KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengarahkan syarikat telekomunikasi melaksanakan pengoptimuman pemancar yang berhampiran dengan Kampung Baru Batu Tiga, Perak, bagi memastikan liputan Internet lebih baik di kawasan berkenaan selewat-lewatnya Julai ini.
MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan langkah itu merupakan sebagai penyelesaian awal berhubung liputan Internet, manakala bagi penyelesaian jangka masa panjang, suruhanjaya itu mengarahkan penyedia perkhidmatan menyediakan infrastruktur komunikasi bersesuaian di kawasan berkenaan.
Menurutnya tindakan itu mendapat sokongan penuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selama Mohd Akmal Kamarudin.
"MCMC amat bersimpati atas kejadian yang menimpa seorang pelajar Siti A'isyah Mohd Idris, 17, yang dilaporkan cedera parah akibat kemalangan ketika menunggang motosikal untuk ke rumah bapa saudaranya bagi mendapatkan capaian internet yang lebih baik untuk mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)," menurut kenyataan itu.
BACA: Pelajar kemalangan ketika cari capaian Internet untuk PdPR
Menurutnya langkah penyelesaian yang dimuktamadkan hari ini merupakan hasil daripada pertemuan antara MCMC Negeri Perak dan wakil penyedia perkhidmatan terdiri daripada Celcom, Digi, Maxis serta Telekom Malaysia dengan keluarga Siti A'isyah yang turut disertai Mohd Akmal, petang semalam.
MCMC berkata pertemuan itu bertujuan mendapatkan gambaran sebenar masalah capaian yang dihadapi Siti A'isyah selain mengetahui perkembangan terkini keadaannya.
Selain itu, MCMC juga menasihatkan semua pelajar supaya berhati-hati dan tidak membahayakan diri dalam usaha mendapatkan capaian Internet.
Pada 20 Jun, media melaporkan Siti A'isyah yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Hussein cedera parah setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan bagi mengikuti sesi PdPR di kawasan yang mempunyai capaian Internet yang baik, pada Jumaat lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 22 2021

MCMC dalam kenyataan mengarahkan penyedia perkhidmatan menyediakan infrastruktur komunikasi bersesuaian di kawasan berkenaan. - MCMC

Bursa Malaysia ditutup rendah seiring pasaran serantau
Bursa Malaysia meneruskan penyusutan untuk hari kedua berturut-turut hari ini, seiring dengan prestasi suram pasaran serantau berikutan petunjuk negatif daripada ekuiti global. Pad
Agenda AWANI: Tumpuan laporan Ketua Audit Negara
Apa tambah baik dalam soal pengurusan kewangan dan tatakelola wang awam agensi Persekutuan susulan Laporan Ketua Audit Negara 1 2025 supaya kesalahan sama tidak berulang? Diskusi bermula 8.30 malam.
Agenda AWANI: Tumpuan laporan Ketua Audit Negara
Apa tambah baik dalam soal pengurusan kewangan dan tatakelola wang awam agensi Persekutuan susulan Laporan Ketua Audit Negara 1 2025 supaya kesalahan sama tidak berulang? Diskusi bermula 9.00 malam.

Pengesahan 18 PED, nilai semula Pelan AEC antara tumpuan penting AEM Ke-31 - MITI
Pemukiman AEM Ke-31 pada Jumaat ini di Desaru, dijangka menyaksikan semua negara anggota mengesahkan 18 PED dan menilai semula kemajuan AEC 2026-2030.

Lebih 300,000 pekebun kecil getah dijangka terima BMT tahun ini
Sebanyak 331,146 pekebun kecil getah yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dijangka menerima manfaat Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) tahun ini.
Pencarian MH370 di Lautan Hindi bermula di zon pencarian baharu
Pencarian MH370 dimulakan di Lautan Hindi dengan menggunakan kapal sokongan laut milik Ocean Infinity yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Kementerian Arab Saudi galakkan jemaah umrah dapatkan vaksin meningitis
Kementerian Kesihatan Arab Saudi menggalakkan jemaah umrah yang akan berkunjung pada bulan Ramadan untuk mendapatkan vaksin meningitis.

ASEAN tegaskan pendirian, konflik Ukraine-Rusia perlu diselesaikan secara aman
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini menegaskan semula pendirian blok serantau itu bahawa konflik Ukraine dan Rusia mesti diselesaikan secara aman.
PERKESO perkasa Rawatan Bencana Kerja, mudahkan akses pencarum
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memperkasa Program Rawatan Bencana Kerja (RBK) bagi memudahkan urusan serta meringankan beban pencarum yang mengalami kemalangan di tempat kerja.

ERA Sarawak turun padang, jayakan Misi Pasca Banjir OOHA di Kampung Bulau, Bekenu
Pasukan Radio ERA Sarawak dengan kerjasama Yayasan Ikhlas telah menjayakan Misi Pasca Banjir OOHA di Kampung Bulau di Bekenu.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

Maxis lantik Johan Idris sebagai pengerusi berkuat kuasa 1 Mac
Maxis melantik Datuk Johan Idris sebagai Pengerusi berkuat kuasa pada 1 Mac, 2025.

Orang ramai beratur panjang beri penghormatan terakhir kepada Ananda Krishnan
Orang ramai mula beratur panjang seawal pukul 2 petang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam di kediamannya di Brickfields.

Rangkaian 5G: TM akur U Mobile terpilih, CelcomDigi dan Maxis percaya pelan mereka lebih menyeluruh
MCMC dalam satu kenyataan pada 1 November lepas mengumumkan pemilihan U Mobile yang dikaitkan dengan jutawan Tan Sri Vincent Tan sebagai pengendali rangkaian kedua 5G di negara ini.

Maxis mahu libat urus dengan MCMC, pertimbang pilihan susulan keputusan 5G kedua
Katanya, Maxis telah kemuka cadangan teknikal dan komersial yang komprehensif kepada MCMC untuk tender rangkaian 5G kedua.

Maxis rai semangat 'Jiwa Merdeka', fokus perkasa kesalinghubungan
Penyedia telekomunikasi terkemuka negara, Maxis turut terlibat dengan perarakan kontinjen dan filem inspirasi yang mengetengahkan 'Jiwa Merdeka' dengan menampilkan kontinjen serba hijau dan belon unik

Maxis catat keuntungan bersih suku kedua RM356 juta, isytihar dividen 4 sen
Keuntungan bersih Maxis meningkat 7.9 peratus kepada RM356.0 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2024.

Maxis, Singtel perkenal platform semua dalam satu rangkaian 5G pertama Malaysia
Rangkaian 5G itu akan meliputi pengkomputeran pinggir (edge computing), awan dan perkhidmatan, berasaskan platform Paragon oleh Singtel yang disediakan untuk rangkaian telekomunikasi.

Mokhzani letak jawatan pengerusi Maxis, Hamidah dilantik pengerusi sementara
Maxis Bhd hari ini mengumumkan bahawa Pengerusinya, Tan Sri Mokhzani Mahathir akan meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun, 2024.

Mata ganjaran akan luput? Berhati-hati penipuan sasar pengguna Maxis
Untuk makluman, pautan yang dihantar berkenaan adalah bukan daripada pihak Maxis, tetapi merupakan pautan hasad, yang mungkin membawa kepada kecurian data atau kewangan.