KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji semua langkah sedia ada selain bantuan tambahan yang boleh dilaksanakan pada fasa kedua, ketiga dan keempat Pelan Pemulihan Negara.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, kementeriannya boleh merangka penambahbaikan bagi membantu rakyat dan perniagaan yang terkesan sebaik sahaja perincian dan prosedur operasi standard (SOP) itu dimuktamadkan.
"Satu contoh langkah yang akan kita kaji ialah subsidi upah, setakat Mei 2021, RM15 bilion telah dibelanjakan dalam Program Subsidi Upah yang memanfaatkan lebih dari 330,000 majikan dan 2.7 juta pekerjaan dan ini menampung 7.1 juta rakyat dari segi purata isi rumah.
"Program ini telah dilanjutkan untuk sebulan lagi bagi semua sektor dengan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion dan peruntukan ini berjumlah RM20 bilion.
"Kita sedang mengkaji pelanjutan program ini bagi menyokong sektor-sektor yang tidak boleh dibuka sehingga fasa ketiga atau keempat.
"Melalui pebincangan awal di MOF, kerajaan sedia menyediakan peruntukan tambahan dalam masa terdekat bagi membantu rakyat dan perniagaan yang terkesan. Kita perlu mengutamakan kebajikan rakyat dan kelangsungan perniagaan," katanya ketika ditemu bual ketika AWANI 7.45 pada Khamis.
BACA: 4 fasa Pelan Pemulihan Negara, 3 indikator utama jadi panduan
BACA: Moratorium menyeluruh seperti guna lebih banyak sumber daripada yang diperlukan - Tengku Zafrul
Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggariskan empat fasa melibatkan pelan peralihan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat.
Ujar beliau, setiap fasa pelan pemulihan itu berpaksikan kepada data yang bersandarkan 'Tiga Indikator Ambang Utama' ataupun 'threshold' untuk beralih dari satu fasa ke fasa seterusnya.
Dalam pada itu kata Tengku Zafrul, individu yang kehilangan pekerjaan termasuk golongan B40, M40, perniagaan mikro serta PKS dalam sektor yang tidak dibenarkan beroperasi boleh memilih untuk mendapatkan moratorium secara automatik.
Ia diberi selama tiga bulan atau pengurangan bayaran ansuran sebanyak 50 peratus selama enam bulan.
"Ini memang sedia ada, saya juga faham yang sama penting adalah pelaksanaan. Sebab itu saya selalu menekankan kepada sektor perbankan agar mereka memudahkan proses permohonan bagi mana-mana peminjam yang memohon termasuk yang mengalami pengurangan pendapatan.
"Konsep bayaran balik pinjaman yang kita laksanakan ini selaras dengan program bayaran balik pinjaman yang diberikan negara-negara lain termasuk Singapura, Australia dan juga UK," katanya.
Zafrul sebelum ini menjelaskan, kira-kira 85 peratus daripada peminjam membuat pembayaran balik selepas moratorium berakhir pada September 2020.
Ujarnya, ia merupakan petunjuk kukuh bahawa kebanyakan rakyat Malaysia dapat terus membayar pinjaman mereka.
Sejak itu katanya, katanya sektor perbankan telah memberi tumpuan secara strategik kepada 15 peratus daripada peminjam yang sedang bergelut, dengan menawarkan pilihan antara moratorium selama tiga bulan atau pengurangan ansuran bulanan bayaran balik pinjaman sebanyak 50 peratus selama enam bulan dalam Belanjawan 2021.
Tambahnya, ia telah diperluas melalui pakej bantuan seterusnya seperti PERMAI, PEMERKASA dan PEMERKASA Tambahan.
Astro Awani
Thu Jun 17 2021

Zafrul berkata, Kementerian Kewangan boleh merangka penambahbaikan bagi membantu rakyat dan perniagaan yang terkesan sebaik sahaja perincian dan SOP itu dimuktamadkan. - Gambar/ Astro AWANI

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

Lawatan negara Anwar ke Pakistan raih potensi perdagangan RM2.65 bilion - Tengku Zafrul
Pakistan turut beri komitmen untuk tingkat import minyak kelapa sawit dari Malaysia dan import produk berasaskan kayu, baja, petrokimia.

UMNO perlu bersatu padu, jauhi sifat serang sesama sendiri
Tengku Zafrul berkata kritikan, jika perlu disampaikan, sebaiknya menerusi platform yang disediakan.

Kerjasama TNB, Siemens Energy pemangkin teroka teknologi guna hidrogen hijau - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul juga menyifatkan langkah itu selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Kebangsaan (NETR).

MC13 WTO: Malaysia kekal komited kepada rangkaian perdagangan global yang lebih saksama, mampan
Malaysia kekal komited kepada rangkaian perdagangan global yang lebih saksama dan mampan.

Dua misi ke Jepun bawa pulang hampir RM30 bilion - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata kedua-dua misi ke negara matahari terbit itu telah memperoleh potensi pelaburan berjumlah RM29.6 bilion dan RM2.8 bilion potensi eksport tahun ini.

Prestasi pelaburan Malaysia lebih baik - Tengku Zafrul
Bagi 2024, MITI sasar peningkatan pelaburan 5%, dengan menyasarkan destinasi pelaburan eksport baharu seperti Afrika dan Amerika Selatan.

Kerajaan umum cara mohon rebat RM2,400 bagi motosikal elektrik 8 Dis ini
Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik memberikan rebat sehingga RM2,400 kepada pembeli motosikal elektrik.

Kadar pelaburan direalisasikan cecah hampir 80 peratus - Tengku Zafrul
Bagi tempoh sama, jumlah pelaburan diluluskan bernilai RM753.9 bilion bagi sektor perkilangan dan perkhidmatan di bawah seliaan MIDA.

Tengku Zafrul teruja bakal terajui BAM
Tengku Zafrul berasa rendah diri diberi kepercayaan untuk menerajui Persatuan Badminton Malaysia sebagai presiden baharu mulai awal tahun depan.

MITI akan tubuh jawatankuasa percepat pelaksanaan komitmen FDI, DDI
Tengku Zafrul berkata, JTPPP akan melapor secara terus kepada Majlis Pelaburan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri.