Keriangan empat sekawan bermandi-manda semasa musim cuti persekolahan bertukar menjadi tragedi apabila seorang daripada mereka maut akibat lemas di Air Terjun Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, Selangor, pada Selasa.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arshad Kamaruddin, kejadian berlaku kira-kira 1 tengah hari apabila mangsa berusia 17 tahun dan tiga rakannya pergi ke kawasan rekreasi tersebut.
"Mangsa dikatakan telah terjun dari tebing sungai tersebut namun tidak menimbulkan diri sejurus selepas itu.
"Rakan-rakannya cuba mencari dan mendapati mangsa terkapai-kapai namun tidak berjaya di bawa keluar sekali gus menelefon bomba untuk melakukan pencarian," katanya dalam satu kenyataan.
Arshad berkata, pihak bomba berjaya menemui mayat berhampiran tebing tempat yang dikatakan mangsa terjun, namun disahkan telah meninggal dunia.
"Bedah siasat telah dilakukan dan punca kematian adalah mati lemas.
"Pihak polis menasihatkan supaya ibu bapa mengawal pergerakan anak-anak terutama musim cuti sekolah supaya kejadian yang tidak diingini tidak berlaku," ujarnya.
Afiezy Azaman
Tue Mar 17 2020
![Pelajar lemas di Air Terjun Sungai Chiling Pelajar lemas di Air Terjun Sungai Chiling](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/51584442873_TBLemas.jpg)
Mayat mangsa berusia 17 tahun yang lemas di Air Terjun Sungai Chiling dibawa keluar oleh anggota bomba.
![Dasar perdagangan AS akibatkan kerugian AS$196 bilion di pasaran saham India Dasar perdagangan AS akibatkan kerugian AS$196 bilion di pasaran saham India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739361557_NarendraModi.jpg)
Dasar perdagangan AS akibatkan kerugian AS$196 bilion di pasaran saham India
Pelabur ekuiti kehilangan sekitar 17 trilion rupee India (AS$196 bilion) berikutan ketidaktentuan berterusan mengenai dasar perdagangan dan tarif Amerika Syarikat (AS).
Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke kabinet - PM
Usul untuk menyeragamkan beberapa agensi kerajaan bagi menangani isu pertindihan fungsi akan dibentangkan dalam mesyuarat kabinet dalam masa terdekat.
[TERKINI] Amaran hujan lebat di enam negeri sehingga 9 malam ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda enam negeri sehingga jam 9 malam.
![Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tarik darjah kebesaran bekas Naib Canselor UKM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tarik darjah kebesaran bekas Naib Canselor UKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739360785_MohdEkhwanToriman.jpg)
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tarik darjah kebesaran bekas Naib Canselor UKM
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan menitahkan pengurniaan DBNS kepada bekas Naib Canselor UKM Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman, ditarik balik berkuat kuasa serta-merta.
![Wanita maut motosikal terbabas dipercayai selepas bertengkar dengan suami Wanita maut motosikal terbabas dipercayai selepas bertengkar dengan suami](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739360562_tbwanitamautkemal.jpg)
Wanita maut motosikal terbabas dipercayai selepas bertengkar dengan suami
Seorang wanita maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas berhampiran Kolej Vokasional Datuk Sri Mat Zin, Alor Gajah di sini, tengah malam tadi.
AWANI Borneo [12/2/2025] – Muktamad milik Sarawak| Penghubung Sabah dan Sarawak| Bantu golongan petani
Awani Borneo Rabu, 12 Februari 2025 bersama Assim Hassan
1. Pengambilalihan selesai, MASWings kini dikenali sebagai AirBorneo
2. Fasa dua Lebuh Raya SSLR ambil masa lima tahun untuk siap
3. Kertas kabinet wujudkan Lembaga Pemasaran Pertanian Sabah bakal dibentang
1. Pengambilalihan selesai, MASWings kini dikenali sebagai AirBorneo
2. Fasa dua Lebuh Raya SSLR ambil masa lima tahun untuk siap
3. Kertas kabinet wujudkan Lembaga Pemasaran Pertanian Sabah bakal dibentang
Kertas Kabinet cadangan wujud lembaga pemasaran pertanian Sabah akan dibentang
Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata, Kertas Kabinet tersebut dijangka dibentangkan dalam Mesyuarat Kabinet Negeri, akan datang.
KKR, SPRM perlu ambil tindakan terhadap konsesi gagal selenggara jalan
Kementerian Kerja Raya diminta untuk mengambil tindakan menamatkan konsesi yang gagal melakukan projek penyelenggaraan jalan persekutuan dengan baik.
Dalam masa sama Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda memohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat forensik audit terhadap kontrak penyelenggaraan jalan.
Dalam masa sama Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda memohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat forensik audit terhadap kontrak penyelenggaraan jalan.
Fasa dua Lebuh Raya SSLR ambil masa lima tahun untuk siap
Projek Rangkaian Jalan Sarawak-Sabah (SSLR) fasa dua yang menghubungkan kedua-dua wilayah itu tanpa melalui Brunei Darussalam akan mengambil masa sekurang-kurang lima tahun untuk siap.
Kurang tiga peratus projek JKR disklasifikasi projek sakit - Nanta
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memeklumkan hanya ada satu atau dua projek yang dilaksanakan Jabatan Kerja Raya di negara ini yang diklasifikasikan sebagai projek sakit.
![Pelajar lemas di Air Terjun Sungai Chiling Pelajar lemas di Air Terjun Sungai Chiling](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/51584442873_TBLemas.jpg)
Pelajar lemas di Air Terjun Sungai Chiling
Remaja berusia 17 tahun meninggal dunia akibat lemas di Air Terjun Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, Selangor, pada Selasa.