Pihak MyCar telah membuat laporan polis terhadap salah laku pemandunya yang tular di media sosial pada 27 Jan lalu yang dikatakan menawarkan khidmat seks kepada seorang penumpangnya.
Pegawai Bahagian Korporat dan Komunikasi MyCar, Nur Atika Mat Nor, ketika dihubungi Bernama, berkata laporan polis dibuat pada 28 Jan di Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam.
"Laporan polis dibuat untuk membolehkan pihak polis mengambil tindakan yang sewajarnya demi menjaga nama baik MyCar dan memaklumkan kepada mangsa untuk membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.
"Pihak MyCar telah mengambil tindakan tegas ke atas pemandu tersebut dengan menyenarai hitam akaun pemandu MyCar terbabit," katanya.
Menurutnya, pihak MyCar sentiasa menitik beratkan segala aspek keselamatan penumpang dan juga keselamatan pemandu dari semasa ke semasa.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib ketika dihubungi Bernama, mengesahkan laporan itu.
"Setakat ini kami hanya terima laporan daripada pihak MyCar, laporan polis daripada mangsa belum lagi, kita akan siasat kes ini," katanya.
Tiada tangkapan dibuat setakat ini. -- Bernama
Bernama
Mon Feb 04 2019

Menurut Nur Atika, pihak MyCar telah mengambil tindakan tegas ke atas pemandu tersebut dengan menyenarai hitam akaun pemandu MyCar terbabit. - Gambar hiasan
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MyCar harap urusan perbaharui cukai jalan pemandu e-hailing dipermudah
MyCar mendapat banyak rungutan dan aduan daripada pihak pemandu yang tidak dapat memperbaharui cukai jalan disebabkan ketiadaan EVP.

Aplikasi baharu didakwa curi data, pelanggan dan perniagaan MyCar
Pihak berkuasa diharap mengambil tindakan terhadap sebuah syarikat aplikasi kerana didakwa mencuri data, pelanggan dan perniagaan, MyCar.

Pemandu tawar seks kepada penumpang, MyCar buat laporan polis
MyCar telah membuat laporan polis terhadap salah laku pemandunya yang dikatakan menawarkan khidmat seks kepada seorang penumpangnya.