Seorang pemandu dan kelindan lori direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kemalangan yang mengorbankan tiga nyawa termasuk pegawai khas kepada exco kerajaan negeri Perak, di Jalan Bota Kanan-Teluk Intan berhampiran Kampung Teluk Memali, Parit semalam.
Perintah reman sehingga 17 Dis itu dikeluarkan Majistret Batu Gajah Mohd Fitri Sadarudin di sini, hari ini.
Pemandu lori berusia 25 dan kelindan 27 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara berbahaya dan mendatangkan bahaya kepada orang awam.
Terdahulu, kedua-dua suspek yang berpakaian lokap berwarna ungu itu tiba di mahkamah pada 9.10 pagi dengan diiringi dua anggota polis.
Semalam, Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan hasil ujian urin kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine.
Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi semalam, Ahmad Nor Al-Zaidin Ahmad Azzudin, 35, isterinya Norhaslina Abdul Razak, 27, dan adiknya Nor Azira, 24, maut di tempat kejadian.
Ahmad Nor Al-Zaidin adalah pegawai khas Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Perak Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.
Kemalangan berlaku apabila kereta jenis Proton Saga dipandu Ahmad Nor Al-Zaidin dari arah Kampung Gajah ke Teluk Intan bertembung dengan lori terbabit sebelum terseret sejauh 10 meter dan terhumban ke dalam tali air.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 14 2017

Seorang pemandu dan kelindan lori direman empat hari bagi membantu siasatan kemalangan yang mengorbankan tiga nyawa di di Jalan Bota Kanan-Teluk Intan berhampiran Kampung Teluk Memali, Parit semalam. - Foto AstroAWANI
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Penduduk Bota naik teksi percuma ke PPV
Inisiatif itu digerakkan Pusat Khidmat DUN Bota dengan Persatuan Pengusaha dan Pemandu Teksi/Kereta Sewa Bandar Seri Iskandar dengan penglibatan hampir 30 kenderaan.

Panjut hidupkan warisan lama dalam suasana normal baharu
Sekalipun, Syawal disambut dalam suasana sederhana ekoran pandemik COVID-19, namun tradisi lama tidak dilupakan.

Pasangan kekasih ditahan disyaki sembunyi kelahiran, buang mayat bayi
Wanita berusia 22 tahun ditahan di rumahnya di Seri Iskandar selepas polis terima maklumat berkaitan kes menyembunyikan kelahiran dan bau kurang menyenangkan kira-kira pukul 12.15 tengah hari Sabtu.

Mangsa banjir Kampung Misa di Parit semua lelaki
Kesemua mereka ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai Teluk Kepayang yang dibuka 10 malam Ahad.

Dua maut, tiga parah dalam nahas lima motosikal
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kelima-lima motosikal itu datang dari arah Durian Kudung menghala ke Bota.

Pulau Misa Melayu di Bota wajar jadi pusat kebudayaan
Pulau Misa Melayu di Kampung Teluk Kepayang, Bota Kiri di sini wajar dijadikan Pusat Kebudayaan orang Melayu kerana ia sering dijadikan lokasi pertemuan bagi penganjuran aktiviti kebudayaan.

Hantar bahan lucah kepada janda, buruh dipenjara enam bulan
Dia didakwa hendak mengaibkan kehormatan wanita berusia 52 tahun apabila memberikan DVD lucah dan kertas tulisan tangan mempunyai ayat tidak senonoh dengan maksud bagi mengganggu kesantunan wanita

Pemandu dan kelindan lori direman bantu siasatan kemalangan maut
Perintah reman sehingga 17 Dis itu dikeluarkan Majistret Batu Gajah Mohd Fitri Sadarudin di sini, hari ini.

Pegawai Khas ADUN Sg Manik antara tiga maut kemalangan di Bota
Kemalangan di Kg Teluk, Jalan Bota Kanan-Teluk Intan, Perak itu turut mengorbankan isteri mangsa, Norhaslina Abd Razak, 27, serta adiknya, Nor Azira Ahmad Azzudin, 24.

Polis tahan enam penagih, rampas heroin, ganja
Dalam serbuan kira-kira 11.30 pagi, kesemua suspek yang berumur dalam lingkungan di antara 32 hingga 39 tahun itu didapati sedang menagih dadah.