PUTRAJAYA: Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) turut diambil kira sebagai salah satu komponen penilaian Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang dinilai oleh guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) sekolah masing-masing, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Abdul Aziz Jusoh.
Beliau yang mengulas keresahan ibu bapa berkaitan pelaksanaan UPKK bagi calon tahun 2020 dan 2021 yang dilaksanakan secara serentak pada tahun ini berkata setiap subjek yang dirangka dalam kurikulum UPKK turut merangkumi aspek penghayatan dan amalan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian.
"Malah, ia tidak terikat dengan pelaksanaan peperiksaan semata-mata, tetapi menjadi sebahagian daripada amalan fardu ain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada 11 Nov 2020, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dilaporkan berkata ujian UPKK tahun 2020 akan dilakukan serentak dengan UPKK tahun ini iaitu dari 4 hingga 7 Okt ini.
Sementara itu, Abdul Aziz berkata UPKK mempunyai lapan subjek yang terdiri daripada dua subjek amali, satu subjek ujian lisan dan lima subjek bertulis.
Bagi dua subjek penilaian amali iaitu Mata Pelajaran Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam, penilaian telah bermula dari awal takwim persekolahan tahun 2021.
"Ia berdasarkan penilaian sepanjang sesi persekolahan termasuk sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan mengambilkira ujian bulanan dan aktiviti dalam dan luar bilik darjah.
"Selain itu, PdPR turut diambil kira sebagai salah satu komponen penilaian UPKK, yang dinilai oleh Guru KAFA sekolah masing-masing," katanya.
Abdul Aziz berkata bagi Mata Pelajaran al-Quran yang merangkumi Ujian Lisan Tadarus dan Tilawah al-Quran, Hafazan dan Tafsir al-Quran akan dinilai oleh guru KAFA sekolah masing-masing yang dijadualkan bermula pada 1 hingga 30 Sept ini.
"Sukacita dinyatakan, lima subjek bertulis tersebut bukan hanya peperiksaan bertulis semata-mata," katanya.
Beliau berkata sehingga kini, UPKK masih kekal relevan dan ia terbukti dengan pertambahan jumlah calon yang menduduki ujian tersebut.
Abdul Aziz berkata dengan mengambil kira tempoh masa yang ada, pelaksanaan ujian bertulis UPKK masih mengikut jadual dan perancangan yang ditetapkan.
Menurutnya, perkara ini akan dilaksanakan dengan mematuhi sepenuhnya Garis Panduan Pengoperasian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain dan Sekolah Agama Dalam Norma Baharu yang telah mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara pada 9 Jun 2021, berdasarkan ulasan serta pandangan yang telah dikemukakan Kementerian Kesihatan (KKM).
"JAKIM sentiasa memberi perhatian serius terhadap situasi semasa penularan COVID-19 di negara ini khususnya dari aspek keselamatan murid dan semua petugas peperiksaan," katanya.
Beliau berkata pihaknya dengan kerjasama semua agensi terlibat telah menyediakan pelan tindakan yang sewajarnya demi memastikan pelaksanaan UPKK tahun 2021 berjalan lancar.
"Penilaian terhadap murid juga boleh dibuat melalui pelbagai kaedah termasuk dari aspek kaedah pelaksanaan UPKK. Justeru, JAKIM sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 13 2021

Jakim dengan kerjasama semua agensi telah menyediakan pelan tindakan sewajarnya demi memastikan UPKK 2021 berjalan lancar. - Gambar fail/ BERNAMA
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

Banjir: PdPR diteruskan, pastikan pelajar tidak keciciran - Fadhlina
Fadhlina berkata pihak sekolah sememangnya bersedia untuk melaksanakan kaedah PdPR termasuk menyediakan bahan kepada pelajar.

Banjir: Lapan sekolah di Perlis ditutup esok, pelajar belajar secara PdPR
Rose Aza berkata keputusan untuk menutup sekolah itu diambil bagi memastikan keselamatan pelajar dan guru terjamin.

Tiga sekolah di Kempas laksana PDPR akibat pencemaran bau
SK Kampung Maju Jaya, Sekolah Rendah dan Menengah Islam Hidayah ditutup hari ini akibat pencemaran bau.

Sekolah di Pulau Pinang dibenar PdPR sepanjang gangguan bekalan air
Namun bagi pelajar Tingkatan Lima dan Kolej Pra-Universiti, mereka akan menjalani pembelajaran seperti biasa di sekolah kerana peperiksaan yang telah dijadualkan.

Banjir: Dua sekolah di Pekan laksana PdPR esok
Dua sekolah di daerah Pekan akan meneruskan sesi pembelajaran melalui keadah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula Selasa.

PdPR hanya dilaksana apabila sekolah ditutup, bacaan IPU lebih 200 - Fadhlina
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) hanya akan dilaksanakan apabila sekolah ditutup dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek

Banjir: Sesi persekolahan tidak tangguh, KPM beri kelonggaran PdPR
Kementerian beri perhatian khusus baik pulih semua sekolah yang terjejas akibat banjir dalam tempoh dua minggu sebelum sesi bermula.

Tiada lagi penggiliran, sekolah sesak sejak awal pagi namun keadaan teratur, terkawal
Keadaannya hampir sama ketika zaman sebelum pandemik, cuma kali ini ia lebih teratur dan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan.

JENDELA bantu lancarkan PdPR di pedalaman Selangor
Melalui JENDELA, beberapa lokasi struktur menara komunikasi sedia ada telah dinaik taraf daripada teknologi 2G kepada 4G.

Murid pulang bercuti Tahun Baharu Cina tidak dibenar kembali ke asrama
KPM membuat ketetapan itu sebagai usaha mengawal jangkitan COVID-19 serta melindungi calon Sijil Pelajaran Malaysia.