Seorang pemuda obesiti, Muhamad Faisal Md Ali, 29, meninggal dunia akibat sesak nafas di rumahnya di Kampung Gelam, Mengabang Telipot, kira-kira pukul 5 pagi tadi.
Jenazah pemuda seberat 286 kilogram itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Mengabang Telipot, dekat sini selepas solat Zuhur.
Ibunya, Kasma Md Nor, 58, berkata beliau menyedari Faisal mula sesak nafas setengah jam sebelum itu ketika ingin bangun menunaikan solat Subuh.
"Ketika itu saya melihat wajah Faisal berpeluh dan dia semacam sukar bernafas. Saya tepuk-tepuk pipinya dan meminta abangnya supaya segera memanggil pembantu perubatan dari Klinik Kesihatan Batu Rakit untuk melihat keadaan anak saya.
"Tidak lama selepas pembantu perubatan sampai dan memeriksa Faisal, anak saya disahkan sudah tiada," katanya ketika ditemui pemberita selepas pengebumian Allahyarham Faisal.
Anak bongsu daripada lima beradik itu sebelum ini terlantar di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu kira-kira dua bulan akibat sesak nafas dan baru sahaja pulang ke rumah empat hari lalu.
Mengulas antara permintaan akhir anaknya sebelum meninggal dunia, Kasma berkata ketika sedang mendapatkan rawatan di hospital, arwah anaknya pernah memintanya membuatkan makanan kegemarannya iaitu nasi kerabu.
"Tetapi saya beritahu pada dia tak boleh, Doktor tak bagi. Sepanjang di hospital memang Faisal hanya diberikan minum susu enam kali sehari oleh doktor," katanya sebak.
Kasma yang juga seorang pengusaha kuih-muih di kampung tersebut berkata pemergian Faisal satu kehilangan besar baginya kerana selama ini arwah antara anak yang rajin membantunya membuat kuih-muih untuk jualan harian.
"Arwah juga seorang yang periang, boleh kata dia merupakan penghibur kepada keluarga kami, makcik akan rindu senda gurau Faisal nanti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 03 2017

Pemuda obesiti meninggal dunia akibat sesak nafas di rumahnya di Kampung Gelam, Mengabang Telipot, kira-kira pukul 5 pagi tadi.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

Pelajar UniSZA maut motosikal bertembung ambulans depan hospital
Mangsa, Umie Elysha Lyana Basharuddin, 22, meninggal dunia semasa mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNZ pada Khamis.

Pelajar cedera dihempap dinding runtuh stabil
Pelajar itu kini sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah selepas kedua-dua belah pahanya cedera dihempap dinding konkrit.

Lelaki cedera parah akibat tertembak ketika memburu
Suspek dan mangsa yang merupakan rakan baik masuk ke hutan tersebut dengan selaras senapang patah bagi tujuan memburu pelanduk.

Ustaz Azhar semakin sihat, perlu jalani rawatan susulan
Ia berdasarkan perkembangan terbaharu beliau melalui sekeping gambar yang dimuat naik seorang pengguna media sosial Facebook menggunakan nama pena Dean Al-Barakah pada Jumaat.

Ustaz Azhar Idrus sudah dibenarkan pulang
UAI dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu sejak Selasa lalu.

Abdul Hadi melawat Ustaz Azhar di hospital
Ustaz Azhar dipercayai menerima rawatan akibat mengalami masalah kesihatan melibatkan paru-paru.

Kesihatan Ustaz Azhar Idrus makin baik
Menurut sumber, walaupun dilihat bertambah sihat berbanding sebelum ini, Ustaz Azhar Idrus masih perlu menerima rawatan.

Ustaz Azhar Idrus dirawat di hospital
Penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana mengalami masalah kesihatan.

Suami isteri maut, tujuh cedera nahas empat kenderaan
Pasangan suami isteri maut manakala tujuh yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di kilometer (km) 41.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Kampung Selawa, Merchang, Marang.

Pelanggaran bot pelancong: Tujuh individu kini dirawat di HSNZ
Tujuh individu yang cedera dalam insiden pelanggaran bot pelancong dengan sebuah bot nelayan di muara Sungai Besut semalam, kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah.