KUALA LUMPUR: Majlis Gerakan Negara (Mageran) boleh ditubuhkan ketika ini sebagai satu penyelesaian menyeluruh pelbagai krisis yang melanda negara hari ini.
Menurut Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub, ia termasuk krisis kesihatan, politik dan ekonomi.
"Pembentukan majlis itu tidak hanya terhad kepada peristiwa-peristiwa jika berlaku kekacauan seperti yang pernah terjadi pada pada 13 Mei 1969, sebaliknya Mageran boleh ditubuhkan jika membabitkan soal keselamatan, sosial dan sebagainya.
"Mageran akan ditadbir oleh beberapa orang yang pakar dalam bidang masing-masing sebagai contoh pakar ekonomi dilantik untuk menyelesaikan masalah ekonomi, selain pakar kesihatan pula dipilih untuk mencari kaedah penyelesaian isu kesihatan ekoran pandemik COVID-19 yang melanda negara.
"Ia melibatkan orang di luar parti politik yang memahami permasalahan isu semasa sekarang.
"Jadi tidak ada masalah nak tubuhkan Mageran dalam konteks negara pada hari ini," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membawa usul penubuhan satu pasukan khas seperti yang pernah diguna pakai pada 1969 iaitu Mageran bagi menangani krisis-krisis yang sedang melanda negara ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al- Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu menjelaskan, Al-Sultan Abdullah tidak menolak cadangan yang dikemukakan beliau, sebaliknya menitahkan bahawa lebih baik cadangan penubuhan Mageran itu datangnya daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Dalam pada itu Mustapha berkata, negara memerlukan hanya sebilangan kecil mereka yang bijak pandai dalam hal kesihatan, ekonomi dan pentadbiran untuk menguruskan negara jika Mageran dilaksanakan.
"Rakyat juga akan dapat melihat pengurusan yang lebih teratur, tersusun dan bermanfaat besar kerana ia ditunjangi pakar dan mereka yang mahir dalam bidang masing-masing.
"Mageran juga dapat mencegah cubaan pihak-pihak tertentu untuk mengambil kesempatan atas sokongan kepada kerajaan PN buat masa ini selain menyelesaikan desakan untuk mengadakan sidang Parlimen," katanya.
Sebelum ini, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Marzuki Mohamad, berkata cadangan penubuhan Mageran bukan langkah sesuai kerana akan merencatkan perancangan kerajaan untuk memulihkan krisis kesihatan dan ekonomi ketika ini.
Astro Awani
Thu Jun 10 2021

MUSTAPHA: negara memerlukan hanya sebilangan kecil mereka yang bijak pandai dalam hal kesihatan, ekonomi dan pentadbiran untuk menguruskan negara jika Mageran dilaksanakan. -Foto Sinar Harian

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Majlis Pemulihan Negara bantu struktur semula politik - Mukhriz
Mukhriz berkata, beliau impikan suasana politik yang tidak toksik, dengan parti yang memerintah dan yang membangkang tidak bertelagah seolah hilang kewarasan.

9 cadangan kepada Agong: Segera tamatkan darurat, tolak MAGERAN - UPKO
UPKO menolak penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), seperti yang dicadangkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

MAGERAN: Majlis Pemulihan Negara bukan untuk ganti kerajaan sedia ada - Tun Mahathir
Tun Mahathir berkata, nama-nama calon Majlis akan dipersembahkan jika Agong dan Raja-raja Melayu perkenan terhadap penubuhannya.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 10 Jun 2021.

Amanah tolak penubuhan MAGERAN - Mohamad Sabu
Mohamad Sabu berpendapat Mageran seperti satu lagi siri darurat yang jelas tidak berkesan dalam memerangi pandemik.

Agong tanya bila waktu sesuai adakan PRU15 - Dr Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah bertanya kepadanya mengenai waktu yang sesuai bagi negara mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dr Mahathir usul tubuh MAGERAN semasa menghadap Agong
Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan penubuhan kerajaan atau kuasa baharu sama seperti Majlis Gerakan Negara (Mageran) yang pernah ditubuhkan pada tahun 1969 semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Tidak pernah tuntut MAGERAN, bertentangan desakan UMNO - Asyraf Wajdi
Sekiranya benar tuntutan itu dibuat UMNO, ia secara jelas bertentangan dengan pendirian yang diputuskan iaitu untuk menamatkan darurat.

Tubuh MAGERAN? 'Keadaan sekarang jauh berbeza dengan Darurat Keselamatan 1969' - Ketua Setiausaha Sulit PM
Malaysia perlu tubuh Mageran? Darurat sekarang jauh berbeza dengan Darurat Keselamatan 1969 - Ketua Setiausaha Sulit PM