Laporan polis boleh dibuat terhadap majikan yang tidak tersenarai sebagai perkhidmatan perlu (teras) yang masih beroperasi dan mengarahkan pekerja hadir bekerja dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam soalan lazim melibatkan kementerian itu berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan berkata jika majikan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan itu, ia adalah satu kesalahan jenayah.
"(Kesalahan) di bawah Peraturan 7 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya," menurut KSM.
Sementara itu, KSM berkata majikan dalam perkhidmatan perlu pula harus mengurangkan bilangan petugas yang hadir bekerja kepada tahap paling minimum atau sekurang-kurangnya 50 peratus daripada jumlah semasa, dalam tempoh itu.
Menurut kementerian itu, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 hingga 31 Mac dalam usaha menangani wabak COVID-19, majikan juga perlu memastikan pergerakan pekerja terbabit dihadkan.
Perkara ini berdasarkan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).
Tambah KSM, majikan juga perlu menyediakan alat saringan suhu badan, mengambil bacaan suhu badan pekerja setiap hari serta memastikan pekerja mematuhi prosedur pencegahan COVID-19.
Selain itu, majikan hendaklah menyediakan cecair pembasmi kuman, melaksanakan proses sanitasi dan pembersihan perlu serta memastikan garis panduan amalan terbaik penjarakan sosial disediakan dan dilaksanakan.
Tegas KSM, majikan tersenarai dalam perkhidmatan perlu, berhak untuk tidak membayar gaji pekerjanya jika didapati enggan bertugas sepanjang tempoh ini.
KSM menyatakan majikan wajib membayar gaji penuh sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dengan pekerja bergaji harian dibayar mengikut kadar upahan yang telah dipersetujui antara majikan dan pekerja di dalam surat tawaran atau kontrak perkhidmatan atau surat kenaikan gaji terkini.
"Untuk pekerja yang upahnya tidak tetap maka kadar hariannya hendaklah tidak kurang daripada kadar gaji minimum seperti dalam Perintah Gaji Minimum 2020," kata KSM.
Dalam tempoh itu juga, majikan boleh meminta pekerjanya untuk menjalankan kerja bersesuaian dari rumah, dan perlu membayar gaji pekerja berserta elaun yang berkaitan hendaklah dibayar.
KSM berkata sekiranya majikan enggan membayar gaji dalam tempoh tersebut, pekerja boleh mengemukakan aduan secara dalam talian melalui e-mel rasmi Jabatan Tenaga Kerja (JTK).
"Majikan juga wajib membayar upah atau gaji pekerja di luar skop Akta Kerja 1955 / Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) / Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76) kerana perkara ini telah termaktub dalam kontrak perkhidmatan yang dipersetujui antara majikan dan pekerja," kata KSM.
Jelas KSM, majikan tidak boleh memaksa pekerja menggunakan cuti tahunan atau cuti tanpa gaji pekerja sepanjang tempoh ini kerana perintah telah dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Sebarang pertanyaan berhubung isu majikan dan pekerja boleh berurusan dengan Bilik Gerakan Pemantauan Pekerjaan COVID-19 KSM, menghubungi talian 03-8889 2359 / 8886 2409 / 8890 3404 atau e-mel [email protected] ; [email protected] ; [email protected]
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 19 2020

Majikan tidak boleh memaksa pekerja menggunakan cuti tahunan atau cuti tanpa gaji pekerja sepanjang tempoh ini.

PM arah PETRA kemuka cadangan cara manfaatkan air hujan
Fadillah menyatakan bahawa kajian dan cadangan mengenai perkara ini sudah dilaksanakan dan akan dikaji untuk pelaksanaan projek.

Peniaga warga emas rugi RM300,378 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan pelaburan mata wang kripto di laman web Silegx dan membuat beberapa transaksi sebelum menyedari dia ditipu.
Syarat luar biasa, PN ada alasan untuk tidak setuju
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya mempunyai alasan munasabah dan asas, untuk tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.
Warga emas pukul isteri, mengaku tidak bersalah
Warga emas, 76 tahun, mengaku tidak bersalah selepas dituduh memukul isterinya yang berusia 70 tahun di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.

Kes kewarganegaraan anak lahir di luar negara oleh ibu rakyat Malaysia capai penyelesaian
Mahkamah Persekutuan mencapai persetujuan bahawa kanak-kanak ini boleh memohon kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan.
Keputusan representasi Najib kes dana SRC 6 Mei ini
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 6 Mei ini bagi keputusan representasi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggugurkan tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di PETRA
Program bertujuan menyantuni warga PETRA dan memanfaatkan bulan Ramadan dengan amalan kerohanian.

Penolong pegawai perubatan bakal diberi kuasa keluar preskripsi ubat asas - Dr Dzulkefly
Penolong Pegawai Perubatan (PPP) akan diberikan kuasa untuk mengeluarkan preskripsi bagi ubat-ubatan asas dalam rawatan penyakit ringan.

Dua remaja maut dilanggar: Pemilik rakaman 'dashcam' belum tampil - Polis
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kerjasama mereka amat penting bagi memudahkan proses siasatan dilakukan.
Vietnam sasar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua pada 2035
Vietnam merancang untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam sistem pendidikan negara pada 2035. Inisiatif ini akan melibatkan semua peringkat pendidikan, dengan penekanan terhadap latihan guru, pembangunan infrastruktur, dan penggunaan teknologi untuk merapatkan jurang wilayah.

Pendekatan 'self rule' bukan bermaksud Sarawak tidak hormati Kerajaan Pusat - Abang Johari
Amalan self-rule yang menjadi pendekatan utama pentadbiran Kerajaan Sarawak disifatkan relevan dalam penentuan tadbir urus negeri itu.

Penggunaan vaksin selain Pfizer BioNTech tunggu kelulusan NPRA, SCoVAG - Uggah
Penggunaan vaksin selain keluaran Pfizer BioNTech di Sarawak akan ditentukan mengikut kelulusan NPRA dan SCoVAG.

Pendigitalan pacu pemulihan ekonomi ASEAN pasca COVID-19
Pemulihan ekonomi pasca pandemik di rantau ini menjadi agenda utama dan telah dibincangkan dengan meluas di peringkat Pemimpin ASEAN dan Menteri Ekonomi ASEAN.

PKP bukan halangan seorang ibu tunggal pastikan perniagaan kekal 'bernafas'
Mahani menggunakan kemahirannya menjahit baju daripada cebisan kain perca serta penutup hidung dan mulut daripada kain secara kecil-kecilan dari rumah.

COVID-19: Malaysia sudah memasuki fasa pemulihan tetapi... - Dr Noor Hisham
Bagaimanapun, kata Dr Noor Hisham, ia tidak mustahil berlakunya peningkatan eksponen jika orang ramai tidak mematuhi PKP dan garis panduan yang ditetapkan.

16 kes baharu direkodkan di Sarawak
Setakat ini, jumlah keseluruhan bagi kes positif COVID-19 adalah 387 kes di negeri itu.

Aplikasi teori Keynesian dalam menghadapi COVID-19
Malaysia tidak terlepas daripada menjadi pemain dalam perdagangan bebas dan liberalisasi ekonomi.

Lapor polis jika majikan bukan perkhidmatan teras paksa anda bekerja
Ia adalah satu kesalahan jenayah.

Wisma BSN, cawangan Kuala Lumpur ditutup untuk kerja-kerja pembasmian kuman sehingga 20 Mac
Wisma BSN, ibu pejabat Bank Simpanan Nasional (BSN) dan cawangan utama di Kuala Lumpur ditutup sementara hari ini sehingga 20 Mac untuk kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman

"Anda mungkin OK, tapi yang mati nanti orang tersayang" - Ini luahan Lee Chong Wei
Bekas pemain nombor satu dunia itu menitipkan nasihat agar rakyat Malaysia tidak menganggap waktu 14 hari ini sebagai 'cuti hari raya'.