ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan sedia disiasat dan berhadapan dengan tindakan undang-undang sekiranya didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) total lockdown dalam satu kejadian di Juru, Pulau Pinang.
Menurutnya, beliau akan memberi keterangan berhubung dakwaan memandu uji kenderaan, kepada polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang petang ini.
"Saya akan serahkan kes ini kepada polis, mungkin (saya boleh sahkan) petang ini polis akan datang untuk ambil statement saya, (berhubung) apa yang berlaku, saya akan bagi statement (kepada pihak) polis.
"Saya serah kepada polis... kalau polis dapati apa yang telah terjadi itu satu kesalahan dan saya didakwa... saya yakin kesalahan itu tidak membawa hukuman gantung sampai mati... mungkin kompaun saja.
"Saya akan bayar, kalau pekerja (di showroom) pun didapati bersalah, kompaun dia pun saya akan bayar... siapa lagi yang bersalah dalam peristiwa itu pun saya akan bantulah untuk bayar kalau mereka kena kompaun.
"Saya tak ada niat nak beli kereta baharu hanya kerana banyak kereta di situ, saya tertariklah juga... macam kita pun orang (kalau) benda benda cantik ini tentulah kita ada tertarik.
"Saya tak tertarik dekat janda, tak tertarik dekat 'minah rewang' saya tertarik pada kereta saja... jadi saya turun tengoklah, bukan saya tengok perempuan saya tengok kereta Raptor (sahaja)," katanya berseloroh.
Sanusi berkata demikian ketika sidang media selepas melakukan tinjauan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Dewan Al Farabi, Jalan Stadium, Alor Setar pada Isnin.
Dalam pada itu, mengenai penggunaan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire milik Syarikat Air Darul Aman (SADA), katanya MPV itu digunakan berdasarkan kapasitinya sebagai Pengerusi SADA dan kerap menggunakannya bagi perjalanan jauh.
Pada Sabtu, tular gambar dan video memaparkan seorang individu dipercayai Muhammad Sanusi memandu uji sebuah kereta, sedangkan negara kini berada di bawah sekatan pergerakan penuh yang melarang aktiviti jualan serta pameran kenderaan.
Abdul Hadi Che Awang
Mon Jun 07 2021
![Pandu uji kereta: Sanusi sedia disiasat, beri keterangan kepada polis petang ini Pandu uji kereta: Sanusi sedia disiasat, beri keterangan kepada polis petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61623058737_MuhammadSanusi.jpg)
Sanusi akan memberi keterangan berhubung dakwaan memandu uji kenderaan, kepada polis petang ini. - Gambar fail
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
![Langgar SOP: Polis serah kompaun kepada MB Kedah semalam Langgar SOP: Polis serah kompaun kepada MB Kedah semalam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51626687194_MuhammadSanusiMdN.jpg)
Langgar SOP: Polis serah kompaun kepada MB Kedah semalam
Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata kompaun berkenaan telah diserahkan kepada Muhammad Sanusi pada Ahad, namun beliau enggan mendedahkan nilainya.
![Pandu uji kereta: Polis rekod keterangan Muhammad Sanusi Pandu uji kereta: Polis rekod keterangan Muhammad Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51623118186_MOHDSANUSI.jpg)
Pandu uji kereta: Polis rekod keterangan Muhammad Sanusi
Selain Muhammad Sanusi, polis juga merekodkan keterangan empat individu lain untuk membantu siasatan.
![Pandu uji kereta: Sanusi sedia disiasat, beri keterangan kepada polis petang ini Pandu uji kereta: Sanusi sedia disiasat, beri keterangan kepada polis petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61623058737_MuhammadSanusi.jpg)
Pandu uji kereta: Sanusi sedia disiasat, beri keterangan kepada polis petang ini
Sanusi akan memberi keterangan berhubung dakwaan memandu uji kenderaan, kepada polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang petang ini.
![Polis siasat dakwaan MB Kedah pandu uji kereta ketika PKP Polis siasat dakwaan MB Kedah pandu uji kereta ketika PKP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51615298433_MuhammadSanusiMdN.jpg)
Polis siasat dakwaan MB Kedah pandu uji kereta ketika PKP
Komuniti media sosial kecoh susulan penularan gambar dan video memaparkan individu dipercayai Muhammad Sanusi memandu uji sebuah kereta.