SEJAK akhir-akhir ini, banyak peristiwa mencuit hati berlaku dan berlalu dengan begitu cepat.
Isu-isu kenegaraan seperti bendera negara diterbalikkan, tidak cukup jalur, diwarnahitamkan dan sebagainya membangkitkan keributan di media sosial.
Baru-baru ini pula isu lagu Negaraku dinyanyikan dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Mandarin dan Bahasa Arab.
Kemudian muncul isu komunisme seperti abu mayat mendiang Chin Peng, sambutan ulang tahun ala Komunis dan sebagainya.
Rentetan peristiwa itu, pada saya merupakan bibit-bibit antagonis kepada fundamental dan sains politik negara ini. Ada yang lupa negara kita ini berbilang kaum dan agama.
Rakyat Malaysia khususnya anak-anak muda yang tidak melalui keperitan Malayan Union 1945, keganasan Parti Komunis Malaya (1948-1989), kemelesetan ekonomi awal 1980an dan pertumpahan darah 1969 tidak akan berasa apa-apa dengan perbuatan-perbuatan antagonis yang bercanggah dengan semangat Persekutuan Malaysia.
Saya fikir ini adalah kesilapan besar dasar pembinaan negara bangsa kita khususnya selepas pembentukan Persekutuan Malaysia 1963.
Wilayah-wilayah British yang bersetuju membentuk Malaysia seperti North Borneo (Sabah), Sarawak dan Singapura tidak diikat dengan betul dalam banyak hal khususnya hal-hal politik, ekonomi dan sosial.
Selepas 57 tahun Malaysia dibentuk, kita dapati di Sarawak dan Sabah masih wujud gerakan merdeka lagi, royalti minyak dan kuasa-kuasa negeri yang semakin menekan federalisme Malaysia.
Negara Brunei, salah satu sebab menolak menyertai Malaysia ketika itu ialah kegagalan rundingan minyak di antara Sultan Brunei dengan Tunku Abdul Rahman.
Manakala, wilayah-wilayah yang mundur, miskin dan menghadapi ancaman Komunis seperti Sarawak dan Sabah tiada pilihan menyertai Malaysia kerana pada ketika itu, walaupun Malaya sudah merdeka dan Malaysia akan terbentuk pada tahun 1963, Great Britain dan negara-negara Komanwel seperti Australia masih membantu kawalan keselamatan negara baharu ini.
Begitu juga Singapura, Lee Kuan Yew sedar Singapura ketika itu menghadapi ancaman Sosialis dan Komunis di tengah-tengah bandar, malah Singapura juga tidak mempunyai wang yang cukup untuk menyelesaikan isu-isu sosial seperti perumahan setinggan, parti sosialis dan NGO pekerja yang kuat.
Oleh itu, Lee Kuan Yew tiada pilihan bersetuju menyertai Malaysia. Dalam banyak hal, Lee Kuan Yew banyak berterima kasih kepada Tunku Abdul Rahman.
SELEPAS 57 TAHUN
Selepas 57 tahun peristiwa pembentukan Malaysia, apa sudah berlaku kepada negara kita hari ini? Adakah rakyat di negara kita telah benar-benar bersatu atas nama Malaysia? Adakah kita mempunyai dasar penyatuan seperti Bahasa Malaysia dan Bangsa Malaysia?
Ternyata, kita masih terpisah-pisah dengan identiti kaum Melayu, kaum Cina, kaum India, kaum Iban, kaum Kadazan dan banyak lagi. Semua kaum-kaum ini tidak disatukan atas nama Bangsa Malaysia.
Seingat saya, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menjadi Menteri Pendidikan pernah membawa perubahan daripada bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia, kemudian berubah semula kepada bahasa Melayu.
Di TV baru-baru ini, kita ada mendengar kempen perpaduan ucapan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bercakap tentang kita 'bangsa Malaysia'.
Baru-baru ini saya menghadiri beberapa seminar negara bangsa Malaysia, ramai tokoh-tokoh pendidikan Melayu juga bercakap tentang bangsa Malaysia.
Mereka sudah bersedia untuk menerima konsep yang lebih besar seperti Bangsa Malaysia.
Ketua Pemuda UMNO baru-baru ini dalam Perhimpunan Agung UMNO 2019 juga bercakap hal negara ini milik semua kaum, tiada lagi istilah pendatang.
Maksudnya milik Bangsa Malaysia, tetapi di manakah dan siapakah Bangsa Malaysia itu?
Jika begitu keadaannya sekarang, saya fikir, Kerajaan perlu merangka dasar baharu dan seterusnya menginstitusikan Bangsa Malaysia.
Apakah dan bagaimanakah bentuk Bangsa Malaysia ini boleh didiskusikan lagi?
Namun, Kerajaan perlu ada political will untuk menjayakan Bangsa Malaysia.
Negara Indonesia dengan bangsa Indonesianya, hari ini Indonesia semakin maju ke hadapan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.
Kita ada negara Malaysia tetapi kita belum ada Bangsa Malaysia. Bagaimana kita hendak menyemai perpaduan dan kesatuan jika masing-masing kaum tidak habis-habis mempertahankan kepentingan kaum masing-masing.
Ideologi Bangsa Malaysia ini harus melangkaui sempadan perkauman dan agama. Yang telah dipersetujui dalam Perlembagaan Persekutuan kekalkanlah, tetapi untuk maju ke hadapan dengan bersatu padu kita perlu ada satu Bangsa yang dikenali dengan Bangsa Malaysia.
Supaya, apabila kita mewakili Sukan SEA, Olimpik atau apa jua kejohanan, apabila ditanya apakah Bangsa kamu?
Kita tidak menjawab saya bangsa Cina Malaysia, saya India Malaysia, saya Melayu Malaysia, sebaliknya semua kita akan sama-sama menjawab "saya Bangsa Malaysia, kami Bangsa Malaysia".
Apabila bercakap dengan orang asing di luar negara, tidak ada orang memperkenalkan ini Proton Cina Malaysia, itu Petronas Twin Tower Melayu Malaysia atau itu pasukan bola sepak Cina Melayu India Malaysia, sebaliknya kita dengan bangga akan memperkenalkan ini Proton Malaysia, ini Petronas Malaysia dan ini pasukan bola sepak Malaysia.
Dr Al-Azharri Siddiq Kamunri adalah penulis artikel ini. Beliau merupakan pengkaji dalam bidang politik dan pentadbiran kerajaan dengan minat terhadap usaha pembinaan negara, keselamatan dan patriotisme.
Pandangan yang dizahirkan dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Dr Al Azharri Siddiq Kamunri
Thu Dec 19 2019
Untuk maju ke hadapan dengan bersatu padu kita perlu ada satu Bangsa yang dikenali dengan Bangsa Malaysia. - Gambar hiasan
Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.
AWANI Pagi: Harapan dan cabaran gencatan senjata Gaza
Fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman melihat kepada cabaran persetujuan perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas yang akan menamatkan perang di Gaza berpanjangan selama lebih 400 hari. Ikuti diskusi bersama penganalisis politik Sunway University, Profesor Dr. Wong Chin Huat.
PM ucap tahniah kepada Cikgu Nazmi disenarai 50 finalis Hadiah Guru Global
Keikhlasan Nazmi mendidik pelajar dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar adalah contoh kepimpinan membanggakan.
Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.
Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata
Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Bangsa Malaysia konsep penyatuan, bukan lenyapkan mana-mana etnik
Aaron berkata, konsep Bangsa Malaysia sering kali disalah tafsir sebagai sentimen perkauman, sekali gus menjadi cabaran utama.
Menginstitusikan bangsa Malaysia: Menguat atau melemahkan federalisme?
Rentetan peristiwa itu, pada saya merupakan bibit-bibit antagonis kepada fundamental dan sains politik negara ini. Ada yang lupa negara kita ini berbilang kaum dan agama.
Perpaduan harus bermula dari sekolah - Lee Lam Thye
Sejauh mana pendidikan mampu memupuk semangat integrasi kaum seterusnya mencetuskan persahabatan merentas etnik yang kekal dan kukuh?
'Malaysia Baharu' tiada makna tanpa 'pembaharuan manusia'
Kita harus buktikan bahawa agama bukan penghalang, tetapi sebaliknya pendorong kepada pembentukan bangsa Malaysia yang bersatu.
Belia mahu TN50 bentuk identiti 'Bangsa Malaysia' - Khairy
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata kebanyakan sesi dialog yang dihadirinya menekankan isu sama oleh belia selain menekankan kepentingan toleransi rakyat.