KUALA LUMPUR: Naib canselor baharu Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Putra Malaysia akan diumum dalam masa terdekat, demikian menurut Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) semalam.
Menurut kenyataan KPT, calon naib canselor baharu bagi Universiti Malaysia Perlis, Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Teknologi Mara pula dalam proses ditemu bual oleh Jawatankuasa Tetap Pemilihan Naib Canselor Universiti Awam.
"Proses pelantikan naib canselor universiti awam dijalankan secara terperinci dan pencarian calon dibuat secara terbuka melalui kaedah pengiklanan yang dikendalikan pihak universiti. Kementerian ini sentiasa menjunjung tinggi prinsip keterbukaan serta ketelusan dalam urusan pelantikan jawatan naib canselor universiti awam," kata KPT.
Pada Isnin Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa KPT segera membuat lantikan baharu bagi mengisi kekosongan jawatan naib canselor di lima universiti awam itu sejak awal tahun ini.
Menurut kenyataan itu, KPT mengambil serius perkara berkenaan dan proses saringan serta pemilihan calon naib canselor universiti awam dilaksanakan mengikut peruntukan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30) dan tatacara pelantikan berdasarkan prosedur operasi standard sedia ada.
KPT turut menzahirkan penghargaan kepada CUEPACS serta pihak berkepentingan lain yang mengambil berat dan menyatakan komitmen untuk mengambil langkah yang perlu bagi memastikan proses pelantikan naib canselor universiti awam berjalan lancar.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 08 2021

CUEPACS menggesa KPT segera membuat lantikan baharu bagi mengisi kekosongan jawatan naib canselor di lima universiti awam. - Foto BERNAMA

Trump ulangi amaran kenakan lebih banyak tarif
Ancaman ini menandakan peningkatan lagi dalam perang perdagangan yang telah menggoncang pasaran kewangan.

Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte tiba di Netherlands untuk perbicaraan
Duterte diterbangkan ke The Hague dengan penerbangan carter pada Selasa selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila.

‘Tiada sesiapa usir rakyat Palestin’ dari Gaza - Presiden Trump buat ‘u-turn’
Kenyataan tersebut bercanggah dengan rancangan Trump sebelum ini yang mencadangkan AS mengambil alih Gaza, mengusir penduduk Palestin dan mengubahnya menjadi "Riviera" di Asia Barat.

Mohd Najwan tawar diri rebut jawatan Ketua PKR Shah Alam
Ia bagi memastikan PKR Shah Alam lebih agresif menjaga kesemua ahli termasuk di DUN Batu Tiga melalui kepimpinan baharu yang dinamik.

All England: Sze Fei-Nur Izzuddin lepasi halangan pertama
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani hanya ambil masa 37 minit untuk menewaskan pasangan Korea Selatan, Gi Jung-Sa Rang 21-17, 21-14.

Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China, peningkatan kos
Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada EUR3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024, menurut agensi berita Jerman dpa.

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Ia termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada, Dominic LeBlanc pada Rabu.

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

UTM, UMPSA terima Naib Canselor baharu - KPT
Pelantikan kedua-dua individu ini berdasarkan kepakaran dan pengalaman mereka dalam bidang akademik dan pengurusan universiti.

Yuserrie dilantik semula Naib Canselor UMPSA
Pelantikan semula itu bagi tempoh satu tahun berkuat kuasa mulai 1 November 2023 hingga 31 Oktober 2024.

PRN Melaka: UiTM tidak halang mahasiswa jadi calon - Naib Canselor
Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak menghalang mana-mana mahasiswanya untuk menjadi calon yang bertanding dalam pilihan raya kerana ia tidak berlawanan dengan akta universiti itu.

UiTM bakal terima Naib Canselor wanita pertama?
Sumber Astro AWANI memberitahu, Universiti Teknologi MARA (UiTM) bakal menerima seorang Naib Canselor wanita pertama berkuatkuasa Isnin ini.

Mazlan dilantik Naib Canselor UMT yang baharu
Prof Dr Mazlan Abd Ghaffar dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang baharu, berkuat kuasa esok (2 Ogos).

Isi segera kekosongan jawatan Naib Canselor di lima universiti - Cuepacs
Cuepacs gesa Kementerian Pengajian Tinggi segera lantik baharu bagi mengisi kekosongan jawatan Naib Canselor di lima universiti

Bidaan plat khas 'UM' dibuka mulai esok
Nombor pendaftaran kenderaan khas dengan awalan "UM" boleh dibida bermula esok, dengan harga bidaan minimum pada RM1,000.

Mohd Ekhwan dilantik Naib Canselor UKM baharu
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata pelantikan tersebut berkuat kuasa 1 Jan 2021 hingga 31 Dis 2023.

Hasagaya dilantik Naib Canselor baharu UPNM
Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Datuk Hasagaya Abdullah dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang baharu.

Pelajar UM boleh jumpa Naib Canselor jika tidak puas hati - Maszlee Malik
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (UM) perlu bertemu Naib Canselor universiti itu, Datuk Dr Abdul Rahim Hashim jika terdapat sebarang rasa tidak puas hati, kata Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik