KUALA LUMPUR: Operasi pembersihan perancah besi atau ‘scaffolding’ bagi projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) yang jatuh dalam insiden petang Sabtu dihentikan seketika akibat hujan lebat.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (​Prolintas), Datuk Mohammad Azlan Abdullah menjelaskan kerja-kerja pembersihan akan bersambung pada Isnin.
"Kita menasihatkan pengguna lebuh raya untuk berhati-hati ketika melalui kawasan terlibat yang mana lorong kanan dari kedua-dua arah Lebuhraya NKVE ditutup.
"Laluan kontra telah diaktifkan untuk melancarkan trafik. Pengguna dinasihatkan untuk mematuhi arahan pengawal trafik dan papan tanda penunjuk arah yang disediakan di lokasi," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Mohammad Azlan menjelaskan Prolintas selaku pemaju DASH secara konsisten mengingatkan kontraktor-kontraktor terlibat untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP), serta mengambil langkah-langkah bersesuaian dalam aspek keselamatan pembinaan lebuh raya.
“Hasrat dan objektif kami sangat jelas untuk memastikan projek ini dibina dengan cara yang paling selamat, siap pada waktunya dan mengikut standard amalan kejuruteraan tertinggi," katanya.
"Untuk rekod, pembinaan DASH melibatkan lapan kontraktor utama di samping penglibatan secara menyeluruh oleh jurutera perunding bebas dalam rekabentuk, pengawasan dan penyeliaan dari pelbagai aspek.
“Walau bagaimanapun, insiden yang berlaku pada petang semalam amat mendukacitakan dan kami bersama kontraktor terlibat iaitu MRCB Builders Sdn Bhd akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa, serta akan terus menambah baik proses dan pelaksanaan projek yang sedia ada," katanya lagi.
Pada Sabtu, dua pekerja pembinaan cedera selepas perancah besi lebuh raya yang sedang dalam pembinaan runtuh berhampiran Plaza Tol DASH.
Astro Awani
Sun Jun 20 2021

Prolintas selaku pemaju DASH secara konsisten mengingatkan kontraktor-kontraktor terlibat untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) - Gambar fail
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Hutang berkaitan Lebuhraya Dash perlu dijelaskan - Ismail Sabri
Sebarang hutang berkaitan projek Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) yang dibuka baru-baru ini perlu dijelaskan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Warga Bangladesh mangsa dihempap konkrit meninggal dunia - Polis
Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid dalam satu kenyataan kepada media.

Operasi pembersihan perancah besi DASH dihentikan akibat hujan lebat - Prolintas
Datuk Mohammad Azlan Abdullah menjelaskan kerja-kerja pembersihan akan bersambung pada Isnin.

Kerajaan Selangor tetap kekalkan 30 peratus hutan simpan - Azmin
Azmin berkata sekiranya ada keperluan untuk membatalkan sebahagian gazet hutan simpan itu bagi tujuan pembangunan termasuk pembinaan lebuh raya, ia akan digantikan semula.