KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang pengasas dan presiden Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing, Tan Sri Lim Kok Wing yang meninggal dunia hari ini.
Perdana Menteri menerusi akaun Facebooknya memaklumkan pemergian Lim memberi kesan yang besar kepada dunia pendidikan kreatif dan inovatif di negara ini.
"Mendiang ialah seorang individu berwawasan dan mentor yang hebat dalam bidang pendidikan inovatif, bukan sahaja dalam negara bahkan di peringkat global.
"Semoga seluruh ahli keluarga mendiang tabah menghadapi detik yang menyedihkan ini," kata perdana menteri menerusi kenyataan itu.
Berita mengenai kematian Lim yang berusia 75 tahun dimaklumkan Limkokwing University melalui satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, tokoh perniagaan itu dilaporkan dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan selepas terjatuh di kediamannya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 01 2021
Perdana Menteri menerusi akaun Facebooknya memaklumkan pemergian Lim memberi kesan yang besar kepada dunia pendidikan kreatif dan inovatif di negara ini. - Gambar/ Facebook Muhyiddin Yassin
Tumpuan Isnin – 3 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Ahmad Fadzli dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baharu
Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa esok.
Ratusan teruja saksi tayangan mempersona di Casa Batllo
Tayangan pemetaan video digital di bangunan Casa Batllo di Barcelona, Sepanyol menarik kehadiran ramai pengunjung pada Ahad. Artis Itali, Quayola mempersembahkan karya dikenali Arborescent itu, sebagai dedikasi kepada keindahan alam semula jadi.
Penerbangan Learjet 55 hanya kurang seminit sebelum menjunam
Penerbangan pesawat perubatan Learjet 55 yang terhempas di kawasan kejiranan di Philadelphia disahkan hanya kurang dari seminit. Perkara itu seperti disahkan penyiasat dari Badan Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Rick Hicks dalam sidang media pada Ahad. Katanya, pesawat itu hanya mencapai ketinggian 1,500 kaki sebelum ia menjunam dan terhempas.
R Stromlinienwagen dibida pada harga 51.55 juta euro
Kereta lumba jenis Mercedes (W196 R Stromlinienwagen) berjaya dijual pada harga 51.55 juta euro dalam satu majlis bidaan di Jerman pada Sabtu. Kereta lumba berwarna silver itu, salah satu daripada empat yang ada di dunia.
Jepun lancar roket H3 pembawa satelit navigasi Michibiki
Jepun pada Ahad melancarkan satelit navigasi Michibiki dengan menggunakan Roket H3 No. 5 dari Pusat Angkasa Tanegashima di Wilayah Kagoshima.
Ribuan bantah pengusiran imigran di Atlanta
Ribuan berhimpun di sepanjang lebuhraya Buford di Atlanta, Georgia selepas pihak Jabatan Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) Amerika Syarikat mengumumkan pelaksanaan operasi bersasar di metro Atlanta. Ia sebagai tanda protes terhadap tindakan itu yang dilaksana dibawah arahan Presiden Donald Trump sejurus pelantikannya kembali ke White House minggu lalu.
Lelaki ditahan disyaki seludup motosikal dari negara jiran
Polis menahan seorang lelaki, semalam, dipercayai menyeludup masuk motosikal Yamaha RXZ dan komponen enjin dari negara jiran.
Netanyahu ke Washington bertemu Trump
Netanyahu, pemimpin asing pertama yang membuat kunjungan sejak pelantikan Trump bulan lalu, meninggalkan Israel ketika gencatan senjata di Gaza masih berjalan dan rundingan fasa kedua dijangka bermula minggu ini.
Kesiapsiagaan berdepan gelombang kedua banjir
Bersama Mohtar Samat, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Sarawak bagi membincangkan Kesiapsiagaan berdepan gelombang kedua banjir
Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga mendiang Lim Kok Wing
Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang pengasas dan presiden Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing, Tan Sri Dr Lim Kok Wing yang meninggal dunia hari ini.
Selepas dipadamkan, Twitter Lim Kok Wing hilang 'blue tick', ribuan 'followers'
Akaun @limkokwing kini ada kurang dari 100 pengikut dan telah hilang 'tanda biru' milik Twitter. Sebelum ini, akaun ini mempunyai lebih 900 ratus ribu pengikut
'Ramai orang macam tu' - Dr Mahathir maafkan Lim Kok Wing
Dr Mahathir memilih untuk memaafkan Kok Wing kerana sikapnya yang sangat pemaaf.