Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen malam Khamis menerima plak sebagai tuan rumah Forum Pelancongan Asean (ATF), tahun depan.
Beliau menerima plak ATF daripada Timbalan Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan Laos Chaleune Warinthrasak di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Laos di sini.
Malaysia akan menganjurkan ATF ke-33 di Kuching, Sarawak dari 16 hingga 23 Jan 2014.
Dr Ng berkata walaupun Asean adalah kecil, ia boleh menjadi kuat dalam industri pelancongan serantau, jika mereka bersatu.
Katanya, Asean menerima kunjungan seramai 18 juta pelancong pada tahun lepas dan berharap rantau ini akan menjadi rantau yang paling kerap dilawati pelancong di dunia pada masa akan datang.
Dr Ng berkata ATF tahun depan akan menjadi acara utama bagi menyambut kedatangan Tahun Melawat Malaysia 2014.
Dalam mesej beliau yang disiarkan di dalam buku ATF ke-33, Dr Ng berkata Asean perlu mengamalkan pendekatan pembangunan mapan sebagai asas dalam inisiatif pelancongan dan pembangunan pelan pembangunan selari dengan falsafah 'Pelancongan memulihara, memelihara dan melindungi".
"Tema ATF 2014 'Asean - Memajukan Pelancongan Bersama-sama' adalah tepat pada masanya untuk Asean berfikir dan bertindak dalam melaksanakan inisiatif tenaga mapan berinovatif yang akan memastikan persekitaran semula jadi kita dipelihara bagi generasi akan datang," katanya.
Sarawak diliputi hutan hujan tropika tertua di dunia yang dipercayai berusia berjuta-juta tahun.
Sehubungan itu, katanya, venue forum tahun depan menjanjikan lokasi yang tepat untuk mengadakan perbincangan seumpama itu.
"Perwakilan boleh membincangkan isu berkaitan pembangunan mapan sambil menikmati hasil yang diwujudkan oleh persekitaran sedemikian," katanya.
ATF, antara lain, bermatlamat melonjakkan Asean sebagai sebuah destinasi pelancongan pelbagai aspek yang menarik dan memperkukuhkan kerjasama pelbagai sektor dalam industri pelancongan Asean.
ATF yang pertama telah diadakan di Genting Highlands dan Malaysia telah menjadi tuan rumah lima ATF setakat ini dengan yang terakhir pada 2005.
ATF yang sedang berlangsung ini, dihadiri 1,600 perwakilan termasuk kira-kira 150 menteri dan pegawai pelancongan Asean, 800 pempamer Asean, 400 pembeli antarabangsa, 150 media antarabangsa dan tempatan selain 100 pengunjung perdagangan pelancongan.
Bernama
Thu Jan 24 2013
Pakar ekonomi: KDNK Malaysia 2024 dijangka melangkaui anggaran 5.4 peratus
UOB Kay Hian Wealth Advisors optimis Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2024 Malaysia akan melangkaui anggaran awal sebanyak 5.1 peratus yang diumumkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.
Piala Malaysia: JDT sebelah kaki di final
Johor Darul Ta'zim (JDT) membenam Terengganu FC (TFC) 4-0 pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi.
Rusia, Iran tandatangani Perjanjian Perkongsian Strategik Komprehensif untuk tingkatkan kerjasama - Putin
Perjanjian Perkongsian Strategik Komprehensif antara Rusia dan Iran, disifatkan akan meningkatkan kerjasama dalam semua sektor.
7 maut, lebih 400 cedera dalam sukan jinakkan lembu di Tamil Nadu, India
Sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala lebih 400 lagi cedera akibat serangan lembu semasa acara sukan jinakkan lembu jantan di selatan India.
YSIJ sumbang 105 televisyen pintar kepada sekolah di Johor
Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 105 televisyen pintar (Smart TV) kepada sekolah-sekolah terpilih di negeri Johor.
Pos Malaysia buka Pos Shop ke-50 di Pulau Pinang
Kedai Pos Shop ke-50 di Jalan Dato Keramat, George Town menawarkan kemudahan runcit yang komprehensif melangkaui perkhidmatan tradisinya.
Lebih 400 pegawai, anggota polis ditugaskan pastikan Pemukimam AMM berjalan lancar
Kesemua mereka terdiri daripada polis trafik, polis tugasan am, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Bangkok laksanakan langkah bekerja dari rumah berikutan ramalan kemerosotan kualiti udara
Ramalan cuaca menunjukkan sekurang-kurangnya 35 daerah di Bangkok berpotensi alami peningkatan tahap PM2.5.
Remaja perempuan hilang sejak Rabu
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang di Semenyih, Selangor sejak Rabu lalu.
KDNK China tumbuh 5 peratus pada 2024, tepati unjuran
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencatat pertumbuhan sebanyak lima peratus pada 2024, sejajar dengan unjuran.
Lebih 400 pegawai, anggota polis ditugaskan pastikan Pemukimam AMM berjalan lancar
Kesemua mereka terdiri daripada polis trafik, polis tugasan am, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN teguh sokong hala tuju damai Myanmar
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia komited menyokong Myanmar dalam merangka laluan ke arah penyelesaian berkekalan terhadap krisis politik dan kemanusiaan.
Penerokaan TNB dalam RE beri manfaat kepada ekonomi Malaysia - PM
Kerajaan juga memberi galakan kepada TNB dan syarikat-syarikat lain untuk memberi tumpuan kepada pelaburan baharu di Malaysia.
Kementerian Pertahanan gariskan tiga fokus sepanjang Kepengerusian ASEAN
Mohamed Khaled berkata fokus kedua adalah bagi memastikan ASEAN diangkat sebagai platform diplomasi terbaik dalam menguruskan sebarang cabaran serantau.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Anwar jumpa Keir Starmer, penyelesaian isu Palestin antara perbincangan
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri United Kingdom (UK), Keir Stammer yang berlangsung hari ini sebagai pertemuan yang baik.
Forum Pelancongan ASEAN 2025 buka tirai hari ini
Forum ini akan dihadiri Menteri-Menteri pelancongan negara ASEAN, pegawai kerajaan, pemimpin korporat dan wakil media daripada 10 negara anggota ASEAN.
Lawatan ke UAE buahkan kejayaan bermanfaat untuk rakyat, negara - PM Anwar
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia akan memainkan peranan lebih luas dan meningkatkan kerjasama strategik dalam beberapa bidang.
ATF: Kukuh pelancongan serantau, jadikan ASEAN destinasi pilihan global
ATF 2025 bertujuan meningkatkan kehadiran pelancong ke ASEAN dengan memupuk rangkaian, perkongsian pengetahuan, dan mempromosikan produk pelancongan serantau.