Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyifatkan pemergian Abdul Bari Asyraf Mohd yang lemas ketika menyelamatkan lima sekeluarga di muara Sungai Terengganu tempoh hari sebagai meninggal dunia dalam syahid.
Beliau berkata, pengorbanan Allahyarham menyelamatkan mangsa insiden berkenaan adalah satu tindakan amat mulia dan dipandang tinggi dalam Islam.
“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Abdul Bari Asyraf atas pemergiannya.
“Sesungguhnya, pengorbanan Allahyarham menyelamatkan mangsa-mangsa insiden berkenaan adalah amat mulia dan dengan izin-Nya termasuk dalam kategori syahid, Insya-Allah.
“Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW: "Orang yang mati syahid ada lima kategori iaitu mati kerana wabak taun, mati kerana sakit berkaitan perut, mati lemas, mati dihempap runtuhan dan mati syahid ketika berperang di jalan Allah,” katanya melalui Facebook pada Ahad.
Tambah beliau, Abdul Bari merupakan contoh akhlak terpuji anak muda.
Beliau turut mencadangkan supaya keluarganya dan penyelamat lain diberi anugerah setimpal dengan keberanian dan akhlak yang disanjung tinggi.
“Alhamdulillah di sebalik musibah ini, Allah menyedarkan kepada kita bahawa Malaysia masih mempunyai ramai anak-anak muda yang berjiwa besar. Kita mendoakan semoga lebih ramai yang akan mencontohinya,” katanya.
Mayat Abdul Bari Asyraf ditemui anggota bomba dan penyelamat serta orang awam pada pukul 7.23 pagi Ahad dan jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Merbau Patah, Kuala Terengganu, selepas Zohor.
Hilal Azmi
Mon Feb 11 2019
![Masih ada ramai anak muda berjiwa besar - Mufti Wilayah Persekutuan Masih ada ramai anak muda berjiwa besar - Mufti Wilayah Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/71549848267_bariasyraf.jpg)
Pengorbanan Allahyarham menyelamatkan mangsa insiden berkenaan adalah satu tindakan amat mulia. - Foto Twitter/@kamalrizuan_
Puteri Thailand anugerahkan kain diraja rekaan sendiri
Puteri Sirivannavari Nariratana Rajakanya berkenan menganugerahkan kain diraja "Siriraj Phasthra Phorn" yang direka oleh baginda sendiri kepada penenun dan artisan tempatan.
Galakkan digitalisasi usahawan wanita asia tenggara - Setiausaha Agung ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr. Kao Kim Hourn menggalakkan digitalisasi usahawan wanita di asia tenggara yang sering beri tumpuan kepada isu sosial yang diabaikan usahawan lelaki.
![BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739439422_LeongJunHaoYMar.jpg)
BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan
Buat pertama kali sejak Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) diperkenalkan Malaysia gagal melepasi peringkat kumpulan dan layak ke suku akhir.
Timbalan Menteri Luar Malaysia-Indonesia bincang kemajuan dua hala
Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin bertemu rakan sejawatnya, Arif Havas Oegroseno bagi membincangkan kemajuan kerjasama dua hala.
Malaysia-Indonesia perkukuh kerjasama pertanian, keterjaminan makanan
Malaysia dan Indonesia berhasrat untuk terus memperkukuhkan kerjasama dua hala serta serantau dalam sektor pertanian dan keterjaminan makanan, menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Malaysia terus ikhtiar jadikan negara destinasi pelaburan menarik - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan terus mencari iktiar untuk menjadikan negara sebagai destinasi menarik kepada pelabur.
Tarif AS: Indonesia cari cara pelbagaikan pasaran
Risiko pergolakan perdagangan global menjadikan Indonesia mengambil sikap yang terukur, sementara ia terus mencari lebih banyak perjanjian perdagangan dan mengetatkan perlindungan bagi pengeluar tempatan daripada import murah yang dibuang dalam pasarannya.
Minyak sawit: CPOPC ramal pertumbuhan sederhana dalam pengeluaran
Walaupun pengeluaran Indonesia dijangka pulih, faktor seperti hasil yang tidak stabil dan menurun, peningkatan bilangan pokok kelapa sawit tua dan tidak produktif, dan kadar penanaman semula yang rendah berkemungkinan menghasilkan pertumbuhan kecil dalam pengeluaran minyak sawit.
Kem. Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli tahun ini – Rafizi
Rafizi berkata ini seiring dengan hasrat kerajaan untuk merangsang sumbangan gas asli bernilai RM52 bilion kepada pertumbuhan ekonomi menerusi pelan hala tuju itu.
![Korban letupan gedung beli-belah Taiwan meningkat kepada 5 orang, 13 lagi cedera Korban letupan gedung beli-belah Taiwan meningkat kepada 5 orang, 13 lagi cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739435910_GasexplosioninTa.jpg)
Korban letupan gedung beli-belah Taiwan meningkat kepada 5 orang, 13 lagi cedera
Letupan gas di sebuah gedung beli-belah di Taichung, Taiwan, sekitar 11 pagi Khamis mengakibatkan lima maut, manakala 13 lagi cedera.
![Masih ada ramai anak muda berjiwa besar - Mufti Wilayah Persekutuan Masih ada ramai anak muda berjiwa besar - Mufti Wilayah Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/71549848267_bariasyraf.jpg)
Masih ada ramai anak muda berjiwa besar - Mufti Wilayah Persekutuan
Pengorbanan Allahyarham menyelamatkan mangsa insiden berkenaan adalah satu tindakan amat mulia dan dipandang tinggi dalam Islam.
![Mayat pemancing cuba selamatkan penumpang ditemui Mayat pemancing cuba selamatkan penumpang ditemui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/81549767069_TBPemancingJumpa.jpg)
Mayat pemancing cuba selamatkan penumpang ditemui
Mayat Abdul Bari Asyraf Mohd, 31 tahun, dijumpai kira-kira jam 7.24 pagi ini pada jarak 2.5 kilometer dari lokasi dia dilaporkan jatuh.
![Hasrat murni pemancing cuba selamat penumpang bertukar tragedi Hasrat murni pemancing cuba selamat penumpang bertukar tragedi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/81549671161_StormSungai.jpg)
Hasrat murni pemancing cuba selamat penumpang bertukar tragedi
Abdul Bari Asyraf Mohd sedang memancing bersama seorang rakannya sebelum sebuah Mitsubishi Storm yang diparkir di kawasan berhampiran tiba-tiba menggelongsor dan terjunam ke dalam sungai.