KUALA LUMPUR: Pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi menafikan laporan yang mendakwa bekas Perdana Menteri itu meninggal dunia.
Abdullah atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Lah, kata pejabat itu, berada dalam keadaan sihat di samping keluarga.
Sehubungan itu, pejabat berkenaan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebaran berita palsu yang mendakwa Abdullah meninggal dunia.
"Pihak pengurusan berharap masyarakat dapat memastikan dahulu kesahihan sebelum menyebarkan apa-apa berita bagi mengelakkan kekeliruan," kata kenyataan pejabat Abdullah pada Khamis.
Sejak awal pagi Khamis, tular berita mendakwa Abdullah yang berusia 81 tahun menghembuskan nafas terakhir.
Ini bukan kali pertama laporan palsu mengenai Abdullah yang disebarkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab.
Sebelum ini, pejabat Abdullah pernah beberapa kali mengeluarkan penafian yang serupa.
Astro Awani
Thu Jun 17 2021

Ini bukan kali pertama laporan palsu mengenai Tun Abdullah Ahmad Badawi disebarkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab. - Gambar fail

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PRN: 'UMNO akan buat tak tahu kalau kalah PRN' - Khairy
UMNO tidak akan mengambil berat sekiranya parti itu kalah teruk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

'Tubuhnya ada, tetapi bukan mindanya' - Khairy jelaskan Pak Lah kini hadapi dementia
Khairy berkata, situasi Pak Lah merosot ke tahap - 'tubuhnya ada, tetapi bukan mindanya' dan badan Pak Lah tidak berfungsi seperti sediakala.

PM ucap selamat ulang tahun buat Pak Lah
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat ulang tahun kepada Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pak Lah sihat, penyebar berita palsu berdepan tindakan undang-undang
Abdullah atau dikenali sebagai Pak Lah berada dalam keadaan sihat di samping keluarga.

Pak Lah sihat, masih seperti dahulu - Reezal Merican
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata demikian, selepas menziarahi Abdullah, atau lebih mesra disapa Pak Lah, di rumahnya semalam.

Ketua Polis Negara kunjungi Tun Abdullah, maklum hasil siasatan kes berita palsu
Abdul Hamid meluangkan masa kira-kira sejam bertemu dan bertanya khabar kepada Abdullah serta isterinya Tun Jeanne Abdullah, di kediaman mereka.

Mesej tular dakwa kesihatan Pak Lah kritikal palsu
Pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi menafikan satu lagi mesej tular dalam media sosial berhubung keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri itu.

Pegawai Pak Lah akan buat laporan polis esok
Pegawai Khas Tun Abdullah Ahmad Badawi Datuk Jefridin Atan berkata beliau sendiri akan membuat laporan polis terhadap mesej tular palsu yang mengaitkan kematian bekas Perdana Menteri itu.

Pak Lah berada dalam keadaan sihat walafiat bersama keluarga - Jefridin Atan
"Pak Lah berada dalam keadaan sihat walafiat bersama keluarga," kata Datuk Jefridin Atan, pegawai khas bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi malam ini.

"You are the Prime Minister, you should take charge ..." - Audio rakaman dipercayai mirip suara Rosmah, Najib
Berikut transkrip perbualan yang dipercayai antara Najib Razak dan Rosmah Mansor berdasarkan rakaman perbualan yang didedahkan oleh SPRM.