BARU-BARU ini, satu pameran lukisan yang bertema Inspirasi-Imaginasi-Interpretasi: Masjid-Masjid Di Malaysia telah dilancarkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di Muzium Kesenian Islam Malaysia. Pameran ini memperagakan enam puluh empat (64) lukisan hasil karya dua puluh satu (21) pelukis profesional dan amatur tempatan. Yang menarik perhatian galeri dan muzium, kolektor dan peminat seni lukis ialah interpretasi bentuk masjid-masjid terpilih menerusi kaca mata pelukis dan medium seni lukis yang berlainan – suatu pendokumentasian warisan Islam negara yang unik dan berharga.
Salah satu daripada cadangan yang dimajukan dalam ucapan Presiden Persatuan Suara Keamanan, Hati Nurani dan Kebolehan Menaakul yang merupakan penganjur pameran tersebut ialah, bahawa masjid harus diperkembangkan peranan dan fungsinya supaya dapat memanfaatkan ummah dengan lebih bermakna, selain memainkan peranan utama sebagai tempat ibadah kaum muslimin.
Di bawah kepimpinan Sultan, Negeri Selangor Darul Ehsan dialu-alukan untuk menjadi contoh dalam usaha membuka ruang masjid supaya ia dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang mendorong ummah mempraktikkan pengajaran agama Islam dengan lebih giat lagi. Aktiviti yang dicadangkan termasuk pendidikan dan penyebaran ilmu kepada komuniti pelbagai agama.
Usaha mempertingkatkan peranan multi fungsi masjid bakal menjadikannya institusi yang memaju dan memakmurkan peradaban Islam menerusi visi pragmatik serta cemerlang pentadbirnya. Ini mencerminkan kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW menjadikan Masjid Nabawi bukan sahaja sebagai pusat ibadah malah sebagai pusat pemerintahan dan pentadbiran Negara Islam Madinah menerusi pelbagai aktiviti masyarakat yang bermakna.
Dengan ini, dalam era moden masjid akan dibangkitkan semula sebagai nadi pergerakan Islam, iaitu tempat beribadah, pusat kebajikan, gedung ilmu dan saluran komunikasi masyarakat antara satu sama lain di mana mereka boleh menjalin silaturrahim serta menuntut hak dan keadilan. Kesempurnaan dan keindahan Islam sebagai al-Deen atau cara hidup benar-benar diamalkan dengan peranan dan fungsi komprehensif institusi masjid yang memberi inspirasi kepada komuniti luar.
Memang ada masjid-masjid tertentu yang sudah mula memperluaskan kegiatan menerusi kariah masjid yang berwibawa dan berpandang jauh. Walaubagaimana pun keluhan yang kerap didengar ialah AJK masjid tidak mampu melaksanakan aktiviti selain daripada yang ditetapkan dalam kaedah-kaedah pegawai masjid dan jawatankuasa kariah. Tugas-tugas ini termasuk menganjur kegiatan keagamaan Islam dan majlis sambutan hari-hari kebesaran Islam; memperbaiki dan memperkukuhkan persaudaraan dan perpaduan umat Islam serta taraf hidup dan ekonomi mereka.
Kekurangan bilangan AJK masjid dan tenaga kariah tidak harus dijadikan alasan untuk menghadkan peranan dan fungsi masjid sedangkan ramai daripada mereka mempunyai ilmu, kemahiran dan pengalaman untuk dikongsi bersama. Tidak semestinya imam masjid dan pegawai yang dilantik oleh Majlis Agama Negeri sahaja yang boleh menyumbang kepada perkembangan masjid. Tubuhkan barisan-barisan tertentu misalnya golongan pesara, kaum hawa dan belia.
Imam dengan kerjasama AJK Masjid yang terdiri daripada kariah yang berkelayakan boleh memainkan peranan penting untuk membangunkan masjid mereka dengan suntikan nafas baru. Jawatankuasa-jawatankuasa kecil boleh dibentuk untuk menangani tugas tertentu dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri yang berpayung di bawah naungan Raja mereka sebagai Ketua Agama Islam.
Antara kegiatan yang akan memanfaatkan kariah dan merpertingkatkan keyakinan mereka terhadap pengurusan masjid ialah:
1. Siri seminar dan bengkel tentang struktur pentadbiran, tadbir urus, tugas dan tanggungjawab, peraturan dan disiplin, integriti individu dan jawatankuasa dlll
2. Siri bengkel dan diskusi pendidikan untuk kumpulan sasaran tertentu termasuk guru, ibubapa dan pelajar
3. Siri syarahan dan bengkel tentang aspek-aspek keibubapaan dan kemakmuran keluarga
4. Kursus khas untuk aspek-aspek pelajaran yang penting seperti peguasaan Bahasa Inggeris dan bahasa lain
5. Siri bengkel ekonomi dan keusahawanan untuk mempertingkatkan daya kewangan kariah masjid
6. Menyediakan ruang-ruang tertentu di persekitaran masjid untuk perpustakaan, pembacaan, bengkel lukisan dan kraftangan dlll
Dengan usaha memperkembangkan masjid dari sudut fizikal, ibadah dan kerohanian kariahnya serta menjadikannya pusat kegiatan dan pengembangan intelektual masyarakat, institusi masjid negara menjadi lebih relevan bagi masyarakat moden yang sentiasa mencari wadah dan ilham baharu untuk mencapai kecemerlangan bukan saja bagi diri sendiri dan keluarga, malah untuk peradaban Islam yang mereka banggakan.
Dengan visi pemimpin agama Islam yang luas ini terbina masjid-masjid yang menjadi pilihan utama umat Islam, termasuk golongan muda, yang mengunjungi masjid untuk beribadah dengan pengertian terhadap pengajaran Islam yang tulen menerusi bukan sahaja solat dan ritual-ritual Islam yang ditetapkan, tetapi juga melalui pengembangan intelektual dan kefahaman yang mengekal.
Selain rupa bentuk masjid-masjid Malaysia yang indah yang dibina dengan sumber kewangan yang mewah, lebih bermakna jika inspirasi, imaginasi dan interpretasi pada tahap intelektual yang tinggi digunakan supaya institusi masjid negara benar-benar melambangkan keagungan dan kemakmuran agama Islam serta umatnya.
* Datuk Halimah Mohd Said merupakan Presiden Persatuan Suara Keamanan, Hati Nurani dan Kebolehan Menaakul
** Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Datuk Halimah Mohd Said
Fri Feb 01 2019
Masjid harus diperkembangkan peranan dan fungsinya supaya dapat memanfaatkan ummah dengan lebih bermakna. - Gambar fail BERNAMA
#AWANIRingkas 22 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Januari 2025
1️⃣ Dera anak sehingga mati
2️⃣ Tiga individu didakwa bunuh, subahat bunuh wanita
3️⃣ Tol percuma ketika perayaan
#awaniringkas
1️⃣ Dera anak sehingga mati
2️⃣ Tiga individu didakwa bunuh, subahat bunuh wanita
3️⃣ Tol percuma ketika perayaan
#awaniringkas
Malaysia perlu guna FTA untuk promosi minyak sawit di global -- MPOB
Malaysia perlu menggunakan FTA yang ada dalam kalangan negara ASEAN termasuk RCEP untuk mempromosikan minyak sawit di peringkat global.
Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.
AWANI Ringkas: Tol percuma ketika perayaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: WEF2025 | ASEAN Tumpuan Dunia Merungkai Dasar Industri
Dalam dunia yang penuh sikap perlindungan dan berpecah belah, apakah cabaran untuk memandu arah dalam menarik pelaburan dan membangun industri penuh lestari?
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bawa naratif ini ke World Economic Forum (WEF2025). Diskusi 830 mlm ini
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bawa naratif ini ke World Economic Forum (WEF2025). Diskusi 830 mlm ini
Bursa Malaysia terus meningkat untuk hari keempat berturut-turut
Penanda aras FBM KLCI meningkat 7.34 mata atau 0.46 peratus kepada 1,587.80, dipacu terutamanya oleh sektor perladangan dan kewangan.
Konflik Syria: Pasca perang, jauh lagi perjalanan…
Syria kini berada dalam fasa perubahan selepas kejatuhan rejim Bashar Al Assad.
Editor Media Sosial Astro AWANI, Hilal Azmi, membawa anda menyelami realiti pasca perang dari Damsyik, meneliti cabaran infrastruktur, sekatan ekonomi, dan kehidupan rakyat yang terus berjuang dalam keadaan serba kekurangan.
Saksikan laporan eksklusif ini bersama Global Peace Mission Malaysia.
Editor Media Sosial Astro AWANI, Hilal Azmi, membawa anda menyelami realiti pasca perang dari Damsyik, meneliti cabaran infrastruktur, sekatan ekonomi, dan kehidupan rakyat yang terus berjuang dalam keadaan serba kekurangan.
Saksikan laporan eksklusif ini bersama Global Peace Mission Malaysia.
PLUS sedia buka 'Smart Lane' di 25 lokasi
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengaktifkan Smart Lane di 25 lokasi tumpuan trafik di lebuh raya bagi melancarkan pergerakan trafik lebuh raya di lokasi terpilih sempena perayaan Tahun Baharu Cina.
Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Ir Zakaria Ahmad Zabidi berkata, Smart Lane boleh digunakan oleh kenderaan ringan, persendirian atau penumpang.
Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Ir Zakaria Ahmad Zabidi berkata, Smart Lane boleh digunakan oleh kenderaan ringan, persendirian atau penumpang.
Bekas Pengarah SRC tandatangan cek kosong
Datuk Suboh Md Yassin menandatangani cek kosong itu selepas bekas CEO SRC memaklumkan kepadanya bahawa itu adalah arahan 'pihak atas'.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County, menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California.
Nama Allahyarham Tun Daim dalam ingatan jemaah masjid di Gold Coast
Nama Allahyarham Tun Daim Zainuddin, tokoh negarawan Malaysia, terus hidup dalam ingatan, biarpun berada lebih 6,000 kilometer dari tanah air.
Elaun bulanan imam diselaraskan Jakim
Semua pihak perlu menerima ketetapan tersebut dan berlapang dada atas kepelbagaian yang diamalkan kerajaan negeri masing-masing.
Tragedi 1 Syawal, imam dilanggar ketika berjalan kaki
Kejadian berlaku pada jam 1.43 tengah hari ketika mangsa berjalan kaki di tepi jalan tersebut.
Beri peluang kepada imam tempatan pimpin solat tarawih
Beri laluan sepenuhnya kepada imam-imam tempatan, para asatizah, para graduan dan pelajar-pelajar tahfiz tempatan.
Tarawih: Selangor larang guna khidmat imam luar negara
Selain imam lantikan MAIS, imam yang dilantik kariah masjid berkenaan turut dibenarkan.
Terengganu lunas tunggakan elaun imam, bilal
Perbezaan pandangan dan parti antara faktor yang menyebabkan hak sebahagian imam dan bilal ini dinafikan sebelum ini.
Imam mengaku tidak bersalah rogol, lakukan seks luar tabii terhadap adik ipar
Tertuduh didakwa melakukan aktiviti itu terhadap adik iparnya yang kini berusia 14 tahun sejak lima tahun lalu.
Warga emas mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual
Satu daripada tiga pertuduhan itu ialah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.
Kipas sebagai makmum, pelaku jahil - Mufti Pulau Pinang
Pihak berkuasa perlu menyiasat sama pelaku adalah seorang yang siuman, mengalami masalah mental atau sebaliknya.
Bencana Gunung Jerai: 'Mak kata ayah tunggu di sana' - Anak mangsa
Ku Ahmad berkata, mereka sebenarnya sudah pasrah apabila mayat Allahyarham belum ditemui selepas beberapa hari dilaporkan hilang.