Kerajaan akan mengkaji pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP) yang ditangguhkan kerajaan terdahulu untuk diperkenalkan semula demi kesejahteraan rakyat.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi berkata beliau akan menyemak semula pelaksanaan PSP bersama pegawai-pegawai di kementeriannya dengan memberi fokus kepada isu-isu yang membabitkan rakyat.
"Sesuatu yang telah sedia ada atau dicadangkan, jika saya yakin ia bagus, kenapa kita tidak melihatnya secara positif. Kita boleh meneruskannya jika ia baik untuk rakyat dan negara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media pada hari pertama bertugas di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di sini, hari ini.
Pada Disember lalu, Kabinet memutuskan supaya pelaksanaan PSP tidak diteruskan sehingga ditentukan kelak bagi memberi lebih ruang kepada penerangan dan penjelasan untuk rakyat.
BACA: Subsidi petrol ditangguh sehingga rakyat faham
Terdahulu, Nanta dan timbalannya Datuk Rosol Wahid menerima sambutan rasmi daripada warga KPDNHEP dan mengetip kad perakam waktu sebagai tanda memulakan tugas di kementerian itu.
Turut hadir, Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.
Sementara itu, ditanya mengenai saranan pengusaha petrol supaya kerajaan menetapkan harga lantai petrol dan diesel susulan perang harga dunia, Nanta berkata, kementeriannya akan mengkaji cadangan itu.
"Kami perlu mendengar daripada semua pihak dan memastikan percambahan idea dilakukan dan jika ia baik maka kami akan mencadangkannya kepada kerajaan," katanya.
Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) sebelum ini mencadangkan harga lantai untuk petrol dan diesel diperkenalkan memandangkan harga bahan api itu dijangka turun lagi berikutan perang harga minyak dunia.
Beliau yang merupakan bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, walaupun masih baharu di KPDNHEP itu, namun dasar-dasar dan strategi dalam memantau isu-isu semasa dalam negara dan di peringkat antarabangsa, akan tetap diteruskan.
Mengulas lanjut mengenai peranannya sebagai wakil Sarawak dalam Kabinet baharu kerajaan Perikatan Nasional, Ahli Parlimen Kapit itu berkata beliau tidak akan menumpukan kepada Sarawak sahaja, sebaliknya pelantikannya adalah untuk negara secara keseluruhannya.
"Seperti saya maklumkan sebelum ini, saya tidak dilantik sebagai menteri untuk Sarawak sahaja. Saya adalah menteri untuk Malaysia.
"Dalam konteks Sarawak, memang akan ada jangkaan dari kementerian ini terhadap pembangunan di Sarawak, seperti kos sara hidup rakyat di sana, maka saya juga akan melakukan yang terbaik untuk itu," katanya.
Najmi Syahiran Mamat
Thu Mar 12 2020

NANTA: Jika saya yakin ia bagus, kenapa kita tidak melihatnya secara positif. Kita boleh meneruskannya jika ia baik untuk rakyat dan negara. - Astro AWANI/NAJMI SYAHIRAN MAMAT

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Sambutan Hari Pengguna tingkat advokasi, jaga hak pengguna
Sambutan tahun ini selari dengan matlamat Kementerian dalam menggerakkan agenda besar kepenggunaan yang responsif dengan tuntutan semasa.

Boikot: Hak pengguna - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ketika ini tidak mempunyai sebarang dasar berhubung tindakan memboikot sesuatu barangan oleh pengguna.

MOTAC cadang wajibkan syarikat pengendali umrah sediakan perjanjian dengan jemaah
Perjanjian itu antara lain menyatakan terma dan syarat terpakai, jadual, pakej yang ditawarkan berserta peruntukan mengenai ganti rugi.

Mavcom pertingkat usaha lindungi pengguna, bayaran balik, hak penumpang
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) telah menerbitkan kertas rundingan mengenai cadangan pindaan terhadap Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (MACPC).

Hanya 63.1 peratus tahu hak pengguna
Indeks Pemerkasaan Pengguna (CEI) yang dijalankan pada tahun 2020 mendapati hanya 63.1 peratus pengguna di negara ini mengetahui hak mereka sebagai pengguna.

Uruskan kemalangan jalan raya dengan cara yang betul - Peguam
Nasihat pakar perundangan - jangan panik, sebaliknya segera buat laporan polis.

KPDNHEP akan kaji semula Program Subsidi Petrol - Nanta
Beliau berkata beliau akan menyemak semula pelaksanaan itu bersama pegawai-pegawai di kementerian itu.

Mavcom gagal lindungi hak pengguna penerbangan, kata AirAsia
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd (CEO), Riad Asmat berkata suruhanjaya itu perlu turun padang bagi melakukan pemeriksaan dan menyiasat isu yang diutarakan.

SKMM ambil tindakan ke atas 2,823 akaun menyamar di media sosial
Langkah itu bertujuan melindungi pengguna daripada aktiviti penyamaran oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di media sosial.

Trump tidak boleh sekat pengkritik di Twitter
Hakim Naomi Reice Buchwald berkata, menyekat akses ke akaun @realDonaldTrump milik presiden tersebut dianggap melanggar hak kebebasan bersuara yang dijamin dalam Pindaan Pertama Perlembagaan.