Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn, di sini menjadi masjid pertama di negara ini yang diisytihar sebagai masjid pelancongan.
Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp) merangkap Pengerusi Waqaf An-Nur Corporation Berhad, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim berkata, pengisytiharan berkenaan adalah seiring dengan pengiktirafan pensijilan Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA) oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).
Ia menjadikan masjid berkenaan sebagai premis kedua di negeri ini yang diiktiraf sebagai destinasi pelancongan selepas Johor Premium Outlet (JPO).
“Sememangnya sudah menjadi misi utama JCorp melalui Masjid Sultan Iskandar yang berperanan sebagai medium bagi menyampaikan keindahan dan kefahaman syiar Islam dengan lebih mendalam khususnya kepada masyarakat Islam dan juga bukan Islam.
“Selain itu, seiring dengan Tahun Melawat Johor 2020 juga, Masjid Sultan Iskandar menyasarkan 40,000 pelancong tempatan dan asing pada tahun hadapan,” katanya ketika berucap pada majlis pengisytiharan masjid itu sebagai masjid pelancongan dan pelancaran Buku Mutiara JCorp, di sini, hari ini.
Turut hadir Pemangku Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Bukhari Abdul Rahman, Pengerusi Mutiara JCorp, Datin Noor Laila Yahaya serta Ketua Unit Pembangunan Industri MOTAC, Zalina Misdi.
Dalam majlis sama, beliau berkata pelancaran buku Mutiara Jcorp berjudul ‘Warkah Untuk Ibu' dan ‘Setelah Nafas Terhenti’ diharap dapat memberikan suntikan ilmu dan memberi panduan seterusnya melengkapkan lagi status masjid berkenaan sebagai pusat komuniti setempat dan masjid pelancongan.
“Bersempena dengan pengiktirafan masjid pelancongan ini juga, Masjid Sultan Iskandar turut menyediakan fasiliti Galeri An-Nur yang mempamerkan bahan mengenai agama Islam selain sebuah bilik teater bagi memberikan kepuasan maksimum kepada pengunjung-pengunjung untuk mendalami konsep-konsep Islamiah.
Katanya lagi, bagi memantapkan lagi tadbir urus masjid secara profesional pula, Waqaf An-Nur Corporation Bhd telah mengambil inisiatif dengan membariskan petugas-petugas masjid selaku pemandu pelancong bagi memberikan pendedahan kepada pengunjung dan pelancong yang hadir sebagai platform interaksi dua hala seperti sesi soal jawab, demonstrasi dan sebagainya.
Dalam perkembangan berlainan, Kamaruzzaman berkata, sebuah masjid akan dibina di kawasan tempat letak kereta antara Komtar dengan Menara Johor Land yang dianggarkan mampu memuatkan 750 jemaah dalam satu masa.
“Di situ (roof top level) kawasan telah disediakan dan kalau keadaan membenarkan tahun hadapan dah boleh mula proses tetapi belum dimuktamadkan lagi. Tapak dah ada rekabentuk tapi belum dipilih lagi.
“Mengikut pelan awal dalam RM10 juta (kos projek pembinaan masjid) dan projek mungkin makan masa dalam dua tiga tahun,” kata beliau.
Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato’ Onn yang mampu memuatkan sehingga 4,600 jemaah telah dibina pada Jun 2013 merupakan masjid keenam dan terbesar dalam rangkaian Masjid An-Nur Johor Corporation diuruskan sepenuhnya oleh Waqaf An-Nur Corporation. - BERNAMA
Bernama
Thu Dec 19 2019

Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn, Johor Bahru menjadi masjid pertama di negara ini yang diisytihar sebagai masjid pelancongan. - Gambar BERNAMA
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ramai kakitangan Pentagon dijangka diberhentikan - Laporan
Pentagon dijangka memberhentikan kakitangan mereka bermula minggu ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif penjimatan kos, memetik satu laporan semalam.
7 maut dibunuh akibat diserang di Balochistan
Menurut pihakberkuasa Pakistan, kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan ke Wilayah Punjab timur dari bandar Quetta
Pengawasan udara Filipina di Laut China Selatan sah
Pengawal Pantai Filipina pada Rabu mempertahankan tindakan mereka melakukan pengawasan udara di Laut China Selatan.
Prabowo Ganti Menteri Pendidikan Tinggi dalam Rombakan Kabinet Pertama
Prabowo menggantikan Satro Soemantri Brodjonegoro dalam rombakan kabinet pertamanya sejak memegang jawatan.
Minat pada burung buka ruang jana pendapatan
Taleb menubuhkan sebuah pusat perlindungan dengan hanya beberapa ekor burung pada tahun 2019, sebelum memutuskan untuk mengembangkan menjadi sebuah perniagaan di Basra, Iraq.
Rombakan Kabinet reaksi Prabowo terhadap kegusaran rakyat
Rombakan Kabinet oleh Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dilihat sebagai tindak balas kepada situasi sosio-ekonomi masyarakat, khususnya dalam kalangan pelajar yang menentang cadangan untuk menaikkan yuran pengajian.
Peranan wanita mampu ubah industri, beri inspirasi
Ahmad Zahid berkata, sumbangan berterusan wanita dalam sektor korporat bukan sahaja membentuk semula industri tetapi juga memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk mengejar cita-cita mereka.
Johor rangka pelan induk dijangka dimuktamadkan Jun ini
Kerajaan Johor sedang merangka pelan induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan dijangka dimuktamadkan Jun ini.
PM Anwar gesa sarjana Islam, intelektual bersatu demi Palestin dan Syria
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa para sarjana dan intelektual dunia Islam untuk bersatu menentang perpecahan mazhab, serta mengambil tindakan konkrit dalam menyokong Palestin dan Syria.

Tabung Haji beli Menara VSQ 1 berharga RM147 juta
Pulangan terbaharu itu dijangka memberi pulangan sebanyak 5.5 peratus berdasarkan perjanjian penghunian penuh dan penyewaan jangka panjang.

JCorp kenal pasti potensi pelaburan bernilai RM17.4 bilion bagi Taman Perindustrian Pengerang
Potensi pelaburan itu antara lainnya melibatkan operasi kompleks aromatik, loji petrokimia serta perkhidmatan sokongan.

Masjid Sultan Iskandar masjid pelancongan pertama di Malaysia terima MyTQA
Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato' Onn di sini, menjadi masjid pertama di negara ini yang diisytihar sebagai masjid pelancongan.

Kamaruzzaman bersara sebagai Presiden, Ketua Eksekutif Jcorp berkuat kuasa 31 Dis
Jawatan Kamaruzzaman akan dipangku naib presiden bahagian tanggungjawab korporat JCorp, Bukhari Abdul Rahman.

Ekonomi Johor dijangka terus melonjak, kata Mohamed Khaled
Ekonomi Johor dijangka terus melonjak susulan inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri dalam Bajet Johor 2018.

Nilai aset JCorp yang diwakaf meningkat kepada RM814 juta setakat 2016
Nilai aset Johor Corporation (JCorp) yang diwakafkan untuk masyarakat sehingga tahun lalu telah berkembang kepada RM814 juta berbanding hanya RM250 juta pada 2000.