PADA 16 Oktober 2019, laporan Jawatankuasa Dewan bagi Mesyuarat Dewan Rakyat telah mencadangkan penubuhan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) atau popular dengan nama All-Party Parliamentary Group (APPG) di negara demokrasi yang lain seperti United Kingdom, Australia dan Kanada.
Ini merupakan salah satu pembaharuan untuk memperkasakan fungsi demokrasi berparlimen Malaysia.
KRPPM merupakan badan tidak formal yang didaftarkan di bawah Parlimen Malaysia, sebagai satu platform kepada semua ahli parlimen tidak kira Dewan Rakyat atau Senator daripada pelbagai parti politik, untuk membincangkan dasar awam bersama dengan rakyat daripada pelbagai kumpulan.
Setiap cadangan yang dikemukakan melalui KRPPM ini akan diangkat Parlimen Malaysia dan Jawatankuasa Pilihan Khas.
Platform seperti ini telah membuka peluang kepada rakyat yang mempunyai pelbagai kepakaran, buah fikiran dan cadangan untuk bersama-sama terlibat dalam proses membuat dasar bersama wakil rakyat.
Inilah perbezaan yang dibawa untuk Parlimen Malaysia selepas 9 Mei 2018, apabila Parlimen dijadikan tempat utama rakyat untuk mencadangkan sesuatu idea kepada pembuat dasar, jika dibandingkan dengan amalan terdahulu apabila semua pemebnatanagn idea majoritinya melalui menteri sahaja.
Melalui KRPPM, institusi ini turut memberi peluang kepada Ahli Parlimen dari parti pemerintah dan pembangkang untuk bekerjasama dalam membincang dan mencari dasar terbaik dalam sesuatu topik demi kepentingan masyarakat tanpa mengira fahaman politik yang berbeza.
Setiap topik dalam KRPPM ini tidak terhad dan melangkaui isu-isu yang terletak dibawah sebuah kementerian atau seorang menteri.
Contohnya, penubuhan KRPPM dalam perkara Sustainable Development Goal (SDG) yang diketuai oleh saudari Maria Chin, Ahli Parlimen Petaling Jaya akan membincangkan tentang pembangunan lestari yang menyentuh melebihi satu kementerian.
Di Parlimen United Kingdom, dianggarkan terdapat lebih 1,000 kumpulan APPG. Setakat November 2019, terdapat 604 APPG di Parlimen UK yang membincangkan sesuatu topik seperti kemahiran digital, pembangunan pertanian dan makanan, keganasan domestik dan pekerjaan belia.
Cara ini lebih efektif berbanding perbincangan dengan sebuah kementerian yang mempunyai pelbagai kerenah birokrasi.
Persatuan yang terlibat dalam KRPPM juga akan diberikan ruang untuk menghasilkan laporan dan kajian untuk dibawa kepada Jawatankuasa Pilihan Khas atau jemaah menteri sebagai satu cadangan dasar.
Kebimbangan salah guna fungsi
Meskipun penubuhan KRPPM ini dilihat sebagai satu langkah ke hadapan dalam mengangkat demokrasi negara, terdapat cabaran yang perlu diuruskan oleh pihak parlimen dalam menjaga integriti dan fungsi KRPPM di tahap yang terbaik.
Topik perbincangan yang luas dan terbuka boleh mendorong kepada salah guna fungsi KRPPM untuk kepentingan sesuatu pihak, termasuk wakil rakyat.
Bagaimanakah pihak parlimen boleh memastikan bahawa KRPPM ini tidak mempunyai pengaruh atau agenda politik kepartian dan individu?
Di United Kingdom, sebuah organisasi yang dipanggil Policy Connect yang ditubuhkan oleh ahli parlimen pelbagai parti, iaitu Chris White daripada parti Konservatif dan Barry Sherman daripada parti Buruh, telah menjadi orang tengah atau ‘lobbyist’ apabila dilantik menjadi sekretariat bagi sesebuah APPG di parlimen.
The Guardian pada Januari 2017 telah melaporkan Policy Connect menjadi sekretariat bagi lapan APPG, antaranya APPG bagi kesihatan, kemahiran dan pekerjaan dan perubahan iklim.
Policy Connect akan mengenakan bayaran sebanyak £175 hingga £20,000 kepada mana-mana badan atau persatuan yang ingin menjadi ahli dalam salah satu APPG yang mereka kendalikan.
Sebagai balasannya, kumpulan tersebut akan mendapat akses membuat perjumpaan di parlimen dan berjumpa dengan beberapa menteri dengan mudah.
Begitu penting sekali bahawa KRPPM yang ditubuhkan Dewan Rakyat menjaga integriti dan memastikan ia tidak disalah gunakan sebagai platform mendapatkan keuntungan wang dan pengaruh.
KRPPM juga perlu berlandaskan peluang yang adil kepada semua kumpulan untuk terlibat sama dan dan tidak tertumpu kepada syarikat besar yang boleh mempengaruhi perbincangan KRPPM.
Mendepani cabaran KRPPM
Ketelusan merupakan kunci kepada intergiri KRPPM. Dalam mengatasi cabaran salah guna fungsi ini, parlimen Malaysia perlu melaporkan setiap aliran peruntukan yang disumbangkan oleh pihak berkepentingan.
Segala maklumat terhadap sumbangan ini perlu dilaporkan dan dikemukakan untuk pengetahuan masyarakat agar ia dapat membuktikan KRPPM berfungsi dengan efektif.
Parlimen Malaysia juga perlu bersifat terbuka dan mendedahkan senarai organisasi dan individu yang terlibat, khususnya mereka yang menjadi sekretariat.
Laporan mengenai sekretariat ini dapat memastikan bahawa pihak yang mengendalikan KRPPM ini tidak mempunyai konflik berkepentingan.
Setiap perjalanan KRPPM perlu ditayangkan kepada khalayak ramai mengunakan siar raya perdana mahupun media sosial.
Hebahan ini bagi memperlihatkan bahawa peranan ahli parlimen Malaysia bukan sahaja terikat dan duduk di dalam Dewan Rakyat, tetapi ahli Parlimen ini boleh melakukan tugas yang lebih bermanfaat dan berkesan.
KRPPM dapat menjalankan peranannya apabila lebih ramai kumpulan, organisasi dan individu mengambil peluang ini untuk menyumbang idea kepada pembangunan negara.
Platform yang tersedia ini perlu menjadi medan perbincangan idea untuk membina kesefahaman ahli parlimen dan rakyat. Ini lebih baik berbanding komunikasi di media sosial yang membawa kepada perbalahan emosi tanpa dorongan idea yang rasional.
Lebih baik lagi sekiranya Kumpulan Rentas Parti ini diwujudkan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.
Ini membolehkan rakyat tidak sahaja bergantung kepada isu-isu persekutuan, tetapi boleh memberi ruang bagi rakyat bertukar fikiran dengan pemimpin di peringkat negeri.
Secara tidak langsung, ia dapat mencipta budaya perbincangan idea antara rakyat dan pemimpin. KRPPM telah menambah nilai peranan institusi parlimen dalam merencana pembangunan negara secara bersama.
Tetapi, ia semuanya terletak kepada ahli parlimen, pemimpin dan rakyat untuk menggunakan ruang ini demi kepentingan negara.
Fakhrurrazi Rashid ialah Koordinator Program Research For Social Advancement (REFSA).
Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Fakhrurrazi Rashid
Fri Dec 13 2019

KRPPM merupakan badan tidak formal yang didaftarkan di bawah Parlimen Malaysia

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Tiada perbincangan wujudkan kerajaan perpaduan, hanya perjumpaan biasa - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuannya dengan beberapa pemimpin beberapa hari lalu hanyalah sebagai perjumpaan biasa.

SPRM anjur mesyuarat ACTWG APEC secara maya
Mesyuarat itu bermula pada 19 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober nanti.

COVID-19: SKM peruntuk insentif pemulihan RM1 juta
Sehingga September, SKM meluluskan bayaran insentif PULIH berjumlah RM525,500 kepada 65 koperasi di negara ini.

PRN Sabah: Isu ekonomi, MA63 dan pembangunan jadi tumpuan
Madeline berkata, negeri-negeri yang kurang membangun juga perlu diberikan perhatian yang lebih.

Pemimpin Arab jadi sasaran alat Israel, AS - MAPIM
MAPIM mengutuk keras sikap pengecut dan bacul pemimpin Bahrain yang sanggup menjual diri kepada Israel dan Amerika dengan mengumumkan perjanjian damai bersama rejim itu.

Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.

Hadi Awang serah laporan mengenai Timur Tengah kepada Perdana Menteri
Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyerahkan Laporan Eksekutif kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Rasuah: Selangor tidak bercadang pindahkan penjawat awam negeri
Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk merombak atau memindahkan penjawat awam termasuk penguat kuasa negeri, sebagai langkah penyelesaian bagi membendung gejala rasuah dalam sektor berkenaan.

Muhyiddin mahu tindakan segera bantu tingkatkan taraf kehidupan penduduk PPR
Lawatan itu, ujar Perdana Menteri, banyak memberi maklumat kepada dirinya mengenai kehidupan warga kota atau golongan miskin bandar.

#RealLifeHeroes mengangkat semangat Hari Kemanusiaan Sedunia 2020
19 Ogos 2020 merupakan tahun kesebelas kita sama-sama menyambut Hari Kemanusiaan Sedunia.