Mayat seorang lelaki tempatan yang dipercayai terjatuh dari kapal yang berlabuh di Jeti Lammy, Batang Sungai Mukah semalam ditemui pagi ini.
Mangsa yang bekerja sebagai operator jengkaut sebuah kapal swasta dikenali sebagai Shahriman Mohd Abbas berusia dalam lingkungan 20-an.
Dalam kejadian sekitar pukul 9 malam itu, mangsa dari Kampung Tellian Tengah dipercayai tergelincir ketika menuruni tangga tingkat dua iaitu tempat mengemudikan kapal berkenaan sebelum berlakunya insiden itu.
Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Jimmy Panyau berkata, mangsa kemudian dikatakan bangun semula selepas tergelincir namun terjatuh ke dalam sungai.
"Siasatan awal pihak polis mendapati mangsa cuba berenang kembali ke arah kapal tetapi tidak berjaya semasa seorang rakan membaling pelampung kepada arahnya," katanya dalam kenyataan media pada Selasa.
Menurutnya, rakan mangsa memberitahu bahawa mangsa dipercayai dalam keadaan mabuk ketika kejadian.
"Siasatan polis di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah berhubung kes ini," jelasnya.
Stanley berkata, operasi mencari dan menyelamat yang digerakkan seawal pukul 7 pagi tadi melibatkan pasukan IPD Mukah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BPP Mukah) serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Mayat mangsa ditemui lebih kurang dua kilometer dari tempat kejadian pada jam 9.50 pagi tadi.
Mayat telah diserah kepada oihak polis dan dihantar ke Hospital Mukah untuk tindakan selanjutnya
Angelina Sinyang
Tue Dec 31 2019
Pasukan SAR menemui mayat mangsa kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.
LKIM mahu perbanyak bot nelayan laut dalam, bantu kekang pencerobohan
Kehadiran bot nelayan laut dalam tempatan di perairan negara mampu menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam usaha menangani isu berkenaan.
JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco
Impak positif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah membantu meningkatkan penjualan hartanah di Johor.
Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco
Johor merancang untuk membangunkan sukan padel dan pickelball sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan di negeri itu.
Larian obor sukan musim sejuk Asia ke-9 bermula pada Isnin
Kurang seminggu sebelum pembukaan rasmi Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) ke-9 di Harbin, larian obor temasya tersebut akan bermula secara rasmi di "Bandar Ais" pada Isnin.
KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya dasar itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.
Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami.
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
EU laksana had sekatan penggunaan AI
Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksana secara berfasa
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari 2025 secara berfasa.
ASEAN: Anwar adakan pertemuan dengan Thaksin dan George Yeo
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu penting serantau dibincangkan termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.
Mayat operator jengkaut terjatuh dari kapal ditemui di Batang Sungai Mukah
Mayat seorang lelaki tempatan yang dipercayai terjatuh dari kapal yang berlabuh di Jeti Lammy, Batang Mukah semalam ditemui pagi ini.