PASIR GUDANG: Seorang operator kilang maut akibat tersepit di mesin 'loading plate guider' di sebuah kilang memproses makanan haiwan di kawasan perindustrian Pasir Gudang di sini pada Selasa.
Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor, Ir Mohd Rosdee Yaacob berkata, kejadian berlaku pada jam 9.40 malam semasa mangsa yang berusia 27 tahun mengambil topi keselamatan yang tertinggal di atas 'loading plate' selepas kerja pembaikan selesai.
"Hasil siasatan awal yang dijalankan JKKP mendapati mesin tersebut yang dilengkapi dengan adang dan peranti keselamatan digunakan untuk menyusun beg berisi produk makanan haiwan ke atas palet secara automatik.
"Apabila selesai membaiki kerosakan pada 'loading plate guider', mangsa dan juruteknik kanan kekal berada dalam kawasan adang operasi mesin tersebut untuk menilai hasil kerja pembaikan.
"Suis operasi kemudian dibuka oleh pekerja lain yang berada di luar kawasan adang.
"Sebaik sahaja mesin beroperasi, mangsa memasuki kawasan bahagian mesin yang selesai dibaiki untuk mengambil topi keselamatan yang tertinggal di atas loading plate yang berkedudukan statik dengan membelakangi 'sliding plate' yang sedang bergerak ke bawah menuju ke arah mangsa.
"Ini menyebabkan mangsa tersepit di antara dua plate berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Katanya, mangsa masih sedar diri semasa dihantar ke Hospital Penawar Pasir Gudang sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru namun meninggal dunia pada jam 12.30 tengah malam.
Susulan siasatan awal yang dijalankan, beliau berkata, pihaknya mengeluarkan empat notis larangan ke atas kegagalan majikan.
Jelasnya, notis pertama kerana gagal memastikan mesin beroperasi dengan selamat selepas aktiviti kerja penyelenggaraan dijalankan dan kedua gagal mengadakan Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC) bagi aktiviti kerja penyelenggaraan.
Ketiga katanya, gagal mengadakan Prosedur Kerja Selamat bagi aktiviti kerja penyelenggaraan dan keempat gagal mengadakan latihan kepada pekerja yang terdedah kepada risiko semasa menjalankan kerja penyelenggaraan.
Selain itu ujarnya, satu notis pembaikan telah dikeluarkan untuk majikan menjalankan siasatan dalaman bagi kemalangan maut itu.
Tambah beliau, JKKP memandang serius setiap kemalangan yang berlaku terutama melibatkan pekerja mahupun orang awam.
Tegasnya, tindakan perundangan akan diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat pelanggaran peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
"Majikan bertanggungjawab untuk mengenal pasti hazard, menganalisis dan menaksir risiko yang berkaitan dan seterusnya melaksanakan langkah kawalan yang sesuai bagi mengawal risiko berkaitan.
"Ini merupakan satu daripada kewajipan am majikan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, yang mana majikan perlu menyediakan tempat kerja yang selamat untuk pekerjanya dan orang lain yang berkenaan," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: Operator kilang maut tersepit mesin
Sinar Harian
Thu Jun 24 2021
Seorang operator maut akibat tersepit pada mesin 'loading plate guider' di sebuah kilang memproses makanan haiwan di kawasan perindustrian Pasir Gudang, pada Selasa. -Foto Sinar Harian
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas, menurut kenyataan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar.
Penyertaan UK dalam CPTPP peluang tingkat perdagangan dengan Malaysia
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelaburan oleh syarikat perniagaan Malaysia di UK bukan hanya sekadar memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi juga mencerminkan komitmen untuk memupuk perkongsian yang membawa pembangunan secara bersama.
Gencatan senjata: Keutamaan untuk hentikan derita rakyat Palestin - PBB
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, badan dunia itu bersedia untuk menyokong pelaksanaan perjanjian ini dan meningkatkan penghantaran bantuan kemanusiaan berterusan kepada rakyat Palestin yang terus menderita.
Lebih setengah juta kanak-kanak Afghanistan berisiko kurang nutrisi pada 2025
Antara punca situasi membimbangkan itu adalah keadaan iklim yang ekstrem "membataskan keupayaan orang ramai memberi makan kepada keluarga".
Gencatan senjata: Ini langkah yang diperlukan - Israel
Herzog menyokong perjanjian tersebut dan berkata bahawa pembebasan tebusan Israel, sama ada yang telah meninggal dunia atau masih hidup, yang telah ditahan di Gaza selama 15 bulan, adalah satu kewajipan moral dan kemanusiaan
Gencatan senjata: Ini satu kejayaan selepas 400 hari perjuangan - Biden
Perjanjian yang kompleks ini merangkumi fasa gencatan senjata awal selama enam minggu dan termasuk penarikan berperingkat tentera Israel dari Semenanjung Gaza serta pembebasan tebusan yang ditahan oleh Hamas sebagai pertukaran dengan tahanan Palestin yang ditahan oleh Israel
Bicara kes operator kilang sokong kumpulan Daish bermula 12 Feb 2025
Muhammad Aabid didakwa menyimpan bahan letupan, memiliki sembilan video dan lima artikel berkaitan pengganas Daish, serta membuat bahan letupan sebagai persediaan untuk melakukan perbuatan pengganas.
Operator kilang maut terjatuh dalam mesin proses tandan sawit
Serpihan baju, kasut dan cebisan tulang merungkai kehilangan seorang lelaki sebelum ditemui maut setelah terjatuh dalam mesin memproses sawit dekat sebuah kilang di Jenjarom di sini pada Selasa.
Operator kilang didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol hingga sebabkan kematian
Seorang operator kilang didakwa memandu MPV di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kematian seorang lelaki pada Ahad lepas.
Pemuda dipenjara lapan bulan, denda 1,500 kerana curi beg sandang wanita sarat hamil
Seorang pekerja sebuah syarikat penapis air yang mencuri beg sandang seorang wanita sarat mengandung sembilan bulan dihukum penjara selama lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Penunggang motosikal meninggal dunia selepas 13 jam bertarung nyawa
Mangsa berusia 30 tahun itu meninggal dunia jam 2 pagi, Isnin.
Operator kilang maut, motosikal bertembung lori
Seorang operator kilang maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai bertembung dengan sebuah lori di Jalan Jelawai, Proton City tengah hari tadi.
Wanita serang remaja di Pantai Merdeka ditahan
Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa berada di gerai kakaknya yang menjual mainan di Pantai Merdeka sebelum didatangi suspek.
Operator kilang maut terjatuh dalam mesin pengisar
Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan di kepala dan bahu.
Operator kilang parah ditetak ketika beli laksa
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, mangsa mengalami kecederaan pada beberapa bahagian badan termasuk belakang kepala, tapak tangan dan paha.
Operator kilang maut tersepit mesin
Kejadian berlaku pada jam 9.40 malam semasa mangsa yang berusia 27 tahun mengambil topi keselamatan yang tertinggal di atas 'loading plate' selepas kerja pembaikan selesai.