KUALA LUMPUR : Keputusan larangan rentas negeri masih kekal sehingga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berpuas hati dengan penurunan kes COVID-19.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan rentas negeri adalah bergantung kepada penilaian yang dilakukan oleh KKM.
"Saya difahamkan berdasarkan penilaian, kes akan menurun kepada 500 kes pada bulan Mei kalau kita patuh pada prosedur operasi standard (SOP).
"Mungkin selepas itu KKM akan membuat penilaian risiko dan akan menasihati kita. Mana-mana yang nak balik kampung Hari Raya ini, sama-samalah berdoa," katanya pada sidang akhbar di sini, pada Khamis.
Ismail Sabri menjelaskan, kawalan rentas negeri perlu dilakukan secara tegas memandangkan aktiviti itu merupakan salah satu penyumbang kepada kluster-kluster baharu.
Katanya, KKM mengesan 32 kluster membabitkan balik kampung berlaku di Malaysia.
"Misalnya, Sarawak yang sebelum ini berada dalam zon hijau merekodkan kes rentas negeri sehingga hampir kesemua daerah di negeri itu menjadi merah, jingga dan sebagainya," ujarnya.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, kerajaan Persekutuan tidak menghalang sebarang pindaan kecil oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam menentukan SOP bagi pasar termasuk bazar Ramadan dan Aidilfitri akan datang.
Namun katanya, tindakan oleh negeri atau PBT yang tidak membenarkan mereka menjalankan perniagaan adalah jelas tidak selari dengan keputusan kerajaan Persekutuan.
Ismail Sabri menjelaskan, undang-undang itu adalah mengikut Akta 342 KKM dan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) seharusnya dipatuhi.
"Pada dasarnya apa yang diumum oleh kerajaan Persekutuan perlu diikut oleh negeri atau daerah tetapi mereka boleh sesuaikan dengan keadaan.
"Kita tidak boleh halang mereka buat pindaan kerana ia mungkin untuk disesuaikan dengan keadaan," katanya ketika diminta mengulas mengenai dakwaan yang mengatakan peniaga pasar malam dan pasar tani masih tidak dibenarkan menjalankan perniagaan masing-masing di sesetengah negeri dan daerah.
Astro Awani
Thu Mar 18 2021
Ismail Sabri berkata, keputusan rentas negeri adalah bergantung kepada penilaian yang dilakukan oleh KKM. - Gambar fail/ BERNAMA
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
AWANI Ringkas: Pertumbuhan ekonomi, potensi rantau ASEAN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tipu pindah milik tanah: Kerajaan Selangor tanggung kerugian tinggi - Amirudin
Amirudin Shari menegaskan pertindihan ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar ganti rugi kepada pihak terbabit.
Ibu bapa Zayn Rayyan mohon dibebaskan serta-merta
Pasangan berusia 30 tahun itu memohon agar dibebaskan serta-merta daripada satu pertuduhan mengabai kanak kanak-kanak autisme itu.
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Pengarahnya Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata operasi yang bermula 7.15 malam itu dilaksanakan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berdasarkan aduan orang awam serta risikan.
Musim raja buah! Penggemar durian 'serbu' Balik Pulau
'Dendam' dua tahun tidak dapat merentas negeri, pesta durian kali ini bertambah meriah dengan kunjungan penggemarnya.
Berhimpun dalam ruang sempit yang jadi masalah, bukan rentas negeri - Dr Noor Hisham
KKM guna kaedah serampang dua mata iaitu pemberian vaksin dan dos penggalak kepada golongan tertentu dan kepatuhan terhadap SOP.
"Kalau boleh elak dulu naik Cameron Highlands, sesak teruk," kata netizen
Ada pengguna, mendakwa dirinya pekerja kesihatan, memaklumkan ramai orang yang baru balik bercuti dari kawasan itu membawa kit ujian yang tertera keputusan positif.
Masyarakat India di Gua Musang giat buat persiapan sambut Deepavali
Biarpun menyambutnya secara sederhana, pesta cahaya diraikan dalam suasana penuh kekeluargaan mengikut norma baharu.
Menyelami keindahan semula jadi Pulau Tuba
Siapa sangka tidak jauh dari Pulau Langkawi iaitu sekitar 5 kilometer dari Jeti Pelancongan Pekan Rabu, terdapat sebuah pulau yang berpotensi menjadi destinasi pelancongan dan dianugerahi dengan pelba
Rentas negeri: pastikan anak kecil dilindungi daripada COVID-19 - Pakar
Dalam keghairahan menikmati kelonggaran itu, perlu diingat bahawa ancaman COVID-19 belum berakhir.
27,059 pelancong kunjungi 14 lokasi di P.Pinang dalam tempoh sembilan hari
Seramai 27,059 pelancong melawat Pulau Pinang bermula pada 11 Okt lepas dengan 14 destinasi pelancongan negeri dikenal pasti menjadi tumpuan ramai.
Kadar penginapan hotel di Johor Bahru, Muar meningkat hingga 80 peratus
Keadaan sama turut berlaku di Desaru Coast dekat Kota Tinggi yang kadar penginapannya mencecah 65 peratus.
Rentas negeri: 1.4 juta kenderaan setiap hari di PLUS sejak Jumaat
Sejak rentas negeri dibenarkan bermula 11 Oktober, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk pulang ke kampung dan melancong bersama keluarga.
Cubaan rentas negeri tanpa vaksin gagal, suami isteri sudahnya dikompaun RM2,000
Sepasang suami isteri dikompaun RM2,000 setiap seorang kerana didapati merentas negeri tanpa sijil vaksinasi COVID-19 yang lengkap.