KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) komited memastikan 10 peratus perairan negara dilindungi sebagai Kawasan Perlindungan Marin atau melalui kaedah-kaedah pengurusan kawasan yang berkesan menjelang 2030.
Sasaran itu yang bersempena dengan Hari Laut Sedunia dan Hari Segitiga Terumbu Karang adalah selaras dengan obligasi di bawah Matlamat Pembangunan Lestari, Dasar Agromakanan Negara 2.0 dan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2016-2025.
Menurut MAFI dalam kenyataan pada Sabtu, komitmen tersebut juga selaras dengan kriteria penilaian di bawah Indeks Sekuriti Makanan Global (GFSI) yang sehingga kini hanya 5.3 peratus perairan negara dilindungi serta sebahagian besar Kawasan Perlindungan Marin terletak di perairan Sabah dan Sarawak.
"Bagi mencapai sasaran ini, kementerian melalui Jabatan Perikanan Malaysia telah mengenal pasti beberapa kawasan yang berpotensi untuk diwartakansebagai Taman Laut.
"Bagi memperoleh sokongan pihak berkepentingan, Jabatan Perikanan Malaysia melaksanakan sesi-sesi konsultasi bersama penduduk setempat, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan," katanya.
Menurut MAFI, bagi mengimbangi pembangunan dan teknologi terkini, program-program pengurusan sumber marin akan dipertingkat serta mengekal dan menambah baik Kawasan Perlindungan Marin sedia ada bagi memastikan Malaysia kekal relevan sebagai negara maju serta seimbang dalam pembangunan dan alam sekitar.
Sehubungan itu, MAFI menyeru kerajaan-kerajaan negeri berganding bahu dengan kerajaan persekutuan untuk merealisasikan sasaran tersebut.
"Pada kesempatan ini, kementerian ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Johor yang telah meluluskan pewartaan Taman Laut baharu di perairan Mersing iaitu Kepulauan Lima dengan keluasan 299 km persegi," katanya.
Menurut MAFI, Kementerian Kewangan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM70 juta pada tahun ini sebagai insentif melalui instrumen "Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation" (EFT) bagi menyokong pelaksanaan program serta projek pemuliharaan biodiversiti.
Katanya, ia juga bagi menggalakkan pewartaan lebih banyak kawasan perlindungan oleh kerajaan negeri.
Selain itu, MAFI memaklumkan industri perikanan negara menyumbang RM13.84 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada 2020 dengan perkhidmatan ekosistem marin di taman-taman laut pula dianggarkan menyumbang sebanyak RM8.7 bilion setahun.
Hari Laut Sedunia dipersetujui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk disambut pada 8 Jun setiap tahun, manakala negara-negara di bawah Inisiatif Segitiga Terumbu Karang pula menetapkan 9 Jun sebagai Hari Segitiga Terumbu Karang.
Menurut MAFI, Malaysia merupakan antara 17 negara di dunia yang disenaraikan sebagai Negara Biodiversiti Mega dan terletak dalam lingkungan perairan segitiga terumbu karang atas kepelbagaian biologi yang tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 12 2021

Malaysia merupakan antara 17 negara di dunia yang disenaraikan sebagai Negara Biodiversiti Mega. - Gambar hiasan
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews

ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini
Prabowo disebut akan menggantikan Menteri Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi, Satryo Soemantri Brodjonegoro dari jawatannya.

Kerajaan salur RM170.81 juta geran menerusi program Agropreneur Muda sejak Januari 2016
Kerajaan Persekutuan menyalurkan geran berjumlah RM170.81 juta kepada seramai 8,366 penerima di bawah program Agropreneur Muda di seluruh negara sejak Januari 2016 hingga November tahun ini.

Banjir: Bilik Gerakan MAFI di seluruh negara diaktifkan
MAFI juga sentiasa siap siaga untuk menyalurkan bantuan sejurus maklumat berkaitan diperoleh di lapangan.

MAFI sasar produktiviti, pengeluaran kelapa meningkat 50 peratus
Johor merupakan negeri yang mempunyai hasil pengeluaran tertinggi sebanyak 106,723.2 tan metrik.

Cocotech 2022: Malaysia tuan rumah persidangan industri kelapa dunia
Ia berlangsung selama lima hari sehingga 11 November ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Banjir: FAMA sediakan lebih 60,000 kit makanan untuk Nadma
MAFI menerusi FAMA akan membekalkan 62,500 kit makanan kepada Nadma untuk diedarkan kepada mangsa terlibat bencana khususnya banjir di seluruh negara.

Jualan terus dari ladang catat RM16.17 juta
Jumlah itu membabitkan kuantiti jualan sebanyak 3,105 tan metrik barangan keperluan seperti ikan, ayam, sayur-sayuran dan buah-buahan.

MARDI lancar lima produk inovasi seiring memperkasa sekuriti makanan
MARDI melancarkan lima produk inovasi terbaru yang akan memberi manfaat kepada masyarakat ketika dunia diancam masalah sekuriti makanan.

MAFI salur RM1.4 juta lengkapi rantaian industri walet
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah melengkapkan rantaian nilai industri walet dengan memperuntukkan sebanyak RM1.4 juta.

Subsidi ayam, telur diteruskan hingga Disember 2022
Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian subsidi kepada penternak ayam dan pengeluar telur ayam dari bulan ini hingga Disember ini.

Kerajaan pertimbang beri kebenaran eksport ayam semula
Kerajaan akan mempertimbangkan untuk memberi semula kebenaran mengeksport ayam ke luar negara, berikutan bekalan dalam pasaran negara kembali stabil selain pengeluarannya melebihi permintaan.