"Kebenaran dan hak tidak hanya daripada pemikiran seorang lelaki. Jika kita kurang melabur dalam separuh daripada jumlah penduduk dunia, saya jamin anda akan kehilangan beberapa jawapan yang betul."
Kata-kata itu diucapkan oleh bekas wanita pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama, ketika beliau berada di pentas bersama pelakon Hollywood Julia Roberts pada hari ketiga Persidangan Pemimpin Yayasan Obama: Asia-Pasifik di sini, yang sebelum ini mengadakan lawatan ke Vietnam bersama Girls Opportunity Alliance.
Girls Opportunity Alliance adalah inisiatif di bawah Yayasan Obama yang memberi tumpuan kepada pembiayaan kepada organisasi akar umbi seperti 'Room to Read' dan 'Rock-Paper-Scissors Children's Fund' bagi memastikan wanita muda mendapatkan akses sama rata dalam pendidikan.
'Room to Read' adalah program yang mengubah kehidupan anak-anak dalam masyarakat berpendapatan rendah dengan memberi tumpuan kepada literasi dan kesaksamaan jantina dalam pendidikan manakala 'Rock-Paper-Scissors Children's Fund' menyediakan peluang belajar untuk pelajar muda menerusi program seni dan muzik.
Antara projek 'Rock-Paper-Scissors Children's Fund' baru-baru ini ialah pemberian basikal kepada kanak-kanak perempuan yang miskin dan tinggal di pedalaman Vietnam bagi membantu mereka ke sekolah kerana ada dalam kalangan mereka terpaksa berjalan kaki ke sekolah dan menjadi sasaran penyeludupan manusia.
Advokasi Michelle terhadap pendidikan kanak-kanak perempuan berdasarkan fakta bahawa 98 juta gadis di seluruh dunia tidak mendapat pendidikan yang sepatutnya disebabkan oleh kemiskinan dan kebimbangan ibu bapa mereka terhadap keselamatan mereka.
Beliau yang merupakan graduan Princeton University dan Harvard Law School berkata advokasi diri dan keyakinan diri harus ditanamkan dalam minda kanak-kanak lebih awal dan pemimpin-pemimpin muda di Asia-Pasifik harus menjadi cahaya dalam kehidupan anak-anak ini.
"Intelek tidak mengenal jantina, kemungkinan tidak mengenal kaum, dan ia tidak mengenal agama," katanya dalam sesi pleno, di mana bekas Miss Malaysia dan pengacara televisyen Deborah Henry bertindak sebagai moderator.
Program lima hari yang dianjurkan oleh Yayasan Obama mengumpulkan 200 bakal pemimpin dari 33 negara dan wilayah di seluruh rantau ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 12 2019

Michelle Obama ketika beliau berada di pentas bersama Julia Roberts pada hari ketiga Persidangan Pemimpin Yayasan Obama: Asia-Pasifik. -Bernama

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Michelle Obama akui alami kemurungan tahap rendah
Michelle Obama berkata ia bukan sahaja diakibatkan pandemik COVID-19, malah juga disebabkan ketegangan kaum dan konflik politik di negara tersebut.

Masa depan dunia bergantung kepada pelaburan pendidikan wanita
Kata-kata itu diucapkan oleh bekas wanita pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama, ketika beliau berada di pentas bersama pelakon Hollywood Julia Roberts.