Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjadi yang pertama membentangkan 'kad laporan' pencapaian kementerian bagi tahun 2019.
Dalam satu taklimat dan sidang media khas hari ini, Menteri berkenaan Dr Maszlee Malik membentangkan pencapaian kementerian bertema "Pendidikan Untuk Semua", yang menyaksikan KPM menutup jendela 2019 dengan lima fokus perubahan besar yang terkandung di dalamnya 53 inisiatif pembaharuan dalam sistem pendidikan negara.
"Tahun 2019 merupakan tahun permulaan kepada semua perubahan dan kita sasarkan tahun ini sebagai tahun penetapan asas yang kukuh untuk memastikan negara boleh bergerak ke arah sistem pendidikan yang inklusif dan berkualiti tinggi," katanya.
Selaku penerima peruntukan terbesar belanjawan bagi 2019, lima fokus tersebut adalah 'Mengembalikan Cinta ke Dalam Pendidikan; Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran; Autonomi dan Akauntabiliti; Malaysia Membaca; dan Manifesto.
Dalam kad laporan pencapaian setebal 40 muka surat itu, Maszlee memperincikan butiran pencapaian yang menyentuh segenap aspek pihak berkepentingan dalam sektor pendidikan negara merangkumi pelajar, guru, infrastruktur, reformasi sistem, reformasi digital, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pengajian tinggi dan siswazah, serta menjadikan Malaysia sebagai Negara Membaca 2030.
Turut dbentangkan adalah pencapaian KPM dalam menunaikan janji yang terkandung dalam manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhubung isu pinjaman pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).
"Masih banyak yang perlu kita lakukan (pembaharuan), dan ini hanyalah permulaan. Apa yang kita lakukan hari ini adalah untuk anak-anak kita di sekolah dan universiti," katanya pada sesi taklimat yang dihadiri ramai petugas media.
Bernama
Fri Dec 13 2019

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik (tengah) meneliti buku pencapaian Kementerian Pendidikan 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini. - fotoBERNAMA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Vietnam sasar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua pada 2035
Vietnam merancang untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua bagi semua pelajar menjelang tahun 2035.

Tujuh perubahan, lantikan baharu pengurusan tertinggi perkhidmatan awam - KSN
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar hari ini mengumumkan tujuh perubahan penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam.

KPM tingkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan murid
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus mempertingkatkan aspek pendidikan keselamatan jalan raya dalam kalangan murid dengan menggunakan modul serta kurikulum sedia ada.

Pelantikan Naib Canselor tidak dibuat semberono - Zambry
Pelantikan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor sesebuah universiti awam tidak dibuat secara semberono atau berdasarkan faktor politik seperti yang disebarkan di media sosial atau surat layang.

17 sekolah baharu dijangka mula operasi tahun ini - Fadhlina
Ia merangkumi lapan sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah melibatkan Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

59.3 peratus murid Tahun Satu kuasai kemahiran 3M
Sebanyak 59.3 peratus daripada 122,062 murid tahun satu dikenal pasti menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) sepanjang tahun lepas.

Reformasi pendidikan fokus utama KPM tahun ini - Azman
Lapan keutamaan termasuk isu keciciran murid, peningkatan profesionalisme guru, pengukuhan kepimpinan pendidikan MADANI, dan penguasaan literasi serta numerasi murid.

Pencen Awal: Pendidik minta lantik pembantu guru, naikkan gred Guru Cemerlang sekolah rendah
Beban tugasan guru-guru di sekolah perlu diringankan, di samping menyediakan ganjaran yang sewajarnya kepada perkhidmatan mereka dalam mendidik generasi bangsa.

Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan - Fadhlina
Kementerian Pendidikan menerima baik cadangan DBKL untuk membina sekolah 17 tingkat di sekitar pusat bandar raya namun perlu diteliti dari aspek keselamatan dan kesesuaiannya.

Waktu sekolah seperti biasa sepanjang Ramadan - KPM
Sekolah sesi petang di Semenanjung akan tamat pada pukul 5.30 petang, manakala 5 petang di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sepanjang Ramadan ini.