SUNGAI PETANI: Seorang lelaki ditahan polis kerana disyaki merakam video punggung wanita menggunakan telefon bimbit di sebuah pasar raya di Sungai Petani, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, laporan dibuat oleh seorang wanita iaitu mangsa pertama berusia 28 tahun pada jam 9 malam.
Beliau berkata, mangsa memaklumkan terdahulu dia menyedari lelaki berusia 27 tahun itu memerhatikan pergerakannya sambil menghalakan kamera telefon dipercayai untuk merakam videonya.
"Ketika itu, wanita terbabit bersama dua anaknya sedang memilih barangan di pasar raya berkenaan dan terasa seperti ada orang di belakangnya.
"Tidak lama kemudian, dia bersama suaminya memerhatikan kelakuan suspek (selepas suspek beredar) dari jauh sebelum mendapati suspek merakam gambar punggung beberapa pelanggan wanita di situ," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Adzli berkata, selain itu, mangsa turut ternampak suspek menyelak kain seorang wanita lain menggunakan kakinya, menyebabkan dia pergi ke arah suspek dan merampas telefon bimbit lelaki itu.
Beliau berkata, mangsa menemui beberapa rakaman video yang dirakam suspek sebelum itu.
"Wanita itu bertanya kepada suspek, adakah gambar atau videonya turut dirakam, suspek mengaku namun mendakwa sudah memadam video berkenaan.
"Berikutan itu, mangsa melaporkan perkara itu kepada pegurusan pasar raya terbabit dan suaminya turut menghubungi polis.
"Suspek kemudian ditahan oleh cawangan unit peronda polis (MPV). Siasatan mendapati dia tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.
Adzli berkata, polis turut menerima laporan daripada mangsa kedua yang merupakan suri rumah berusia 39 tahun berhubung kejadian itu.
Beliau berkata, suspek disiasat mengikut Seksyen 509Kanun Keseksaan / 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK).
Adie Sufian Zulkefli
Tue Mar 02 2021

Suspek kemudian ditahan oleh cawangan unit peronda polis (MPV) dan siasatan awal mendapati dia tidak mempunyai rekod jenayah lampau. - Gambar/ PDRM
[TERKINI] Astro Audio mohon maaf, trio Pagi Era direhatkan
Astro Audio memohon maaf atas insidne rakaman video melibatkan penyampainya, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin. Trio Pagi Era itu juga akan direhatkan dari ke udara sehingga diberitahu kelak.

Nahas KM204: Syarikat lori mengaku tidak bersalah
Syarikat yang diwakili Pengurus Operasi Ng Chee Keong mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melanggar syarat lesen membawa muatan serbuk simen melebihi had berat yang dibenarkan.

Permohonan maaf Astro Audio
Astro Audio melahirkan kekesalan atas satu insiden rakaman video melibatkan penyampai kami, Nabil Ahmad, Azad Jasmin, dan Radin, yang telah dikongsi di platform media sosial ERA.

Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan - PM Anwar
Anwar berkata langkah ini bagi memastikan individu memperoleh lonjakan pendapatan seiring dengan peningkatan produktiviti.
[TERKINI] Amaran cuaca panas tahap jaga-jaga di Pendang, Pokok Sena, Baling
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di Pendang, Pokok Sena dan Baling di Kedah.
AWANI Ringkas: Kebimbangan Sultan Pahang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KWSP kekal kukuh dengan strategi pelaburan seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh dalam mengimbangi portfolio pelaburannya di dalam dan luar negara, sekali gus memastikan pulangan kompetitif kepada ahlinya.

Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menteri Perpaduan Negara ingatkan semua pihak untuk tidak mencetuskan ketegangan atau perasaan benci antara penganut agama.

Fahmi arah MCMC siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Pengurusan Astro dan stesen radio tersebut akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

KWSP: Kerajaan tidak cadang wajib pencarum Islam pilih Simpanan Syariah - PM
Rekod penyamaan dividen KWSP itu dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pencarum beragama Islam untuk menambah simpanan Syariah.

BYD, DJI dedah konsep kereta dilengkapi dron
BYD kini bekerjasama dengan pihak DJI dalam memperlihatkan konsep dimana kereta hadir dilengkapi dengan dron pada bahagian bumbungnya.

Banjir Baling: Lelaki rakam gambar terperangkap air naik mendadak
Seorang lelaki yang dipercayai leka merakam gambar keadaan banjir di Kampung Iboi dekat Kupang, di sini, berdepan detik cemas apabila terperangkap selepas air di kawasan itu naik mendadak.

Tukang cuci didenda RM100 rakam gambar aib seorang wanita di tandas universiti
Dia mengaku bersalah mengambil gambar yang mengaibkan terhadap seorang wanita berusia 23 tahun di sebuah universiti pada 9.30 pagi, semalam.

Lelaki tempatan ditahan rakam video punggung wanita
Laporan dibuat oleh seorang wanita iaitu mangsa pertama berusia 28 tahun pada jam 9 malam.