KUALA LUMPUR: Penurunan tahap pendapatan golongan berpendapatan pertengahan (M40) yang tergelincir ke dalam kategori golongan berpendapatan rendah (B40) dibimbangi akan menjejaskan kualiti kehidupan dan kelangsungan hidup kumpulan tersebut.
Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi (AEC), Prof Tan Sri Noor Azlan Ghazali berkata, selain itu keupayaan golongan M40 untuk memenuhi komitmen-komitmen tetap termasuk menyediakan keperluan asas dikhuatiri turut terjejas.
"Jadi, itu (kualiti hidup) bagi saya yang paling utama walaupun kita tahu ada kesan ke atas ekonomi secara keseluruhan kerana mereka akan berbelanja secara kurang tetapi bagi saya kesejahteraan dan kelangsungan hidup mereka itu paling utama.
"Kesan ke atas pendapatan ini ia merentasi semua kumpulan. Kumpulan yang dikaitkan T20 juga ada yang jatuh kepada M40, sama juga dalam konteks B40.
"Kalau ikut Jabatan Perangkaan, mereka akan pecahkan kategori B1, B2 dan B3, di mana B1 adalah paling rendah. Jadi bererti pada semua peringkat ada berlaku kejatuhan," katanya kepada Astro AWANI pada Jumaat.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan bahawa lebih 600,000 isi rumah daripada golongan M40 telah tergelincir ke dalam kategori golongan berpendapatan rendah B40 susulan pandemik COVID-19.
BACA: COVID-19: Lebih 600,000 isi rumah M40 tergelincir ke kategori B40
AEC, seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan pada 2019 memaklumkan, sekurang-kurangnya lapan peratus isi rumah memperlihatkan penurunan pendapatan di ambang pendapatan maksimum B40 iaitu RM4,850 sebulan.
M40 ditakrifkan sebagai kumpulan berpendapatan seisi rumah dengan purata bulanan antara RM4,851 hingga RM10,970.
Noor Azlan menambah, perbelanjaan isi rumah semua peringkat kumpulan juga secara langsung dijangka berubah terutamanya mereka yang berpendapatan tinggi.
"Mereka akan kurangkan dari segi perbelanjaan mengikut kehendak tetapi yang kita risau ialah kumpulan bawah ini, adakah ia mencukupi untuk perbelanjaan yang dianggap keperluan?" soalnya.
Sementara itu, mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) pula, Noor Azlan berkata pelan yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini disifatkan mampu membantu semua pihak dalam membuat perancangan yang lebih tersusun dalam mengurangkan kesan akibat pandemik COVID-19.
Katanya, pelan itu mampu mengembalikan atau memulihkan semula ekonomi negara, sekali gus mengurangkan beban kepada golongan bawahan.
Bagaimanapun, kejayaan pelan itu bergantung kepada kerjasama rakyat dalam mematuhi peraturan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, tambah beliau.
"Jadi, pelan pemulihan itu memberi kita satu transisi dan apa yang kita harapkan ialah bukan sahaja kerajaan tetapi rakyat secara keseluruhan juga perlu tampil bukan sahaja untuk vaksin tetapi memastikan kita patuh SOP.
"Lebih cepat kita dapat menurunkan kes, lebih pantas kerajaan dapat mempertingkatkan vaksin dan pastinya akan mengurangkan tekanan ke atas sistem kesihatan," ujarnya lagi.
Hasimi Muhamad
Sat Jun 19 2021
![M40 tergelincir: Jejas kualiti dan kelangsungan hidup - Pakar ekonomi M40 tergelincir: Jejas kualiti dan kelangsungan hidup - Pakar ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41624019785_rakyatMalaysia.jpg)
Noor Azlan berkata, perbelanjaan isi rumah semua peringkat kumpulan juga secara langsung dijangka berubah terutamanya bagi mereka yang berpendapatan tinggi - Gambar fail
AWANI Sabah+: Pacu sektor pendidikan demi kemajuan generasi muda
Menerusi inisiatif hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), Kerajaan Sabah terus komited dan menyokong sepenuhnya usaha memperkasa modal insan menerusi pembangunan sektor pendidikan.
AWANI Borneo [13/2/2025] – Banjir makin surut| 400 projek lewat| Hab penerbangan ASEAN
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan
- Hanya tinggal dua PPS mangsa banjir, tiga PPS mangsa tanah runtuh di Sarawak
- Isu tanah, perbezaan kos punca kelewatan projek pembangunan di Sabah
- AirBorneo buka lembaran baharu sektor pelancongan Sarawak
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
- Hanya tinggal dua PPS mangsa banjir, tiga PPS mangsa tanah runtuh di Sarawak
- Isu tanah, perbezaan kos punca kelewatan projek pembangunan di Sabah
- AirBorneo buka lembaran baharu sektor pelancongan Sarawak
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
![Pesara, guru rugi lebih RM100,000 diperdaya sindiket cabutan bertuah Pesara, guru rugi lebih RM100,000 diperdaya sindiket cabutan bertuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739096699_FBScam.jpg)
Pesara, guru rugi lebih RM100,000 diperdaya sindiket cabutan bertuah
Seorang pesara wanita kerugian RM66,000 manakala guru lelaki pula hilang wang simpanan RM43,750 akibat diperdaya sindiket penipuan cabutan bertuah di laman Facebook.
Pantau Agenda Reformasi: Agenda reformasi ke arah tangga ke-25 CPI
Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2024 Malaysia kekal dengan skor 50 pada kedudukan ke-57. Sejauh mana skor CPI 2024 beri kesan kepada sasaran Kerajaan untuk mencapai tangga ke-25 CPI menjelang 2033?
![KUSKOP salur pembiayaan lebih RM300 juta untuk usahawan PMKS, koperasi negeri sembilan tahun lepas KUSKOP salur pembiayaan lebih RM300 juta untuk usahawan PMKS, koperasi negeri sembilan tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723297269_TBEwonBenedick.jpg)
KUSKOP salur pembiayaan lebih RM300 juta untuk usahawan PMKS, koperasi negeri sembilan tahun lepas
KUSKOP menyalurkan pembiayaan berjumlah RM346.28 juta kepada 9,937 usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta koperasi di Negeri Sembilan sepanjang 2024.
![Pasangan warga asing ditahan 'berlakon' kurang siuman dalam pesawat Pasangan warga asing ditahan 'berlakon' kurang siuman dalam pesawat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739447583_wargaasingditahan.jpg)
Pasangan warga asing ditahan 'berlakon' kurang siuman dalam pesawat
Pasangan warga asing ditahan 'berlakon' kurang siuman dalam pesawat
![Kelantan denda maksimum RM2,000 terhadap individu buang sampah di luar tong Kelantan denda maksimum RM2,000 terhadap individu buang sampah di luar tong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712566563_TBsampah.jpg)
Kelantan denda maksimum RM2,000 terhadap individu buang sampah di luar tong
Individu yang dikesan membuang sampah di luar tong disediakan bakal didenda sehingga RM2,000 oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini.
AirBorneo: Detik bersejarah sektor pelancongan Sarawak - STB
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga PElancongan SArawak (STB), Sherzade Datu Salleh Askor berkata, pengambilalihan maswings adalah detik bersejarah dalam sektor pelancongan sarawak dan tepat pada masanya ketika Sarawak sedang giat mempromosikan produk pelancongannya.
AirBorneo diyakini mampu lonjakkan industri pelancongan Sarawak
Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, yakin AirBorneo membantu merancakkan aktiviti pelancongan di Sarawak, terutama dari segi segmen kehadiran pelancong.
AirBorneo bakal jadi hab penerbangan serantau di ASEAN
AirBorneo akan diperluaskan secara berperingkat ke destinasi strategik, termasuk Singapura, Kuala Lumpur, Kalimantan, Jakarta, Bali, Hong Kong, dan Shenzhen, bagi memperkukuh keterhubungan dan pertumbuhan ekonomi rantau ini.
![Belanjawan 2025 diharap bantu B40, M40 miliki kediaman sendiri Belanjawan 2025 diharap bantu B40, M40 miliki kediaman sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41728095071_Rumah.jpg)
Belanjawan 2025 diharap bantu B40, M40 miliki kediaman sendiri
Kerajaan melalui SPNB komited menyediakan perumahan mampu milik, khususnya untuk golongan B40, sebagaimana terbukti dalam RMK-12.
![Pemilik kenderaan diesel golongan B40, M40 di Semenanjung layak mohon BUDI MADANI Pemilik kenderaan diesel golongan B40, M40 di Semenanjung layak mohon BUDI MADANI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716635005_TBDiesel.jpg)
Pemilik kenderaan diesel golongan B40, M40 di Semenanjung layak mohon BUDI MADANI
Mereka layak memohon bagi sumbangan tunai kerajaan melalui Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI, mulai esok (28 Mei).
![Jualan kenderaan terima kesan akibat pemotongan subsidi, segmen M40 diramal paling terjejas - RHB Investment Jualan kenderaan terima kesan akibat pemotongan subsidi, segmen M40 diramal paling terjejas - RHB Investment](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714962814_tbjualankenderaan.jpg)
Jualan kenderaan terima kesan akibat pemotongan subsidi, segmen M40 diramal paling terjejas - RHB Investment
Katanya, kumpulan berpendapatan rendah masih dijangka menerima subsidi manakala golongan berpendapatan tinggi mungkin tidak begitu terkesan.
![Johor terus bantu golongan M40 untuk miliki rumah menerusi Eco Botanic 3 Johor terus bantu golongan M40 untuk miliki rumah menerusi Eco Botanic 3](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705612080_MPerumahan.jpg)
Johor terus bantu golongan M40 untuk miliki rumah menerusi Eco Botanic 3
Projek tersebut yang akan dibangunkan secara berfasa oleh pemaju utama EcoWorld, akan menawarkan 3,746 unit rumah.
![Belanjawan 2024: PKIBM cadang pembiayaan penuh PTPTN bagi pelajar M40 Belanjawan 2024: PKIBM cadang pembiayaan penuh PTPTN bagi pelajar M40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696844257_PTPTN.jpg)
Belanjawan 2024: PKIBM cadang pembiayaan penuh PTPTN bagi pelajar M40
Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera Malaysia (PKIBM) menyarankan agar kadar pembiayaan penuh 100 peratus pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diperluas kepada semua pelajar.
![Sebahagian M40 dijangka tidak terima subsidi bahan api - Kenanga Research Sebahagian M40 dijangka tidak terima subsidi bahan api - Kenanga Research](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695792298_RON.jpg)
Sebahagian M40 dijangka tidak terima subsidi bahan api - Kenanga Research
Kenanga Research menjangkakan sebahagian kumpulan M40 mungkin tidak akan menerima bahan api bersubsidi selepas pengenalan sistem subsidi bersasar dan sekali gus mengurangkan kuasa membeli mereka.
![Kerajaan tidak pernah abaikan M40 - PM Anwar Kerajaan tidak pernah abaikan M40 - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41690862804_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan tidak pernah abaikan M40 - PM Anwar
Beliau berkata dakwaan beberapa pihak bahawa pendekatan kerajaan lebih tertumpu kepada golongan B40 sehingga mengabaikan kumpulan yang berpendapatan sederhana itu adalah tidak tepat.
![CUEPACS cadang kenaikan dua peratus pencen pesara kekal CUEPACS cadang kenaikan dua peratus pencen pesara kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41671530732_AdnanMat.jpg)
CUEPACS cadang kenaikan dua peratus pencen pesara kekal
CUEPACS mencadangkan kenaikan pencen pesara kerajaan sebanyak dua peratus setiap tahun dikekalkan sehingga kerajaan melaksanakan pelarasan gaji baharu penjawat awam.
![TWL Holdings Bhd bangunkan tanah, majukan rumah mampu milik untuk keperluan rakyat TWL Holdings Bhd bangunkan tanah, majukan rumah mampu milik untuk keperluan rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81679047834_TWLHOLDINGBERHAD.jpg)
TWL Holdings Bhd bangunkan tanah, majukan rumah mampu milik untuk keperluan rakyat
TWL Holdings Berhad memandang serius isu gelandangan di Malaysia sekali gus berhasrat untuk membendung masalah ini dengan menyediakan penyelesaian dinamik sebelum ia memburuk.
![Belanjawan 2023: Kadar cukai pendapatan M40 dikurangkan Belanjawan 2023: Kadar cukai pendapatan M40 dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61677238390_LHDN.jpg)
Belanjawan 2023: Kadar cukai pendapatan M40 dikurangkan
Kerajaan bersetuju mengurangkan kadar cukai pendapatan individu kumpulan M40 bagi menambah pendapatan boleh guna golongan terbabit.