PETALING JAYA: Konsulat Kedutaan Korea Utara berkata Malaysia akan menerima akibat daripada tindakan yang dilakukannya.
Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada tindakan Malaysia yang mengekstradisi rakyat negara itu yang dikenali sebagai Mun Chol Myong ke Amerika Syarikat atas dakwaan melakukan pengubahan wang haram.
Dalam kenyataannya kepada media sebelum bergerak ke KLIA, Kim Yu Song berkata insiden tersebut telah menjejaskan kedaulatan negaranya.
“Kejadian ini adalah hasil nyata dari konspirasi anti-Korea Utara yang dibuat daripada dasar keji oleh Amerika Syarikat," kata Yu Song sepertimana dilapor Sinar Harian.
Terdahulu, pegawai dan kakitangan Kedutaan Korea Utara selesai mengosongkan bangunan kedutaan itu di sini sekitar jam 10.55 pagi Ahad.
Kesemua pekerja kedutaan dan juga ahli keluarga mereka keluar dari pekarangan bangunan dengan menaiki sebuah bas, manakala Yu Song dilihat menaiki sebuah kenderaan berwarna putih.
BACA: Pegawai, kakitangan Kedutaan Korea Utara dihantar pulang
Sementara itu, Berita Harian melaporkan bas yang membawa kira-kira 30 pegawai, kakitangan dan ahli keluarga kedutaan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 11.45 pagi tadi.
Mereka akan menaiki penerbangan Shanghai Airlines ke Pudong, Shanghai dijangka pada jam 4.10 petang ini.
Pada Jumaat, Malaysia memberi tempoh 48 jam kepada pegawai dan kakitangan Kedutaan Korea Utara untuk meninggalkan negara.
Ia susulan keputusan Korea Utara yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia kerana tidak berpuas hati terhadap tindakan kerajaan Malaysia mengekstradisi seorang warganegaranya ke Amerika Syarikat.
Sinar Harian
Sun Mar 21 2021

Yu Song ketika memberikan kenyataan di hadapan bangunan kedutaan sebelum bergerak ke KLIA pagi Ahad. -Foto Sinar Harian
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

'Malaysia akan terima akibat' - Konsulat Korea Utara
Dalam kenyataannya kepada media sebelum bergerak ke KLIA, Yu Song berkata, Malaysia akan menerima akibat daripada tindakan yang dilakukannya.

Pegawai, kakitangan Kedutaan Korea Utara dihantar pulang
Bas yang membawa pegawai dan kakitangan Kedutaan Korea Utara ke KLIA.

Kakitangan pejabat Kedutaan Korea Utara mula mengosongkan bangunan
Tinjauan Astro AWANI mendapati, seawal jam 8.15 pagi, kakitangan diplomatik sudah mula memasuki bangunan yang terletak Jalan Batai itu.

Kronologi pembunuhan Kim Jong-nam: Apa yang diketahui setakat ini
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berdepan cabaran tatkala sukar mendapatkan kerjasama dengan Kedutaan Korea Utara di Malaysia.

Media berkumpul di luar kedutaan Korea Utara semakin kurang
Keghairahan wartawan tempatan dan asing menunggu di luar Kedutaan Korea Utara bagi mengawasi kelibat pegawai kedutaan untuk komen berhubung pembunuhan Kim Jong-nam semakin reda.

Imigresen Johor pantau pintu sempadan, elak warga Kedutaan Korea Utara tinggalkan negara
Jabatan Imigresen Johor akan memastikan tiada warga Kedutaan Korea Utara meninggalkan negara ini menerusi pintu di sempadan Johor-Singapura.

Ri Tong Il tinggalkan Kedutaan Korea Utara
Perwakilan Korea Utara yang dihantar ke Malaysia bagi berbincang berhubung kes pembunuhan Kim Jong Nam, Ri Tong Il dilihat keluar daripada Kedutaan Korea Utara di Bukit Damansara.

Pegawai Kedutaan Korea Utara mahu tahu sebab warganya ditahan
Seorang pegawai Kedutaan Korea Utara hari ini mendakwa pihak kedutaan itu tidak tahu atas sebab apa seorang warganegaranya berada dalam tahanan polis.

Pembunuhan Kim Jong Nam: Korea Utara desak sertai siasatan bersama
Korea Utara mendesak untuk menyertai siasatan bersama berhubung kematian Kim Jong Nam, abang kepada pemimpin negara itu, Kim Jong Un, ujar Duta Besarnya di Malaysia, Kang Chol.

Suasana kedutaan Korea Utara sunyi
Suasana di kedutaan Korea Utara di sini sunyi sejak pagi tadi, hanya beberapa kenderaan milik kedutaan itu dilihat keluar masuk premis berkenaan.