Skip to main content

Malaysia

Pekerja JPS maut, tudung terbelit 'roll gate' kunci air

[TB]_wanita mati_JBPM SELANGOR
Seorang pekerja Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) maut selepas tudung dipakainya terbelit pada 'roll gate' dalam kejadian di Kunci Air Grand Sabak Hotel pada Sabtu. - Gambar JBPM Selangor
Advertisement

SABAK BERNAM: Seorang pekerja Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) maut selepas tudung dipakainya terbelit pada 'roll gate' dalam kejadian di Kunci Air Grand Sabak Hotel di sini pada Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.35 petang.

"Sebaik menerima panggilan jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sabak Bernam bersama lima anggota dikejarkan ke lokasi.

"Setibanya di lokasi, komander operasi mendapati seorang wanita berbangsa Melayu terbaring di atas pintu kunci air.

"Siasatan awal mendapati tudung mangsa dipercayai terbelit pada 'roll gate' pintu kunci air,” katanya dalam kenyataan, di sini pada Sabtu.

Ashrul Riezal berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, operasi menurunkan mangsa selesai pada pukul 4.06 petang dan mayat diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Must Watch Video

Advertisement