PUTRAJAYA: Pelaksanaan Levi Pelbagai Peringkat bagi penggajian pekerja warga asing ditangguhkan hingga 1 Januari 2022, umum Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.
Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata, keputusan tersebut dibuat menerusi mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu lepas.
Sebelum ini, Levi Pelbagai Peringkat ditangguhkan pelaksanaannya mulai 1 Januari 2021 hingga 1 Julai 2021.
"Keputusan ini mengambil kira cabaran negara ketika ini yang sedang berhadapan krisis pandemik COVID-19 yang menjejaskan sektor kesihatan dan ekonomi sekali gus memberikan impak besar kepada pelbagai industri," katanya.
Saravanan berkata apabila Levi Pelbagai Peringkat dilaksanakan kelak, penggajian pekerja warga asing adalah berdasarkan keperluan sebenar industri.
"Ia dijangka dapat mengurangkan kebergantungan tinggi negara terhadap pekerja warga asing kerana kadar levi akan meningkat mengikut siling kebergantungan," katanya.
Bagi melaksanakan levi tersebut, Saravanan berkata modul eQuota di bawah Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) akan digunakan.
Katanya, modul eQuota dapat memastikan ketelusan proses penentuan kelayakan kuota pekerja asing kepada majikan dan akan digunakan untuk pengambilan pekerja warga asing baharu dari negara sumber.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 05 2021

Menurut Saravanan, keputusan itu mengambil kira cabaran negara yang kini berdepan krisis pandemik COVID-19 yang menjejaskan sektor kesihatan dan ekonomi. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

HRD Corp berjaya kutip levi RM2.3 bilion tahun lepas, tertinggi dalam sejarah - Sim
Beliau berkata jumlah kutipan levi berkenaan menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya iaitu RM2.1 bilion.

Tiada hasrat mansuh levi keuntungan luar biasa industri sawit - Kementerian Kewangan
Kerajaan tidak berhasrat untuk memansuhkan levi keuntungan luar biasa ke atas industri sawit buat masa ini, kata Kementerian Kewangan.

Kemasukan tenaga kerja asing sedikit berbanding jumlah levi sudah dibayar - MPN
Statistik kelulusan kuota dan pembayaran levi hingga 12 Sept lepas merekodkan 467,223 kuota diluluskan.

Dewan Rakyat lulus tiga RUU berkaitan keuntungan luar biasa, cukai jalan dan perkhidmatan
Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2022 bagi meminda Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998.

Pelaksanaan Levi Pelbagai Peringkat ditangguh hingga 1 Januari 2022
Sebelum ini, Levi Pelbagai Peringkat ditangguhkan pelaksanaannya mulai 1 Januari 2021 hingga 1 Julai 2021.

30,000 majikan diberi pengecualian pembayaran levi selama enam bulan
Tiada sebarang pendaftaran diperlukan majikan, kerana semua majikan berdaftar dengan PSMB akan dikecualikan.

Levi RM1 ke atas pengusaha ladang kelapa sawit bagi inisiatif hijau - Teresa Kok
Pengusaha ladang kelapa sawit akan dikenakan levi tambahan sebanyak satu ringgit bagi setiap metrik tan pengeluaran minyak sawit mentah bermula tahun hadapan.

Levi pelepasan penerbangan mungkin dilaksanakan pada September - Amiruddin
Kerajaan dijangka melaksanakan levi pelepasan pada September ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah.

Gaji minimum RM1,500: MUTC, MEF berbeza pendapat
MTUC menyokong penuh pelaksanaan kenaikan gaji minimum pekerja dalam tempoh lima tahun ini, namun dengan syarat tidak menekan mana-mana pihak terutama majikan.

Masalah obesiti, Britain kenakan cukai gula atas minuman ringan
Lebih 50 peratus pengeluar telah menghasilkan formula baharu untuk produk masing-masing supaya berada di bawah paras gula yang ditetapkan.