SIBU: Kira-kira 14,000 pekerja daripada sektor swasta di Sibu akan menerima vaksin COVID-19 bermula Isnin depan di kampus Kolej Universiti Teknologi Sarawak di sini.
Pusat pemberian vaksin itu akan dikendalikan oleh kolej universiti itu, bersama SEGi Medical School dan sebuah syarikat pemegang pelaburan Pansar Berhad, selepas mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 dan Kementerian Kesihatan untuk menjalankan program vaksinasi industri.
Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu Dr Annuar Rapaee berkata satu dry run proses vaksinasi itu diadakan pada Rabu.
"Pusat vaksinasi itu akan ada lima ruang untuk memberikan suntikan vaksin kepada pekerja sektor swasta dan ia membantu mempercepatkan proses vaksinasi penduduk di Sibu," katanya menerusi penstriman langsung mengenai perkembangan COVID-19 melalui Facebook beliau semalam.
Sementara itu, beliau berkata program vaksinasi di Dewan Lakis Masjid An Nur bermula Rabu dengan 500 orang diberikan suntikan vaksin dan kapasitinya akan ditingkatkan secara berperingkat untuk vaksinasi penduduk di kawasan itu sehingga operasi pusat itu yang dikendalikan oleh Briged Kesembilan Infantri berakhir pada Ahad.
Dr Annuar yang juga Menteri Muda Kesihatan Awam dan Perumahan Sarawak berkata empat pasukan vaksinasi bergerak juga akan ke kawasan luar bandar di Bahagian Sibu untuk memberikan suntikan vaksin kepada penduduk rumah panjang.
Beliau berkata sejumlah 6,620 penduduk di daerah Sibu, Selangau dan Kanowit telah divaksin semalam, melebihi sasaran harian 4,776 orang sehari bagi bulan ini.
"Kami ingin mengekalkan momentum ini kerana sasaran kami ialah memberikan vaksin kepada 5,000 orang sehari pada Julai dan 7,000 pada Ogos," katanya.
Setakat semalam, bilangan mereka yang telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 di bahagian itu ialah 102,876 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 23 2021

Kira-kira 14,000 pekerja daripada sektor swasta di Sibu akan menerima vaksin COVID-19 bermula Isnin depan di kampus Kolej Universiti Teknologi Sarawak. -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemandu lori maut dalam kemalangan disyaki mengalami serangan jantung
Kenderaan pacuan empat roda yang berhenti semasa lampu isyarat merah di persimpangan dilanggar dari arah belakang oleh sebuah lori.

Remaja maut kenderaan dinaiki bersama keluarga terbalik
Mohamad Syakirul Faqeh dipercayai meninggal dunia kerana lemas selepas kenderaan yang dinaiki terbabas dan terbalik ke dalam parit.

Sibu rekod kerugian lebih RM20 juta akibat jenayah komersial
Ibu Pejabat Daerah (IPD) Daerah Sibu merekodkan jumlah kerugian wang tunai akibat jenayah komersial mencecah RM20,143,509.90 sepanjang tahun lepas.

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik
Seramai 28 orang termasuk pemandu berdepan detik cemas apabila bas ekspres dinaiki mereka, dalam perjalanan dari Kapit menuju ke Sibu, terbalik akibat kemalangan kendiri.

Bekas petugas ASNB cawangan Sibu didakwa pecah amanah lebih RM263,000
Seorang bekas petugas Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) Cawangan Sibu didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM263,296.12.

Polis berkas lelaki ugut dan ancam Baby Shima di media sosial
Lelaki berusia 35 tahun dan bekerja sebagai pemandu lori itu ditahan pada jam 9.15 malam dan telefon pintar miliknya dirampas.

Polis giat jejak suspek kes tembak di Sibu
Polis sedang giat mengesan suspek yang menembak seorang lelaki dalam kejadian di Lorong Wong King Huo 21 petang semalam.

PM tiba di Sibu untuk lawatan kerja
Anwar mempunyai program padat, bermula dengan Majlis Ramah Mesra bersama pemimpin Komuniti Masyarakat Daerah Kapit di Dewan Suarah Kapit.

KPWKM rancang bina depoh bencana di Sibu dan Miri - Nancy
Dua depoh simpanan keperluan bencana akan dibina di Sarawak, masing-masing di Sibu dan Miri.

Bapa kanak-kanak 11 tahun pandu kereta di Sibu disaman
Tindakan saman di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 itu dibuat setelah kanak-kanak berkenaan berjaya dikesan petang semalam.