Skip to main content

Politik

Duit saman hampir cukup, Akmal mahu infak lebihan sumbangan

Dr Muhammad Akmal berjanji memperincikan setiap pengagihan sumbangan menerusi Facebook bagi memastikan orang ramai mengetahui bagaimana wang berkenaan digunakan, selain sekali lagi meminta supaya sumbangan ke akaunnya dihentikan. -Gambar fail/Bernama
Dr Muhammad Akmal berjanji memperincikan setiap pengagihan sumbangan menerusi Facebook bagi memastikan orang ramai mengetahui bagaimana wang berkenaan digunakan, selain sekali lagi meminta supaya sumbangan ke akaunnya dihentikan. -Gambar fail/Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, berjaya mengumpul RM180,000 hasil penjualan aset untuk membayar saman fitnah RM300,000.
  • Beliau menerima sumbangan orang ramai berjumlah RM173,733.61 dan berhasrat menginfakkan keseluruhan wang itu kepada golongan memerlukan.
  • Mahkamah Tinggi memerintahkan beliau membayar RM300,000 kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, selepas kalah dalam saman fitnah.

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, berhasrat menginfakkan hampir RM174,000 sumbangan orang ramai kepada golongan lebih memerlukan selepas berjaya mengumpul RM180,000 hasil penjualan aset miliknya bagi membayar saman fitnah.

Beliau berkata motosikal Honda X-ADV kesayangannya berjaya dijual pada harga RM150,000, manakala jualan keseluruhan ikan tilapia dari kolam miliknya menghasilkan hampir RM30,000.

Menurutnya, hasil jualan berjumlah RM180,000 itu bersama simpanan peribadi dan keluarga dijangka mencukupkan bayaran saman RM300,000 menjelang minggu depan.

"Alhamdulillah, RM180,000 ini ditambah dengan jumlah simpanan yang saya dan keluarga ada, cukup untuk mencukupkan jumlah hampir RM300,000 menjelang minggu depan, insya-Allah," katanya menerusi hantaran video di Facebook hari ini.

Bagaimanapun, Dr Muhamad Akmal mendedahkan sumbangan orang ramai terus diterima meskipun beliau sebelum ini meminta supaya tiada lagi wang dimasukkan ke akaunnya, sehingga jumlah terkumpul mencecah RM173,733.61.

Sehubungan itu, beliau memohon keizinan semua penyumbang untuk menginfakkan keseluruhan wang berkenaan kepada golongan lebih memerlukan, termasuk individu yang memerlukan bantuan membaiki rumah dan menampung kos rawatan.

"Setiap sen yang tuan-tuan berikan kepada saya ini, saya akan infakkan sepenuhnya dan berikan kepada mereka yang memerlukan," katanya.

Dalam pada itu, Dr Muhamad Akmal menafikan dakwaan kononnya tindakan menjual aset miliknya sekadar lakonan untuk meraih derma, sebaliknya menegaskan beliau mahu memikul sendiri tanggungjawab melunaskan bayaran saman tersebut.

Beliau turut berjanji memperincikan setiap pengagihan sumbangan menerusi Facebook bagi memastikan orang ramai mengetahui bagaimana wang berkenaan digunakan, selain sekali lagi meminta supaya sumbangan ke akaunnya dihentikan.

Mahkamah Tinggi pada Isnin memerintahkan Dr Muhamad Akmal membayar RM300,000 kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, selepas kalah dalam saman fitnah, merangkumi ganti rugi RM250,000 dan kos RM50,000.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Berapakah jumlah wang yang berjaya dikumpul oleh Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hasil penjualan aset miliknya? 
    A: Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berjaya mengumpul RM180,000 hasil penjualan motosikal Honda X-ADV dan ikan tilapia dari kolam miliknya.
  • Q: Apakah tujuan wang sumbangan orang ramai sebanyak RM173,733.61 akan digunakan? 
    A: Wang sumbangan orang ramai sebanyak RM173,733.61 akan diinfakkan sepenuhnya kepada golongan lebih memerlukan, termasuk individu yang memerlukan bantuan membaiki rumah dan menampung kos rawatan.
  • Q: Apakah tindakan Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh terhadap dakwaan penjualan aset hanya untuk meraih derma? 
    A: Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan beliau mahu memikul sendiri tanggungjawab melunaskan bayaran saman.
  • Q: Berapakah jumlah saman yang perlu dibayar oleh Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dan kepada siapa? 
    A: Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh perlu membayar saman sebanyak RM300,000 kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, selepas kalah dalam saman fitnah.
  • Q: Bagaimanakah Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh akan memastikan ketelusan pengagihan sumbangan? 
    A: Beliau berjanji akan memperincikan setiap pengagihan sumbangan menerusi Facebook supaya orang ramai mengetahui bagaimana wang tersebut digunakan.

Must Watch Video

Advertisement