PASIR MAS: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) hari ini menyerahkan lebih lapan tan ayam beku kepada Zoo Negara sebagai bekalan makanan kepada haiwan di situ.
Ketua Pengarahnya Saiful Yazam Alwi berkata keseluruhan ayam beku itu adalah hasil rampasan oleh pelbagai agensi penguat kuasa di sempadan Semenanjung Malaysia.
Beliau berkata serahan yang dibuat itu adalah melibatkan kes rampasan sejak Disember 2020 hingga Januari tahun ini dengan anggaran nilai sebanyak RM66,088.
"Kesemua ayam beku ini telah dirampas ketika cuba dibawa masuk dari negara jiran ke Malaysia melalui pangkalan-pangkalan hari di tebing Sungai Golok.
"Hasil siasatan mendapati kesemua daging ini dibawa masuk melalui jalan yang tidak diwartakan tanpa sebarang dokumen seperti permit import yang sah daripada Maqis," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sebanyak 8,136 kilogram (kg) kepada Zoo Negara di Kompleks Maqis Rantau Panjang di sini, hari ini.
Turut hadir mewakili Zoo Negara, pakar zoologi dan veterinar Dr Naim Ramli.
Menurut Saiful Yazam, ayam beku yang diserahkan kepada pihak zoo itu adalah yang masih segar dan selamat diberikan kepada haiwan di dalam zoo.
Mengulas lanjut, Saiful Yazam berkata perbuatan mengimport ayam beku tanpa permit merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta yang sama.
Katanya, untuk tempoh dua bulan pertama tahun ini sebanyak enam kes rampasan ayam beku seberat 16 tan metrik bernilai RM128,960 direkodkan di Kelantan.
Beliau berkata pada 2020 pula sebanyak 53 kes rampasan ayam beku seberat 176.7 tan metrik bernilai RM1.4 juta direkodkan.
"Bagi mengatasi kegiatan penyeludupan ini, pegawai Maqis di lapangan diarah untuk memeriksa setiap kontena walaupun ia akan memakan masa lebih lama dan menyebabkan barisan panjang di tempat pemeriksaan.
"Kita terpaksa melaksanakan tugasan ini kerana daging beku ini melibatkan isu halal iaitu sesuatu yang paling sensitif dalam kalangan umat Islam dan kita tidak boleh berkompromi dalam isu ini," katanya.
Beliau berkata tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkasa di semua pintu masuk negara bagi memastikan keluaran pertanian yang masuk ke dalam negara mematuhi peraturan yang telah ditetapkan selain bagi memastikan aspek biosekuriti negara terjamin.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 07 2021

Maqis menyerahkan lebih lapan tan ayam beku kepada Zoo Negara untuk bekalan makanan kepada haiwan di situ. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Padah seludup daging ayam beku
Lelaki berusia 30-an itu ditahan selepas pihaknya berjaya menahan sebuah kereta jenis Proton Waja yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada jam 9.15 malam.

Maqis serah lapan tan ayam beku kepada Zoo Negara
Keseluruhan ayam beku itu adalah hasil rampasan oleh pelbagai agensi penguat kuasa di sempadan Semenanjung Malaysia.

Wilayah Chiba tawar laluan produk halal Malaysia ke Jepun
Malaysia mungkin negara pertama yang menawarkan produk halal ke Jepun dan ada cadangan untuk jadikan wilayah Chiba sebagai pintu masuk.