlin merentas dimensi konvensional. Idea menyatukan lakonan, pementasan, watak solo novel dan persekitaran zaman baharu.
Malah, watak-watak hebat novel Melayu akan disanggah dengan radius kreatif monomania.
Monomania ala Adlin tidak memutuskan aspirasi asal penulis dan wataknya. Malah, hubungan watak dengan idea asal novelnya akan dipelihara.
Ini cabaran besar pada Adlin kalau mahu monomania mampu berdepan realiti kreatif yang sihat.
"Aku nak jadikan monomania satu genre promosi. Selain nilai seninya yang mengangkat watak-watak buku ke seni pentas," katanya.
Monomania ialah kerja terbaru Adlin yang mahu mengusahakan projek khas ini bagi menyatukan pengarahan, lakonan dan manukskrip teater moden berasaskan multi teks terutama novel.
Idea ini nampak segar dan mampu menjadi nilai tambah kearah mempromosi dan meningkatkan sensasi masyarakat untuk menyelak novel asal.
Namun, Adlin berdepan tanggungjawab moral yang besar.
Dunia sastera sangat sensitif. Adlin akan berdepan dengan pra syarat mengekalkan intergriti penulis dan watak serta komitmen ideologi novel asal.
Apa pun kita tunggu. Idea Adlin hanyalah idea.
Walaupun Adlin sudah memiliki silibus lengkap melaksanakan idea ini, ia hanya tercetus apabila kami berborak dan melihat ruang pengisian baharu.
Mencari apa yang lebih dinamik dan organik untuk memeriahkan slot Buku Jalanan.
Kami berbual soal prospek yang mampu memacu daya tarikan lebih segar di kalangan khalayak awam terhadap program-program KLWBC 2020.
KLWBC 2020 mesti energetik. Usaha memikat khalayak mesti versatil dan bervariasi. Mesti berdaya promosi tetapi kekal autentik terhadap matlamat KL Baca yang mahu "menyantuni masyarakat melalui budaya membaca."
Peluasan parameter idea mesti dilakukan bagi meningkatkan minat awam terhadap buku.
Paling tidak Adlin muncul dengan idea tanpa kotak. Selain latar pengalamannya yang luas sebagai aktivis teater, pengarah, pelakon dan penulis.
Kini Adlin tampil berani dan memiliki idea dan keupayaan berfikir terhadap pembaharuan.
Malah, mahu meluaskan ruang kreativiti yang mampu meningkatkan minat awam terhadap buku.
Monomania satu idea. Paling tidak ia tidak bergelumang dengan konsep mengulang-ulang idea kusam.
Kalau bagus - mengapa tidak memberi ruang pada idea yang memiliki pembaharuan.
* Zainal Rashid Ahmad merupakan wartawan dan penulis sastera. Beliau telah banyak novel antaranya Hikayat Tanah Jauh (2015), kumpulan cerpen al-Kisah (2012), Yang Tercinta (2012), Empunya Hikayat (2014) dan lain-lain. Zainal Rashid Ahmad juga pernah memenangi 38 hadiah sastera.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Zainal Rashid Ahmad
Mon Mar 09 2020
Adlin Aman Ramli mempunya idea berkonsepkan monomania - di mana watak novel dihidupkan semula secara "one man show" di pentas.
Gunung berapi Kilauea di Hawaii
Gunung berapi Kilauea di Hawaii memuntahkan lava sekali lagi dalam letusan baru pada Selasa.
Aset kripto jadi peluang baru pelaburan tetapi risiko masih ada
Namun Pengurus Negara, StashAway Malaysia, Wong Wai Ken berkata, pelabur harus tetap berhati-hati kerana aset kripto, walaupun banyak risiko telah dihapuskan, ia tetap merupakan kelas aset yang sangat volatil dengan potensi turun naik yang tinggi.
KWSP nafi salah laku, pelanggaran undang-undang dalam urus niaga MAHB
KWSP sekali lagi menekankan dasar "Chinese Wall" yang diamalkannya, iaitu pengasingan nyata antara kumpulan yang mempunyai akses kepada maklumat dalaman, dengan kumpulan yang berdagang di pasaran terbuka.
Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo
Jenama baharu tersebut diumumkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Abang Johari Tun Openg.
Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB
Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.
Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.
Nilai eksport sawit ke Asia Tengah capai RM288.23 juta pada 2024
Malaysia mengeksport 54,665 tan minyak sawit dan produk berasaskan sawit bernilai RM288.23 juta ke negara Asia Tengah iaitu Uzbekistan, Kazakhstan, Tajikistan, Kyrgyzstan dan Turkmenistan pada 2024.
Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).
Malaysia tidak terkesan peraturan baharu Arab Saudi larang kanak-kanak sertai haji - Mohd Na'im
Malaysia tidak terkesan dengan peraturan baharu oleh kerajaan Arab Saudi yang tidak membenarkan kanak-kanak menyertai musim haji tahun ini.
AWANI Ringkas: Tuduhan ahli kumpulan jenayah terancang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Faridah Merican, A. Samad Said antara tujuh pemenang Anugerah Merdeka 2024
Tujuh individu terbilang diangkat sebagai penerima pengiktirafan berprestij Anugerah Merdeka 2024 atas sumbangan luar biasa kepada negara serta peranan mereka dalam memupuk budaya keunggulan Malaysia.
Nilai sentimental Lantai T Pinkie buat Siti Rohayah
Kisah perempuan joget karya Sasterawan Negara, A Samad Said kembali ke pentas teater selepas 17 tahun.
KLWBC 2020 dan monomania ala Adlin Aman Ramli
Idea menjelmakan semula watak Abdul Fakar si petualang dalam novel Salina karya A Samad Said satu imaginasi kreatif yang sangat menarik.
KLWBC 2020: Vokalis King Rangers Ikon Membaca KLWBC 2020
Pak Samad melahirkan banyak karya hebat dalam genre novel, puisi dan drama pentas. Profilnya sebagai sasterawan terlalu panjang kalau mahu dihuraikan.
A Samad Said 'jentik' pemimpin bersifat 'sasterawang'
Hati-hati dengan kewujudan 'sasterawang', pemimpin yang menutup mulut apabila selesa dengan wang ringgit, itu amaran yang dilontarkan Sasterawan Negara Datuk Seri Dr A. Samad Said
Novel Salina edisi khas sempena ulang tahun ke-60 bakal dipasarkan
Menurut Helmy Samad, beliau telah lama berhasrat untuk menerbitkan novel Salina edisi khas sempena 60 tahun penghasilannya.
A Samad Said layak untuk Anugerah Nobel - Johan Jaaffar
Tan Sri Johan Jaaffar berpendapat pihak berwajib sepatutnya berusaha membawa karya-karya sasterawan negara ke tahap yang lebih tinggi hingga layak untuk dicalonkan sebagai pemenang Anugerah Nobel.
Erti Merdeka di mata seniman
Sasterawan Negara, Datuk Seri A.Samad Said berpendapat masih ramai yang meraikan ia sekadar merayakan tanpa cuba memahami ertinya.
Tun M deklamasi puisi sempena kempen Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia
Bukan sekadar memimpin negara, malah Tun Dr Mahathir Mahathir berkebolehan mendeklamasikan puisi.
'Buku sekarang mahal' - A. Samad Said
Katanya, bantuan itu boleh digunakan para sasterawan untuk membeli bahan bacaan dan terus menyuburkan sumbangan mereka kepada negara.