KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyambut baik Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bernilai RM150 bilion diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin pada Isnin.
Menurut beliau, pakej tersebut merupakan pakej rangsangan secara menyeluruh yang akan memberi manfaat kepada penduduk negeri itu.
"Bagi pihak kerajaan negeri, saya merakamkan tahniah kepada Perdana Menteri atas pakej rangsangan yang amat komprehensif dan pasti memberi manfaat kepada rakyat dan pelbagai sektor ekonomi di Sabah.
"Peruntukan merangkumi suntikan fiskal RM10 bilion adalah besar dan ini yang diperlukan negara sekarang bagi mengatasi impak penutupan kali ketiga seluruh negara disebabkan COVID-19,” katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.
Tambahnya, pakej itu mampu meringankan beban penduduk Sabah yang juga bakal terima bantuan wang tunai daripada kerajaan negeri di bawah Bantuan Sabah Prihatin 3.0, selain Bantuan Khas COVID-19 (BKC) bernilai RM4.6 bilion di bawah PEMULIH.
Selain itu, pengumuman Perdana Menteri bahawa Bank Simpanan Nasional (BSN) akan memulakan kemudahan perbankan mudah alih di Sabah bemula Julai ini juga dialu-alukan.
Ini kerana inisiatif itu akan membantu memberi akses yang lebih mudah dalam perkhidmatan bank khusus bagi penduduk luar bandar.
Menerusi pengumuman Perdana Menteri, kerajaan juga menawarkan dana sebanyak RM18 juta kepada bank tempatan untuk menyediakan kira-kira 30 unit bank bergerak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak meliputi 250 kawasan luar bandar.
Antara lain katanya pemberian moratorium pinjaman bank selama enam bulan tanpa syarat kepada semua peminjam individu dan pengusaha mikro membuktikan keprihatinan kerajaan kepada keperluan semua rakyatnya.
Eleanor Michelle Patrick
Tue Jun 29 2021

Peruntukan merangkumi suntikan fiskal RM10 bilion adalah besar dan ini yang diperlukan negara sekarang bagi mengatasi impak penutupan kali ketiga seluruh negara disebabkan COVID-19. FOTO: BERNAMA

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

PEMULIH: RM300,000 kepada setiap Parlimen, rakyat mahu bantuan disalurkan secara adil
Peruntukan RM300,000 bagi program Bantuan Bakul Makanan untuk setiap Parlimen seperti yang diumumkan dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) melegakan rakyat.

PEMULIH: Bantuan menyeluruh, beri manfaat kepada rakyat Sabah - Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyambut baik Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bernilai RM150 bilion diumumkan Perdana Menteri pada Isnin.

Jika tiada keperluan mendesak, jangan keluarkan simpanan KWSP - Penganalisis ekonomi
Pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi Program i-Citra harus mengambil kira keperluan penting selain sekiranya keadaan mendesak.

PKBM lega, pakej PEMULIH berita gembira buat semua kontraktor
Menurut Presidennya, Datuk Azman Yusoff, tiga perkara yang diumumkan Perdana Menteri melegakan usahawan kontraktor di negara ini.

PEMULIH: Dana RM150 juta bagi untuk PIKAS, kurangkan tanggungan syarikat - PM Muhyiddin
Kerajaan bersedia pertimbangkan kebenaran kepada syarikat beroperasi pada kapasiti penuh sekiranya semua pekerja lengkap dua dos vaksin